KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 ADUN BN Kuala Nerang Sertai PAS?

Go down 
AuthorMessage
Reformasi78




Posts : 7
DUIT gempakZ : 21
REPUTASI : 0
Join date : 2010-06-03

ADUN BN Kuala Nerang Sertai PAS? Empty
PostSubject: ADUN BN Kuala Nerang Sertai PAS?   ADUN BN Kuala Nerang Sertai PAS? EmptyThu Jun 03, 2010 12:55 am

ADUN BN Kuala Nerang Sertai PAS?

Dato' Syed Sobri Syed Hashim (Foto) ADUN Kuala Nerang yang dihebohkan sebagai wakil rakyat UMNO Kedah yang bakal menyertai PAS dikatakan begitu kecewa dan kesal dengan sikap pemimpin UMNO negeri itu yang tidak memberikan perhatian di atas kemelut yang sedang dihadapinya.

Syed Sobri yang kini menyisihkan dirinya dikatakan juga sedang berjinak-jinak untuk menyertai PAS walaupun telah dipujuk oleh sahabat handai supaya beliau tidak meneruskan niatnya itu.


Menurut sumber daripada orang yang terdekat dengannya memberitahu, Syed Sobri akan tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan UMNO menyertai parti PAS.

Difahamkan Dato' Seri Azizan Menteri Besar Kedah memaklumi tentang perkara ini dan PAS dikatakan tidak menjadi halangan besar untuk menerima penyertaan Dato' Syed Sobri di dalam parti itu.

Syed Sobri Syed Hashim dijangka akan mengumumkan penyertaannya di dalam PAS dalam sehari dua ini. Jika ini terjadi ia merupakan kegagalan UMNO negeri Kedah yang dipimpin oleh Dato' Seri Shafie Apdal (Foto di atas) yang juga Naib Presiden UMNO Pusat. Difahamkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah (Foto di atas) juga gagal untuk menemui wakil rakyat Kuala Nerang itu.

Dipercayai juga bahawa Dato' Syed Sobri akan membuat 'road show' ke seluruh negeri Kedah bersama PAS untuk menceritakan sebab musabab beliau meninggalkan UMNO, termasuk membuat pendedahan tentang beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam UMNO semasa mengadakan siri program Juara Rakyat.

----

Dari Sinar Harian

Letak jawatan atau lompat

ALOR SETAR - Sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim akan mengosongkan kerusi (meletak jawatan ADUN) atau melompat parti, akan diketahui selewat-lewatnya petang ini.

Ini kerana, Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap itu dijangka akan membuat pengumuman pada hari ini, seperti apa yang beliau janjikan sebelum ini.

Ketika dihubungi petang semalam, Syed Sobri mengingatkan wartawan supaya menunggu pengumuman yang akan dibuat.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa lagi sekarang. Makin banyak saya bercakap, semakin jadi kelam kabut. Tunggulah pengumuman yang akan saya buat,” katanya.

Ditanya sama ada keputusan sudah dibuat, Syed Sobri berkata, segala-galanya akan terjawab.

Agak aneh apabila Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ketika ditanya sama ada beliau sudah mendapatkan penjelasan Syed Sobri berhubung isu itu, berkata beliau masih tidak dapat menghubungi wakil rakyat berkenaan.

Ketua Pembangkang DUN Kedah yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula meminta semua pihak bersabar dan menunggu kenyataan Syed Sobri sendiri.

“Buat masa ini, elok saya diam daripada membuat kenyataan berhubung khabar angin Syed Sobri akan letak jawatan. Kita tunggu esok (hari ini) sahaja,” katanya.

Menurut sumber terdekat wakil rakyat itu, Syed Sobri diyakini akan keluar daripada Barisan Nasional dan menyertai Pas kerana tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti itu.

“Ada beberapa perkara yang perlu dibereskan dahulu sebelum Syed Sobri membuat pengumuman itu. Biasalah, perlu melalui beberapa proses seperti menghantar borang keahlian sebelum dipersetujui Jawatankuasa Pas Negeri, dan perlu menepati syarat-syarat ditetapkan,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada Syed Sobri akan melepaskan jawatannya sebagai ADUN, sumber itu memberitahu, ia belum pasti.

“Sama ada beliau akan melepaskan kerusi yang disandang, atau membawa sekali kerusi bersama-samanya dalam Pas, masih samar,” katanya.

Sekiranya Syed Sobri membuat keputusan menyertai Pas, tindakannya itu akan meningkatkan kerusi Pakatan Rakyat (PR) dalam DUN Kedah kepada 21 sekali gus mengurangkan kerusi BN daripada 13 kepada 12. Bebas diwakili dua ADUN.

Ini bukan kali pertama ADUN Kuala Nerang itu dikaitkan dengan isu letak jawatan. Pada awal 2009, beliau pernah berada dalam situasi yang sama sehingga Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat kenyataan mengumumkan Syed Sobri tidak akan melepaskan jawatan setelah mereka berbincang hati ke hati pada 28 April 2009. Pada 3 November 2008, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengisytiharkan Syed Sobri muflis berikutan kegagalan wakil rakyat itu menjelaskan hutang RM150,000. Namun pada 15 November tahun yang sama, Syed Sobri mengumumkan telahpun menjelaskan hutang berkenaan dan peguamnya telah pun mengesahkan beliau tidak lagi diisytiharkan muflis.
Back to top Go down
 
ADUN BN Kuala Nerang Sertai PAS?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Mat rempit disaran sertai persatuan permotoran
» Ulama Sertai Umno Demi Perlindungan Politik?
» UFO melawat Menara Kuala Lumpur?
» Anuar Zain tidak sertai Juara Lagu 2011 - Sedetik Lebih
» Petrol Percuma Buat Penduduk Kuala besut

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: