KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Capello tidak serik uji pemain tonggak

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Capello tidak serik uji pemain tonggak Empty
PostSubject: Capello tidak serik uji pemain tonggak   Capello tidak serik uji pemain tonggak EmptyMon Jun 07, 2010 12:22 pm

from: bharian.com

RUSTENBURG, Afrika Selatan: Sekalipun kehilangan Rio Ferdinand pada sesi terakhir latihan, pengurus England, Fabio Capello tidak bercadang merehatkan pemain tonggaknya dalam perlawanan pemanas badan terakhir menjelang Piala Dunia.

England akan bertemu pasukan Liga Perdana Afrika Selatan, Platinum Stars hari ini, dengan Capello mahu mencari kesebelasan utamanya bagi perlawanan pembukaan menentang Amerika Syarikat pada Piala Dunia nanti. “Saya perlu menurunkan semua pemain yang akan bermain menentang Amerika selama 45 minit atau 60 minit,” kata Capello. “Tidak tahulah sama ada ia satu risiko besar. Saya perlu mengambil risiko,” katanya. Perlawanan hari ini adalah peluang terakhir bagi Capello menguji gandingan pertahanan tengah untuk John Terry selepas kecederaan lutut Ferdinand Jumaat lalu. Pilihan bagi Capello ialah Ledley King, Jamie Carragher, Matthew Upson atau Michael Dawson, yang diterbangkan ke Afrika Selatan bagi menggantikan Ferdinand.

Jika Capello sudah berpuas hati dengan persembahan anak buahnya ketika menentang Mexico dan Jepun bulan lalu, pemain tonggak seperti ketua pasukan baru, Steven Gerrard dan penyerang Wayne Rooney mungkin akan direhatkan.

Tetapi yang pasti, Capello perlu melihat semua anggota dalam skuad itu saling bekerjasama di atas padang sebelum bertemu Amerika. – AP
Back to top Go down
 
Capello tidak serik uji pemain tonggak
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Datuk Lee Chong Wei bakal hilang gelaran pemain nombor 1 Dunia?
» Bola Sepak Negara: sapa patut digugurkan? Juru latih atau pemain?
» Amir Raja Lawak Serik Bercinta, Dipermainkan
» Lin Dan - Pemain Badminton terbaik Dunia
» David Beckham masih pemain bola terkaya di dunia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: BOLA, SUKAN & PERMAINAN-
Jump to: