KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 MATRADE anjur misi khusus minyak, gas

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

MATRADE anjur misi khusus minyak, gas Empty
PostSubject: MATRADE anjur misi khusus minyak, gas   MATRADE anjur misi khusus minyak, gas EmptyMon Jun 07, 2010 12:28 pm

from bharian.com

Program padanan perniagaan buka peluang teroka pasaran baru dikenal pasti punyai potensi

PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menganjurkan misi pemasaran khusus bagi sektor perkhidmatan industri minyak dan gas ke rantau Eropah Timur dan Asia Barat pada hujung tahun ini.

Misi berkenaan yang bakal disertai peserta dalam sektor perkhidmatan industri minyak dan gas tempatan, bertujuan membuka peluang kepada syarikat terbabit meneroka pasaran baru yang dikenal pasti mempunyai potensi besar. Ketua Eksekutif MATRADE, Datuk Noharuddin Nordin, (kanan) berkata pihaknya akan mengatur program padanan perniagaan antara peserta dengan rakan dagang berkenaan sebelum misi itu bermula bagi membolehkan rundingan berjalan lebih lancar. “Kita akan mengenal pasti profil pembeli dan rakan dagang yang berpotensi di kedua-dua rantau terbabit bagi memastikan segala keperluan peserta dapat dipenuhi,” katanya dalam satu temubual, baru-baru ini.

Misi itu adalah yang pertama seumpamanya dianjurkan MATRADE ke pasaran berkenaan bagi syarikat tempatan yang terbabit dalam sektor perkhidmatan industri minyak dan gas.

Noharuddin menjelaskan, matlamat utama penganjuran misi berkenaan adalah bagi mewujudkan pasaran baru bagi syarikat terbabit, yang kebanyakannya mempunyai pengalaman luas dalam operasi domestik.

Selain itu, katanya, misi juga dapat membantu mengukuhkan jenama Malaysia sebagai penyedia perkhidmatan unggul dalam industri berkenaan.
“Seperti yang diketahui, pembabitan dalam industri ini memerlukan penggunaan teknologi tinggi dan ini sekali gus membantu menjenamakan Malaysia sebagai penyedia perkhidmatan bidang berkaitan teknologi,” katanya.

Beliau menambah, rancangan untuk menganjurkan misi terbabit adalah susulan penyertaan 25 syarikat tempatan ke misi pemasaran khusus sempena Persidangan Teknologi Luar Pesisir 2010 (OTC 2010) di Houston, Amerika Syarikat (AS) awal bulan lalu.

OTC adalah persidangan dan pameran minyak dan gas terbesar dunia.
Noharuddin berkata, penyertaan syarikat tempatan pada OTC 2010 adalah sebagai pemerhati dan MATRADE mengatur pertemuan perdagangan di antara syarikat terbabit dengan syarikat asing yang menyertai acara berkenaan.

Katanya, pertemuan itu berjaya mengukuhkan rangkaian perniagaan serta memberi peluang kepada syarikat tempatan untuk membentuk kerjasama dari segi teknologi terkini, peluang pemasaran dan perniagaan penyumberan luar.
Back to top Go down
 
MATRADE anjur misi khusus minyak, gas
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Misi Apeldoorn Azizul positif
» Masjid Negara anjur Kem Ibadah Remaja
» UTeM anjur bengkel penubuhan polis bantuan
» 3 Anak Pengusaha Minyak
» Tun Daim Zainuddin bagi hint kenaikan harga minyak akan berlaku!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: