KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Menguap menurut Islam

Go down 
AuthorMessage
mawar_hijau

mawar_hijau


Posts : 112
DUIT gempakZ : 229
REPUTASI : 2
Join date : 2010-05-27

Menguap menurut Islam Empty
PostSubject: Menguap menurut Islam   Menguap menurut Islam EmptyFri May 28, 2010 5:43 am

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah! '.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." Riwayat Imam Musli

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. " Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika
menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan
"Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah" .
5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.
Back to top Go down
mawar_hijau

mawar_hijau


Posts : 112
DUIT gempakZ : 229
REPUTASI : 2
Join date : 2010-05-27

Menguap menurut Islam Empty
PostSubject: Re: Menguap menurut Islam   Menguap menurut Islam EmptyFri May 28, 2010 5:44 am

PENDAPAT LAIN:

Benarkah menguap itu daripada syaitan? Jangan cepat mempercayai apa yang dikatakan riwayat hadis. Berapa banyak hadis palsu wujud akibat menggunakan nama nabi untuk disandarkan kata-kata mereka.

Sesuatu yang benar bukan kerana nama nabi, tetapi sebab ia logik dan ada bukti yang kukuh. Sebab itu kita fikir, kenapa Al Quran (yang terhasil daripada ucapan atau hadis Nabi Muhammad) tidak memerlukan perawi? Sepatutnya Al Quran itulah yang perlu ada perawinya jika "perawi" itulah sebagai bukti kebenaran.

Al Quran tidak memerlukan perawi sebab ayat-ayatnya logik dan ada bukti yang kukuh pengajarannya. Sedangkan yang dikatakan riwayat hadis itu belum tentu benar2 diucapkan oleh Nabi. Apakah kita hendak sandarkan kepada perawi itu sedangkan kita tidak kenal pun siapa dia perawi dan periwayat itu? Bayangkan di hadapan Allah nanti, perawi2 itu tidak mengaku yang mereka pernah meriwayatkan "hadis2" tersebut, kepada siapa kita hendak minta pertanggungjawaban?

Sebab itu, berhati2lah dalam membawa riwayat hadis. Kaji logiknya dahulu bukan main copy-paste sahaja. Menggunakan nama orang lain, padahal orang itu tidak mengucapkannya bermakna kita sudah mendustai dan memfitnah orang lain itu.

Kembali semula kepada kes menguap itu, dari segi sains, menguap disebabkan kekurangan bekalan oksigen dalam otak. Otak yang kurang oksigen akan menyebabkan badan kita rasa letih dan lesu. Memang kita boleh rasa kelogikannya. Sebab bila kita letih, mula rasa mengantuk dan kuat menguap.

Sebenarnya menguap baik untuk otak. Otak yang cukup bekalan oksigen akan mudah berfikir. Selain dengan cara menguap (menyedut oksigen dlm kuantiti yang banyak), kita boleh dapatkan oksigen dgn cara meminum air masak. Inilah cara mengurangkan kekerapan menguap itu. Jadi tidak patut kita kata menguap itu daripada syaitan sebab fungsi menguap itu memberi kebaikan kepada sistem tubuh badan (terutama otak).

Sebab itu bila jumpa hadis2 seperti itu, kita akan terfikir, benarkan ia diucapkan oleh Rasulullah. Rasulullah itu kata-katanya logik dan masuk akal. Apakah orang yang mula-mula membawa kata-kata yang disandarkan atas nama Nabi itu sebenarnya syaitan yang inginkan umat Islam lembab otaknya sebab menahan oksigen pergi ke otak (tak bagi menguap).

Untuk menjaga adab, cukuplah menutup mulut masa menguap itu agar tak nampak buruk sangat. Bukannya dengan menahan menguap. Sebab itu dengan belajar kenal fungsi dalam diri kita, kita mudah menilai hadis-hadis yang tak logik itu.

Syaitan itu ada pada sesuatu yang menurut nafsu yang tidak memberikan faedah kepada diri kita. Itu barulah daripada syaitan. Sedangkan segala kelakuan fitrah semula jadi manusia, itu dicipta oleh Allah untuk kebaikan diri kita. Tidak patut kita kata ia daripada syaitan. Masa menguap itu, kita bernafsu ke?

Kalau masa makan berlebihan dan perkara2 yang mengundang nafsu dan tidak bermanfaat, itu logiklah dikatakan daripada syaitan.

Syaitan bermula daripada makan berlebihan. Bila makan berlebihan, mulalah kekenyangan dan nak tidur. Bila hidup banyak tidur, maka kuranglah buat sesuatu yang memberi manfaat kepada diri. Badan mula jadi gemuk dan otak jadi lembab. Itulah daripada syaitan.

Jadi tidak logik kata menguap itu daripada syaitan. Macam itu juga bersin. Semua itu perbuatan semula jadi yang diluar niat kita. So tidak dikira daripada syaitan.

Jika kita berniat nak makan berlebihan, tidur berlebih, tgk tv berlebihan dan segala yang berlebih2 dan bermewah-mewah, itulah baru betul daripada syaitan.
Back to top Go down
mawar_hijau

mawar_hijau


Posts : 112
DUIT gempakZ : 229
REPUTASI : 2
Join date : 2010-05-27

Menguap menurut Islam Empty
PostSubject: Re: Menguap menurut Islam   Menguap menurut Islam EmptyFri May 28, 2010 5:44 am

PENDAPAT LAIN:

Ada baca tak pandangan MAZA baru2 ini pasal penggunaan hadis2 palsu? Ada juga kebenaran kata-kata beliau itu.

Ini yang dikatakan fitnah akhir zaman, di mana nama Nabi digunapakai secara tidak bertanggungjawab. Sebab itu Nabi Muhammad sendiri tidak membawakan riwayat2 hadis nabi2 terdahulu untuk membenarkan kitab-kitab terdahulu.

Ada kita jumpa dalam Quran Nabi Muhammad mengucapkan "Diriwayatkan daripada si polan bin si polan bahawa Nabi Musa pernah berkata...." ? Takde bukan?

Sebab itu umat Islam kena kembali menghayati Quran. Quran adalah asas Islam sebelum munculnya riwayat2 hadis. Sunnah dalam belajar, kena bermula daripada yang asas. Dalami intipati pengajaran Quran seterusnya kita mudah membezakan riwayat hadis yang baik pengajarannya dan riwayat hadis yang tak masuk akal.

Ini untuk menjaga diri kita sendiri agar tidak menyebarkan hadis2 palsu. Apatah lagi kita tak pernah belajar ilmu hadis.
Back to top Go down
Sponsored content





Menguap menurut Islam Empty
PostSubject: Re: Menguap menurut Islam   Menguap menurut Islam Empty

Back to top Go down
 
Menguap menurut Islam
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Perniagaan menurut Islam
» Mualaf Amerika dan Perjuangannya menyebarkan islam
» Taktik Yahudi Memperdayakan Umat Islam
» Concept of God in Islam
» Doa awal Tahun Islam

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISLAM-
Jump to: