KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 12 Biji telur berdiri di Kuching mengkagumkan

Go down 
AuthorMessage
emy_butterfly

emy_butterfly


Posts : 55
DUIT gempakZ : 127
REPUTASI : 0
Join date : 2010-06-18

12 Biji telur berdiri di Kuching mengkagumkan Empty
PostSubject: 12 Biji telur berdiri di Kuching mengkagumkan   12 Biji telur berdiri di Kuching mengkagumkan EmptyFri Jun 18, 2010 1:56 pm

12 Biji telur berdiri di Kuching mengkagumkan Wb_04.1
KANAK-KANAK tahun enam dari Tabika Padungan memerhatikan beberapa telur ayam mentah berdiri tegak tepat pukul 12 tengah hari hingga 1 petang, ketika tinjauan Utusan Malaysia di Kuching, semalam.

FENOMENA telur ayam ‘berdiri’ mendapat perhatian beberapa murid Tabika Padungan, Sarawak yang kagum dengan faktor graviti yang menyebabkan kejadian itu berlaku semalam.

Murid-murid berkenaan diberi penerangan oleh pengetua tabika tersebut mengenai fenomena alam berkenaan yang hanya berlaku pada waktu gerhana matahari.

Peristiwa itu turut mendapat perhatian ibu bapa yang mahu mengambil anak-anak mereka pulang dari tabika.

Para saintis berpendapat bahawa di antara matahari dan bumi terdapat garis-garis medan graviti yang dapat mempengaruhi elektron-elektron dalam telur menjadi stabil sekali gus membolehkannya ‘berdiri’.

Difahamkan, kejadian itu hanya berlaku di antara pukul 12 hingga pukul 1 petang berikutan graviti bulan dan matahari berada dalam keadaan sejajar.
Back to top Go down
emy_butterfly

emy_butterfly


Posts : 55
DUIT gempakZ : 127
REPUTASI : 0
Join date : 2010-06-18

12 Biji telur berdiri di Kuching mengkagumkan Empty
PostSubject: Re: 12 Biji telur berdiri di Kuching mengkagumkan   12 Biji telur berdiri di Kuching mengkagumkan EmptyFri Jun 18, 2010 1:57 pm

20 telur berdiri

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
2010/06/17

KUCHING: Sekumpulan murid Tadika Padungan di sini, semalam tercengang melihat fenomena telur berdiri di atas permukaan lantai yang rata tanpa bantuan sebarang peralatan.

12 Biji telur berdiri di Kuching mengkagumkan Pix_middle
PELIK...kanak-kanak kagum melihat telur tidak bergolek.

Kejadian itu juga membuatkan ibu bapa yang menunggu anak masing-masing terpegun melihat keganjilan kira-kira 20 biji telur berdiri.

Difahamkan, telur berdiri itu sebahagian daripada usaha Tadika Padungan untuk mendedahkan murid mengenai fenomena alam yang biasanya berlaku ketika gerhana matahari.

Sebenarnya situasi seperti itu bukan perkara baru atau ajaib, malah berdasarkan fahaman saintis, ia ada kaitan dengan faktor graviti.

Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.

Difahamkan, kejadian itu hanya berlaku antara jam 12 hingga 1 tengah hari berikutan graviti bulan dan matahari dalam keadaan sejajar.


Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jumaat Adam, ketika dihubungi berkata, perkara itu boleh berlaku jika mengambil kira faktor graviti bumi.

Katanya, kajian dijalankan mendapati perkara seumpama itu disebabkan wujudnya kuasa graviti bumi yang membantu telur itu berdiri tegak.


“Kita melihat pelbagai contoh berkaitan graviti, matahari dan bulan.
“Contohnya, air pasang surut serta siang dan malam ada kaitan dengan dua objek alam ini.

“Dari segi graviti, kalau kita berada di udara kita boleh terbang, tapi di bumi tidak berlaku,” katanya.
Back to top Go down
 
12 Biji telur berdiri di Kuching mengkagumkan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kuching Banjir lagi 2012
» Kisah Penjual telur
» Seni telur majlis perkahwinan
» Rumah telur yang unik! dari beijing
» Ini benar berlaku : Ada telur lalat dalam ayam goreng mamak Putrajaya

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN ILMU :: SAINS & KAJIAN ALAM-
Jump to: