KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Kongsi resepi Masakan

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Kongsi resepi Masakan   Tue Feb 17, 2009 11:02 pm

kalau ada yang nak kongsi resepi masakan leh lah letak sini. sharing is caring :ermermerm:

------------------------------------------------------------------------------

daging masak bali

Bhn:

daging
cili kering - diblend
bawang besar - diblend
bawang putih - diblend
kicap cap 3 ayam
lengkuas - diblend/ditumbuk
asam keping
minyak utk menumis
garam (jika perlu)
serai (diketuk)
daun kari

cara:

1) Perap semua bahan (kecuali serai dan daun kari) sekurang2nya 1/2 jam.
2) Tumis serai dan daun kari hingga wangi. Masukkan bhn yg diperap tadi.
3) Jika perlu, tambah garam. Tapi zana x tambah pn sbb pd zana kicap tu dah masin.
4) Masak sehingga agak2 kering.

**opps lupa lak... boleh tambah hati lembu dan limpa gak... perapkan bersama2 dgn daging....
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Kongsi resepi Masakan   Tue Feb 17, 2009 11:04 pm

Sotong Percik Ramadhan

Bahan-bahan ( 6 orang )
8 ekor sotong yang besar
10 biji cili kering (**)
5 biji cili padi (**)
5 biji cili merah (**)
1 labu bawang besar (**)
2" halia (**)
2" lengkuas (**)
2 batang serai (**)
1 helai daun kunyit - dihiris halus
4 helai daun limau purut - dihiris halus
1 batang serai - dititik
1 sudu besar air asam
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara
Bersihkan sotong dan potong seperti dalam gambar.
Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudain susun didalam pinggan.
Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih.
Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Siap..!!!
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Kongsi resepi Masakan   Tue Feb 17, 2009 11:05 pm

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
7-8 ketul ayam (dibersihkan)
5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
1 inci halia (dikisar kasar)
3 batang serai (dikisar kasar)
1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sdt jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sb serbuk kari ayam (dyg guna Adabi)
1 biji telur
2 sb tepung jagung
1 tangkai daun kari
garam secukupnya

Cara-cara
Perapkan
ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh.
Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing. Gunakan api
perlahan shj.
Hidangkan panas2.
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Kongsi resepi Masakan   Tue Feb 17, 2009 11:05 pm

Kari Daging

1 ½ kg daging
125 ml minyak
5 labu bawang – di cincang halus
12 ulas bawang putih – di cincang halus
2 kuntum bunga lawang
2.5 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
4 tangkai daun kari
70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
1liter santan cair
500 ml santan pekat
3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
garam secukupnya

Cara-cara
Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Kongsi resepi Masakan   Tue Feb 17, 2009 11:07 pm

td makan malam aku masak sendiri.. masak ayam masak pedas.. menu blasah..

ok menunya ialah:


6 ketoi ayam (bergantung kpd bil pengketedarah.. ngehehe)..
1 cawan air.
2 sudu cili boh (nak pedas letaklah bebanyak..)
1 sudu gula
3 ketoi bawang putih (bhgn yang kecil)
6 kotoi bawang merah kecil
satu inci halia
sos tomato (secukup rasa)
1 sudu serbuk ikan bilis
garam aginamoto serbuk lada hitam secukup rasa

cara mebuatnya:

1) tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia..
2) tumiskan bahan2 tersebut dgn 2 sudu besar minyak masak sehingga berbau harum
3) masukkan 2 sudu cili boh.
4) gaulkan bahan2 tersebut dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil mengacau perlahan2 dgn api sederhana
5) masukkan sesudu serbuk ikan bilis, garam, lada hitam dan sos.. gaulkan..
>>
alamak.. pedas pulak rasa.. erm.. xper.. masukkn sesudu gula utk
kuangkan rasa pedas tsbt dan memberikan sedikit rasa manis..
6) masukan 6 ketui ayam yang digoreng terleih dahulu... kacaukan..

setelah itu siap utk dihidang.. selamat mencuba

p/s: ini menu belasah aku.. xsedap jgn komen.. ngeheh.. makan je.. :ermermerm:

hood makan je sampai licin.. haha
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Kongsi resepi Masakan   

Back to top Go down
 
Kongsi resepi Masakan
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN HOBI :: MAKANAN & RESEPI-
Jump to: