KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 LUAHAN HATI AZEAN IRDAWATI

Go down 
AuthorMessage
semut api

semut api


Posts : 34
DUIT gempakZ : 86
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

LUAHAN HATI AZEAN IRDAWATI Empty
PostSubject: LUAHAN HATI AZEAN IRDAWATI   LUAHAN HATI AZEAN IRDAWATI EmptySat May 29, 2010 2:40 pm

Luahan hati Kak Yan yang cukup menyentuh perasaan ini telah dihantar kepada murai.com.my menerusi khidmat sms. Berikut adalah luahan hati Kak Yan untuk tatapan semua: -
------------------------------------------------------------------------
Salam,
Kenapa begini zalim terhadap Kak Yan? Arahan ditandatangi pada tengahari Selasa, 4 Mei 2010. Kenapa tak bagitau Kak Yan awal agar boleh Kak Yan berjumpa anak Kak Yan sekali lagi sebelum dia dibawa ke Muar?

Pukul 3 petang hari Rabu, 5 Mei semalam, baru dapat keizinan untuk pergi menghantar ubat-ubat asma dan darah tingginya (untuk Benjy) . Mesti sampai sebelum habis waktu kerja pukul jam 4 petang. Kenapa tak boleh bagi izin awal sikit.

Kak Yan bergegas ke Muar dan tiba pukul 5 kerana mencari tempatnya lagi. Kami tak dapat berjumpa Benjy. Kak Yan diberitahu boleh datang lagi pada hari lain, tapi perjumpaan hanya melalui intercom, dipisahkan di antara dinding skrin.

Dan tak dibenarkan membawa sebarang makanan masakan sendiri, walaupun pada bulan puasa atau hari raya selama 2 tahun tempoh tahanan berjalan. Kak Yan faham tentang syarat-syarat itu yang terpaksa diturut oleh pihak pusat tahanan. Itu prosidure untuk semua tahanan.

Tapi, yang kak Yan tak faham, kenapa tak bagitau kak Yan awal, sebelum bawa anak kak Yan pergi pagi semalam. Arahan tahanan ditandatangani tengahari. Kak Yan masih sempat berjumpa Benjy, untuk kali terakhir dia cium tangan ibunya. Untuk kali terakhir Kak Yan nak peluk, cium anak kak Yan. Kenapa tak bagitau?

Kalau betul cakap doktor yang Kak Yan hanya ada sehingga Oktober tahun ini sebelum kalah dengan kanser yang dah sampai ke peringkat 4 ni, adakah ini bermakna Kak Yan tidak akan berkesempatan menyentuh anak Kak Yan lagi? Atau, untuk dia menjamah masakan ibunya lagi?

Sejak Februari 2009, Kak Yan menghentikan semua rawatan di hospital kerana dah tak mampu. Kak Yan hanya mengamalkan rawatan Syifa Al-Hidayah iaitu surah Al-Quran.

Kak Yan memang tak tunjukkan pada orang yang Kak Yan masih sakit dan tak tak mengisytiharkan apa yang seorang doktor pakar (bukan dari Kak Yan) beritau Kak Yan pada Oktober 2008 .

Setelah examine gambar-gambar X-Ray kak Yan disaksikan 2 orang kawan rapat Kak Yan bahawa Kak Yan hanya ada 2 tahun lagi. Kak Yan tak bercerita sebab pertama, tak nak percaya cakap dari doktorsebab ajal maut Tuhan yang tentukan.

Kedua, Kak Yan tak mau bercerita yang negatif kepada orang ramai sebab itu Kak Yan tabahkan hati dan tersu menjalani hidup ini tanpa mengalah. Biar Kak Yan berdoa saja.

Tapi sebenarnya sejak stress dengan kesini, sememangnya symptom- simptom yang Kak Yan kenal benar sebelum ni Kak Yandah mula rasa, setiap hari. Kak Yan tetap berdoa, disembuhkan dan dipanjangkan umur.
Tapi...jika sekiranya kanser jenis cerb-2+VE yang sememangnya disahkan jenis agresif ini kalahkah Kak Yan sebelum Benjy habis tempoh 2 tahun, adakah ini bermakna kami anak beranak telah pun dipisahkan sebelum Tuhan memisahkan kami?

Kenapa begini zalim? Selama 36 tahun Kak Yan berbakti kepada masyarakat melalui tenaga dan bakat kurniaan Tuhan, Kak Yan kononnya diminati dan disanjungi. Sekarang, apa dia jenayah yang Kak Yan lakukan sehingga hak Kak Yan sebagai ibu dirampas begitu kejam?

Kak Yan cuma minta memeluk anak Kak Yan sekali saja lagi, menyuap nasi dengan lauk kegemarannya sekali saja lagi. Lepastu, ambillah dia. Kurunglah, kalau mau. Tapi, janganlah diperlakukan begini kepada Kak Yan. Masing-masing ada ibu, ada anak.
Tolonglah. Kasihanilah Kak Yan.

>>>. nak wat camne nasi dah jd bubur.. No
Back to top Go down
 
LUAHAN HATI AZEAN IRDAWATI
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Luahan hatiku kepada Pemandu yang sengal
» Shahir Juara AF 8 mengidap Kanser hati?
» Kisah monyet yang menyayat hati
» TIPS TENTANG HATI SEORANG WANITA
» ekoran kemalangan melibatkan myvi SE adikku.. berhati-hati dijalan raya

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: