KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Sumpahan Piala Dunia berterusan

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Sumpahan Piala Dunia berterusan Empty
PostSubject: Sumpahan Piala Dunia berterusan   Sumpahan Piala Dunia berterusan EmptyMon Jun 07, 2010 12:24 pm

from: Bharian.com

Sumpahan Piala Dunia berterusan Pix_gal0
FORLAN terbaring akibat kecederaan ketika berlatih, semalam.
Mikel, Robben, Forlan sertai senarai cedera

LONDON: Sumpahan ketika saingan pemanas badan menjelang Piala Dunia 2010 berterusan apabila senarai kecederaan semakin meningkat dengan pemain tengah Nigeria, John Obi Mikel dan pemain sayap Belanda, Arjen Robben, terlepas aksi pusingan akhir di Afrika Selatan.

Mikel menyertai senarai panjang kecederaan menjelang Piala Dunia selepas rakan sepasukannya di Chelsea, Michael Essien dari Ghana turut mengalami kecederaan lutut manakala kedudukan kapten Ivory Coast, Didier Drogba yang patah tulang bahu, masih belum dipastikan. Mikel, 23, mengalami kecederaan pada hari pertama menyertai latihan penuh selepas mengalami masalah lutut. “Dia mengadu mengenai kesakitan di buku lalinya sejurus tiba di Afrika Selatan tetapi selepas latihan semalam, sakitnya makin buruk,” kata jurucakap Persekutuan Bola Sepak Nigeria, Idah Peterside.

Bekas pemain sayap Chelsea, Robben pula terpaksa bergantung kepada keputusan ujian imbasan untuk menentukan nasibnya di Piala Dunia selepas tercedera ketika perlawanan persahabatan yang menyaksikan Belanda menumpaskan Hungary 6-1.

“Saya seakan tidak percaya apa yang berlaku, saya berharap bila perlawanan pemanas badan tamat, semua pemain cergas tetapi ini pula yang berlaku,” kata jurulatih Bert van Marwijk.

Jepun yang tewas dalam keempat-empat saingan pemanas badan, pasti turut terbeban apabila ayam tambatannya, Yasuki Konno turut terlepas perlawanan pembukaan akibat kecederaan lutut kiri.
Itali juga menerima nasib yang sama dengan pemain utama, Andrea Pirlo dan Mauro Camoranesi turut cedera dan terbaru, penyerang Uruguay Diego Forlan turut mencemaskan pasukan Amerika Latin itu apabila mengalami kecederaan kaki kiri ketika latihan. - Agensi
Back to top Go down
 
Sumpahan Piala Dunia berterusan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» menang Piala Dunia, Maradona ingin berlari bogel di Buenos Aires
» Amal: Cara mendapat pahala berterusan
» Piala Suzuki AFF: Malaysia belasah Indonesia 3-0
» Hoki, Kejohanan Remaja Asia & Piala Sultan Azlan Shah
» Laman Web Paling Tua di Dunia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: BOLA, SUKAN & PERMAINAN-
Jump to: