KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Matlamat manusia dijadikan Khalifah

Go down 
AuthorMessage
mawar_hijau

mawar_hijau


Posts : 112
DUIT gempakZ : 229
REPUTASI : 2
Join date : 2010-05-27

Matlamat manusia dijadikan Khalifah Empty
PostSubject: Matlamat manusia dijadikan Khalifah   Matlamat manusia dijadikan Khalifah EmptyThu May 27, 2010 11:23 am

Apakah matlamat kita diciptakan sebagai manusia?

Ada orang kata kita dihidupkan di muka bumi untuk beribadah kepada Allah. Ya, memang benar jawapan itu. Tetapi beribadah macam mana yang dikatakan layak untuk seorang manusia?

Ada orang kata ibadah yang sepatutnya bagi seorang Islam adalah solat, puasa, tunai zakat, buat haji di samping ibadah2 yang lain. Jika kita fikirkan, kalau itulah dikatakan ibadat2 seorang Islam, apa erti Allah cipta alam semesta yang luas ini?

Dan tidaklah Kami ciptakan Iangit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main. (Al Anbiyaa': 16)

Sebenarnya ada satu ibadah yang terbesar yang harus dipikul oleh manusia. Ibadah itu sesuai dengan tujuan utama manusia diciptakan iaitu sebagai khalifah di muka bumi.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al Baqarah: 30)

Apakah maksud khalifah? Khalifah bermaksud wakil atau pengganti. Manusia menjadi wakil atau pengganti Allah di atas muka bumi. Wakil Allah dari segi kebolehan mencipta. Dengan kata lain, sejak penciptaan manusia, tugas untuk meneruskan penciptaan di muka bumi diwakilkan kepada manusia.

Ini boleh kita lihat, tiada unsur2 baru wujud sebaliknya semuanya unsur2 itu telah siap diciptakan untuk manusia. Benda2 seperti api, air, tanah, pokok, gunung, dan yang lain2 itu semua Allah sudah sempurnakan kejadiannya untuk manusia guna-pakai. Manusia hanya perlu belajar kenal segala unsur2 yang telah Allah cipta dan mengkaji segala unsur2 yang belum ditemui, dan gunakan unsur2 itu untuk membuat penciptaan2 yang baru. Itulah tujuan khalifah.

Dibuktikan lagi dengan membuat perbandingan dengan segala makhluk yang wujud, hanya manusia sahaja Allah kurniakan kebolehan mencipta. Dan kebolehan itu hanya diberikan kepada manusia yang menggunakan akal. Jadi, semakin jelaslah bahawa matlamat manusia dihidupkan atas muka bumi untuk menjadi seorang pencipta (inventer) untuk meneruskan kesinambungan Sifat Mencipta yang ada pada Allah.

Itulah ibadah sebenar seseorang manusia di atas muka bumi sesuai dengan fitrah kejadiannya yang berbeza dengan makhluk2 lain. Dikurniakan dengan akal yang mampu berkembang untuk memahami ilmu-ilmu Allah yang tiada batas sempadan.

Jika manusia lalai dengan tugas ini, pasti hidup mereka hanya hendak berpecah-belah dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Oleh itu, sebaik-baik manusia yang sesuai dijadikan pemimpin masyarakat adalah orang yang suka mereka-cipta. Orang yang sebegini sifatnya lebih suka manusia hidup berharmoni untuk bekerjasama memakmurkan bumi.

Untuk melahirkan masyarakat yang suka mencipta (kreatif) memerlukan manusia itu selalu berinnovasi. Idea-idea kreatif datang dari semangat ingin memudahkan urusan hidup atau menyelesaikan sesuatu masalah (berinnovasi). Apabila manusia memikirkan perlunya sebuah kenderaan yang pantas, maka manusia mula mereka-cipta basikal, motorsikal, kereta, kapal terbang seterusnya roket. Bermakna, proses innovasi berlaku seiring dengan mencipta.

Tanpa berinnovasi, manusia tidak mahu mencipta. Ini kerana nak mencipta sesuatu, memerlukan daya fikir yang tinggi. Sedangkan nafsu suka manusia hidup malas berfikir agar manusia itu mudah ditipu-daya. Jadi, untuk melahirkan masyarakat yang berinnovasi dan kreatif, kenalah lawan nafsu malas berfikir dahulu.

Akal adalah musuh bagi nafsu. Ia saling berlawanan di antara satu sama lain. Akal yang kuat mampu menundukkan nafsu, begitu juga sebaliknya. Terpulanglah kepada hati untuk memperkuatkan yang mana satu.

Manusia yang hidup menurut nafsu, biarpun pada mulanya akal manusia itu kuat, pasti akal itu akan jadi lemah. Di sinilah kita nampak hikmah berpuasa dalam mempertingkatkan keupayaan akal, sebab nafsu akan jadi kurang berupaya bila manusia dalam keadaan lapar. Itulah kunci untuk mengalahkan nafsu.

Semakin mudah nafsu ditundukkan, semakin mudah manusia nak berfikir. Selagi nafsu tidak ditundukkan, selagi itu manusia akan jadi kaum yang malas dan lemah daya fikirnya.

Otak mudah berfikir bila hati dalam keadaan aman, damai dan tenang. Kerana itulah pentingnya manusia melawan segala penyakit hati akibat bisikan syaitan yang menunggangi nafsu. Dan kecerdasan berfikir boleh dipertingkatkan pada waktu awal pagi (sepertiga malam) di kala waktu masih sunyi dan oksigen masih banyak memenuhi ruang udara. Kita rasa kesegaran dan idea datang mencurah-curah di awal pagi. Tetapi nak bangun awal pagi inilah suatu yang liat sebab syaitan tak suka manusia mudah berfikir. Bila manusia malas berfikir, maka mudahlah syaitan menyesatkan.

Turunnya Quran juga banyak di waktu awal pagi dan di bulan puasa. Ini menunjukkan ciri2 orang yang soleh adalah suka berfikir pasal kejadian2 alam termasuk dirinya sendiri. Walaupun Nabi Muhammad tidak dikhabarkan mampu mencipta teknologi2, tetapi ajaran Quran telah membawa masyarakat Arab dahulu kepada zaman kegemilangan ilmu. Itulah zaman emas masyarakat Arab yang menunjukkan masyarakat pada waktu itu sentiasa suka berfikir, mengkaji dan menulis.

Dan semangat itu telah dicontohi oleh bangsa Eropah yang mula nampak kepentingan berfikir untuk membuat perubahan melawan kekangan berfikir yang dilakukan oleh pihak agama mereka. Namun kini, umat Islam pula yang terkongkong daya fikirnya akibat terapan2 nenek moyang mereka yang tidak menekankan kepada berfikir. Umat Islam sekarang diajar sekadar tahu buat solat, puasa dan ibadat2 khusus atas nama itulah Islam. Sedangkan matlamat manusia dijadikan wakil pencipta di atas muka bumi, sudah tidak ditekankan lagi.

Umat Islam sekarang kena dikembalikan kepada landasan yang sebenar agar menjadi masyarakat yang suka mereka-cipta. Dengan itu masyarakat akan hidup aman damai sebab nak melahirkan insan2 yang berkebolehan mencipta, penyakit2 hati kena lawan dahulu. Allah tidak bagi kebolehan mereka-cipta kepada kaum yang hidup dalam berpenyakit hati, sebab itulah iblis tidak dijadikan khalifah. Bukankah Allah Maha Mengetahui apa yang iblis sembunyikan sebelum perintah bersujud kepada Adam dikeluarkan?

Kaum yang berpenyakit hati, mereka gunakan agama untuk berpecah-belah. Bila berbeza pendapat pasal cara-cara buat ibadat, mereka mula berbalah2 sesama sendiri menuduh buat bidaah dan sebagainya. Itulah golongan yang lalai untuk mengenal diri kenapa mereka diciptakan sebagai manusia. Mereka jadikan agama untuk merasa bangga diri yang mereka lebih mulia. Sedangkan semulia-mulia manusia, adalah manusia yang banyak berbakti mencipta teknologi yang memudahkan kehidupan manusia. Sebab itulah Allah beri kepuasan dan kebahagiaan kepada insan yang berjaya mencipta sesuatu yang baru yang bermanfaat kepada manusia lain. Tetapi perasaan itu tidak mampu dicapai oleh orang2 yang berbalah pasal agama. Mereka lagi panas hati dan hidup dalam keadaan ketakutan.

Apabila kita semakin nampak bahawa matlamat manusia dijadikan khalifah adalah untuk meneruskan penciptaan2 di atas muka bumi, kita mudah memahami apa tujuan solat, puasa dan ibadat2 lain. Semuanya menjurus kepada melahirkan insan yang suka berfikir, suka meneroka dan mencipta benda2 baru. Jadi, kalau kita setakat tahu melakukan ibadat seperti solat, puasa dan lain2 itu, tanpa mampu menjadi seorang yang bijak, kreatif dan berinnovasi, itu menunjukkan ibadat kita tidak mencapai matlamat kenapa kita dijadikan manusia. Malah ibadat2 dalam keadaan lalai sebegitu hanya mendapat kecelakaan di sisi Allah.

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya (yang tidak tahu apa erti solat dalam kehidupan realitinya), orang-orang yang berbuat riya (merasa bangga diri telah buat solat, sudah cukup sebagai seorang Islam dan malas berfikir), dan enggan (menolong dengan) barang berguna (tidak mahu buat kebaktian yang menyenangkan kehidupan manusia seperti penciptaan teknologi). (Al Maa'uun: 4~7)
Back to top Go down
 
Matlamat manusia dijadikan Khalifah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Manusia Transparent
» Pokok manusia?
» Lagi Ubi berbentuk manusia
» Manusia Suka Berperang
» Patung Disangka Manusia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISLAM-
Jump to: