KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Jumlah wang kertas palsu masih kecil

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Jumlah wang kertas palsu masih kecil Empty
PostSubject: Jumlah wang kertas palsu masih kecil   Jumlah wang kertas palsu masih kecil EmptySun Nov 15, 2009 3:22 pm

Jumlah wang kertas palsu masih kecil

KUALA LUMPUR: Jumlah wang palsu khususnya membabitkan not RM50 di negara ini masih kecil dan terkawal iaitu 13 keping bagi setiap sejuta Ringgit, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung, berkata bagi tempoh 1 Januari hingga 30 September lalu, jumlah wang palsu yang dikesan dan dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) ialah sebanyak 48,555 keping.

"Berdasarkan tanda aras yang menjadi panduan di peringkat antarabangsa, jika pemalsuan wang itu mencapai 20 keping bagi setiap juta wang yang dikeluarkan, baru ia serius. Jika keadaan itu berlaku, baru dianggap bahawa situasi perlu dibaiki dengan tindakan keselamatan secara serta merta.

"Setakat ini, kita memang berada di bawah paras itu dan BNM dengan kerjasama pihak keselamatan akan berterusan memantau," katanya menjawab soalan Hamim Samuri (BN-Ledang).

Hamim ingin tahu jumlah wang palsu yang telah dirampas sepanjang tahun ini dan langkah yang dilakukan kerajaan bagi mengatasi masalah itu.

Chor berkata walaupun jumlah itu tidak serius dan masih terkawal, pihak berkuasa sentiasa berwaspada dan akan mengambil tindakan tegas di bawah peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah memalsukan wang.

Beliau berkata pelbagai langkah pencegahan dan pendidikan telah diambil oleh BNM bagi menangani kegiatan pemalsuan wang.

"Antara pendekatan yang telah diambil ialah meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap ciri-ciri keselamatan pada wang kertas melalui kempen penerangan di media massa serta elektronik.

"Kita juga turut membantu vendor dalam membuat penyelarasan terhadap mesin-mesin pengesahan atau pengiraan wang yang digunakan oleh institusi kewangan dan perbankan," katanya.

Chor berkata institusi perbankan dan kewangan juga diminta memaklumkan dengan segera jika terdapat penemuan wang palsu selain melaporkannya kepada polis.

"Langkah terkini yang diambil oleh kerajaan dan BNM ialah sentiasa menambah baik kualiti wang kertas agar ia sukar untuk dipalsukan seperti ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada nota mata wang RM50 yang baru," katanya.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Jumlah wang kertas palsu masih kecil
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Wang Kertas Baru Malaysia 2012
» Buat wang dengan Wang Internet
» DUA WARTAWAN LAPOR BERITA PALSU
» Ular berkepala wanita palsu!
» Cinta palsu kekasih Face Book

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: