KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Pakai Skirt Labuh jika menolak etika berpakaian di Acheh

Go down 
AuthorMessage
samir

samir


Posts : 26
DUIT gempakZ : 76
REPUTASI : 0
Join date : 2009-12-06

Pakai Skirt Labuh jika menolak etika berpakaian di Acheh Empty
PostSubject: Pakai Skirt Labuh jika menolak etika berpakaian di Acheh   Pakai Skirt Labuh jika menolak etika berpakaian di Acheh EmptyMon May 31, 2010 3:20 pm

Polis agama diberi 20,000 skirt..

Pakai Skirt Labuh jika menolak etika berpakaian di Acheh Du_02.1
FATIMA berbalah dengan seorang anggota polis agama selepas dia diminta menukar seluar jean yang dipakainya dengan skirt panjang di Kampung Lambalek, Aceh Barat semalam.

MEULABOH, Indonesia - Polis Islam di Aceh akan menerima 20,000 skirt panjang untuk diberikan kepada wanita yang melanggar etika pakaian Muslim, kata seorang pegawai, Ramli Mansur semalam.

"Mulai hari ini, saya akan menyerahkan kira-kira 20,000 skirt kepada polis syariah di Aceh Barat," katanya yang merupakan Ketua Daerah Aceh Barat.

Menurutnya, pesalah-pesalah wanita akan menukar seluar panjang dengan skirt panjang dan longgar jika polis syariah menangkap mereka.

Mansur berkata, pada suatu hari, dia terpaksa menjawab soalan daripada Tuhan apakah yang telah dilakukannya untuk menguatkuasakan undang-undang Islam.

"Kami akan meningkatkan serbuan terhadap pesalah undang-undang syariah di sini. Tuhan akan bertanya kepada saya untuk bertanggungjawab terhadap apa yang telah saya lakukan semasa saya berkhidmat di Aceh Barat," katanya.

Polis pencegah maksiat semalam menyoal 30 wanita mengenai pakaian yang dipakai mereka di sebuah kampung di Aceh Barat semalam.

"Apakah silapnya dengan pakaian saya? Undang-undang manakah yang telah saya langgar?

Adakah saya seorang pengganas yang menyebabkan saya diminta menunjukkan kad pengenalan saya?" kata seorang wanita berumur 40 tahun, Fatima yang ditahan oleh polis agama.

Namun, protesnya tidak didengari dan dia menutup seluar jeannya dengan skirt yang dibawa dari rumah.

Polis agama itu tidak mempunyai kuasa untuk menangkap wanita kerana melanggar etika pakaian tetapi mereka diminta menukar pakaian yang tidak sesuai dengan ciri-ciri Islam. - AFP
Back to top Go down
 
Pakai Skirt Labuh jika menolak etika berpakaian di Acheh
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Wanita cepat tua jika sering mengadap Komputer
» Risiko AML Jika Ambilan Alkohol Dari Ibu Mengandung
» Dr M: Lesen judi diluluskan jika saya berkuasa
» Berani ke nak pakai?
» Jutawan Perancis Sanggup Bayar Denda Wanita Pakai BURKA!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: