KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini

Go down 
2 posters
AuthorMessage
IknowU

IknowU


Posts : 4
DUIT gempakZ : 6
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-29

Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini Empty
PostSubject: Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini   Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini EmptySat May 29, 2010 11:00 pm

jom kongsi info tentang arnab;

Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini Rabbit

PENGENALAN

Arnab merupakan sejenis mamalia dalam kumpulan order lagomorpha dari alam haiwan filum kordata. Haiwan ini hidup secara berkoloni dan tinggal didalam lubang yang dikorek. Haiwan ini pada asal hidup pada persekitaran bebas di zon iklim sederhana. Haiwan ini membiak dengan cara melahir, menyusu dan menjaga anak sepanjang tempoh pembesaran sehingga cerai susu.Tidak kurang dari 72 spesis yang telah dikenalpasti di seluruh dunia yang sebahagian besarnya terdapat di Benua Eropah, Amerika dan Australia. Secara amnya, arnab yang berada di persekitaran tropika termasuk Malaysia adalah arnab penghijrah yang dibawa oleh kaum pendatang seperti pedagang, penjajah dan juga migran. Di kawasan beriklim sederhana, arnab dianggap musuh kepada peladang. Ini kerana, arnab adalah spesis herbivor iaitu memakan hampir semua tumbuhan hijau. Dalam habitat semulajadi, seekor arnab mampu menghabiskan 1 kilogram tumbuhan hijau sehari. Dengan kadar kelahiran yang tinggi amat cepat berkembang telah menyukarkan para peladang untuk mengawal populasi. Tempoh matang arnab betina ialah 4 hingga 5 bulan dan 5 hingga 6 bulan bagi pejantan. Seekor induk betina boleh melahirkan purata 5 ekor anak dalam satu-satu masa dan dalam tempoh 48 jam akan mengawan semula. Tempoh bunting arnab ialah antara 30 - 35 hari. Jangka hayat maksimum arnab ialah 12 tahun. Untuk penternakan komersial, Umur maksimum 2 tahun adalah tempoh yang sesuai dan produktif.

FAKTA LAIN TENTANG ARNAB

Nama Latin : Oryctolagus cuniculus
Panggilan untuk betina dewasa : Doe
Panggilan untuk jantan dewasa : Buck
Panggilan untuk anak : Kittens
Bilangan anak : 4-12
Berat waktu lahir : 30 – 80 gm
Tempoh buka mata : 10 hari
Purata berat : Jantan 1– 5 kg / Betina 1– 8 kg
Tempoh henti menyusu : 4-7 minggu
Suhu badan : 103.3-104F; 38-40C
Kadar denyutan jantung : 130-325 denyutan seminit
Kadar pernafasan : 32-60 tarikan nafas seminit
Rekod dunia paling tinggi melompat : 1 meter
Rekod dunia paling jauh melompat : 3 meter
Telinga paling panjang : 31.125 inci
Paling lama hidup : 19 tahun
Mempunyai 18 jari kaki : 4 setiap kaki belakang dan 5 setiap kaki depan
Warna bulu : Lebih dari 150
Warna mata : coklat, biru-grey, biru, marbel dan pink
Waktu aktif : Awal pagi dan malam
an apakah tujuan untuk menternak arnab.
2. Produk sebenar yang akan dikeluarkan.
3. Dari mana sumber perolehan.
4. Apakah informasi yang boleh diberi oleh penjual.
5. Memeriksa dengan teliti arnab yang ingin dibeli.

Pemilihan Baka untuk penternakan arnab

Pemilihan baka perlu dilakukan dengan teliti. Aspek penting dalam pemilihan baka ialah;

* Pastikan fizikal arnab ada sempurna, tidak cacat sebarang anggota.
* Periksa kesihatan, pastikan keseluruhan badan arnab dalam keadaan kering. Jika terdapat kesan lembapan, periksa dengan teliti bahagian punggung, kemungkinan arnab cirit birit.
* Pastikan bulu, mata dan telinga dalam keadaan normal dan ceria.
* Pastikan arnab berada dalam keadaan aktif, iaitu sentiasa bergerak dan melompat ini untuk memastikan arnab itu tidak tempang.

Pembelian hendaklah dilakukan dari sumber yang boleh dikenalpasti mempunyai kemahiran serta pengetahuan tentang aspek pengurusan dan pengendalian ternakan arnab. Seboleh-bolehnya elakkan dari membeli dari kedai haiwan. Ini kerana kedai haiwan mungkin tidak dapat memberikan maklumat asas berkaitan arnab serta tiada rekod dari penternak asal. Pada kebiasaannya, arnab yang dijual di kedai-kedai haiwan, secara majoriti diternak secara tradisional oleh masyarakat kampung. Penternak tradisional secara umumnya tidak mempunyai sebarang catatan. Kalau ada pun hanya sekadar untuk pengetahuan sendiri. Spesifikasi rekod seharusnya mempunyai maklumat asas seperti baka/spesis, tarikh lahir, berat semasa, lokasi dilahirkan, jenis pemakanan, jenis reban ( permukaan lantai, dinding) dan rekod kesihatan..

sumber: http://arnab-manja.blogspot.com/
Back to top Go down
IknowU

IknowU


Posts : 4
DUIT gempakZ : 6
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-29

Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini Empty
PostSubject: Re: Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini   Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini EmptySat May 29, 2010 11:01 pm

PROSPEK PENTERNAKAN ARNAB DI MALAYSIA

Arnab diternak di seluruh dunia untuk untuk pelbagai tujuan. Di Eropah dan Asia, arnab merupakan sumber makanan penting. Arnab menghasilkan daging putih yang halus, tinggi protein, rendah lemak, sangat enak, dan boleh menggantikan unggas di sebahagian besar resepi. Bangkai arnab hanya terdiri dari 20 peratus tulang. Di Amerika Syarikat, penternakan arnab lebih diutamakan untuk tujuan penghasilan kulit sebagai perhiasan dan pakaian. Penyelidikan perubatan dan kosmetik juga memerlukan sejumlah besar arnab setiap tahun. Ramai penternak menternak arnab sebagai hobi semata-mata tanpa menyedari bahawa sumber protin yang terdapat dalam daging arnab amat sesuai untuk diet pemakanan alternatif yang berkualiti tinggi.

Dunia penternakan arnab di Malaysia lebih mengenali arnab sebagai spesis haiwan yang diternak atau dibela sebagai haiwan kesayangan. Sifatnya yang manja, mesra dan menawan serta mudah dilatih telah menenggelamkan produk lain yang boleh dimanfaatkan seperti daging, bulu, kulit serta kompos. Ditambah pula sifat penyayang masyarakat Malaysia, haiwan ini gagal dimanfaat untuk sajian seisi keluarga.Penggunaan dalam penyelidikan, perubatan, pameran dan pertunjukan haiwan serta tarikan ke pusat-pusat rekreasi juga merupakan satu nilai tambah produk berasaskan arnab.Produk siap seperti penghasilan daging burger, sate, sosej, makanan ditinkan, serunding yang merupakan sebahagian dari diet pemakanan rakyat Malaysia amat sukar diperolehi dipasaran tempatan. Sehingga kini, tidak ramai pengusaha penternakan di Malaysia mengusahakan ternakan ini secara produktif. Sedangkan prospek penternakan ini amat cerah untuk dikomersialkan samada diperingkat domestik atau antarabangsa.Terlalu bergantung kepada beberapa jenis ternakan sahaja bukanlah satu langkah yang bijak dalam memastikan stok daging negara mencukupi untuk jangka masa yang panjang.Dengan kepelbagaian produk yang boleh dihasilkan, penternakan berskala besar perlu digiatkan. Kerajaan seharusnya membantu menyediakan kemudahan dan skim galakan bagi memungkin penternakan ini berdaya saing dalam memenuhi stok daging negara. Kemudahan pembiayaan kewangan, Latihan dan pemasaran amatlah diperlukan. Kajian dan penyelidikan dalam penghasilan produk berasaskan arnab perlu ditingkatkan.Malaysia akan terus menjadi pengimport tegar produk daging untuk beberapa dekad akan datang jika tiada usaha berterusan dilakukan mulai sekarang dalam memperkayakan koleksi penternakan komersial.
Back to top Go down
IknowU

IknowU


Posts : 4
DUIT gempakZ : 6
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-29

Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini Empty
PostSubject: Re: Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini   Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini EmptySat May 29, 2010 11:02 pm

Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini CMS6K8SG1D2MPFP0-l

Terdapat pelbagai kaedah untuk memberikan ubat dan vitamin kepada arnab. Salah satu kaedah memberikan ubat kepada arnab ialah melalui suapan mulut. Kaedah ini paling mudah dan berkesan. Kaedah kedua ialah menggunakan suntikan. Kaedah ini memerlukan pengalaman dan kemahiran. Kaedah ketiga ialah menggunakan bekas minuman atau makanan. Melalui kaedah ini, ubatan atau vitamin dimasukan ke dalam bekas ini dan arnab akan makan atau minum sendiri. Kaedah ini tidak berkesan jika arnab ini kurang selera makan.
Back to top Go down
ketupat lemang

ketupat lemang


Posts : 64
DUIT gempakZ : 169
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-30

Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini Empty
PostSubject: Re: Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini   Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini EmptySun May 30, 2010 3:27 am

tak sampai hati nak semelih arnab sbb comey sgt... tp kalau dah jadi rendang, akulah orang No 1 yang akan makan.. hehe... nak nak makan dengan ketupat atau lemang.. adeh.. teringat hari raya pula.. huhu :nangess:
Back to top Go down
Sponsored content





Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini Empty
PostSubject: Re: Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini   Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini Empty

Back to top Go down
 
Arnab : segalanya tentang haiwan cute ini
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Haiwan cute in the house!
» Musang: Haiwan yang Cantik
» Haiwan Pelik di Australia suatu masa dahulu
» Hamster: Tikus yang Cute
» Haiwan bermuka monyet berbadan kucing??

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN HOBI :: PENCINTA HAIWAN-
Jump to: