Tomato man
Posts : 267 DUIT gempakZ : 727 REPUTASI : 1 Join date : 2010-05-25
| Subject: Pekida bukan samseng Fri Jun 18, 2010 4:40 pm | |
| BERA – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) merupakan pertubuhan badan bukan kerajaan yang lebih 20 tahun bertapak di negara ini berlandaskan agama Islam dan ia bukan pertubuhan samseng.
Setiausaha Agong Pekida Malaysia, Mohd Zain Ghazali berkata, berikutan penghijrahan ahli asal (dari negeri Kedah dan Perlis) ke seluruh negeri menyebabkan penghayatan matlamat Pekida berbeza mengikut kebudayaan sesuatu kawasan baru.
“Pekida mula dipandang serong masyarakat pada 1990-an, apabila terdapat golongan muda yang menyertai pertubuhan ini, tidak memahami asas kami.
“Malah, mereka mempunyai matlamat yang berbeza dan mahu mengambil kesempatan dengan nama Pekida,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Daerah Negeri Pahang.
Mesyuarat itu turut dihadiri Setiausaha Majlis Ayahanda Malaysia, Mohamad Yatim Md Rajam dan Pemangku Pengerusi Pekida Negeri Wan Abd Rashid Wan Semail.
Mohd Zain berkata, berikutan beberapa kes itu, Pekida melaksanakan proses pemutihan yang secara tidak langsung dapat memulihkan nama Pekida dengan melakukan penapisan semula dan pendakwahan dalaman kdalam kalangan ahli-ahlinya.
Menurutnya, antara langkah yang dilakukan ialah berkongsi senarai nama keahlian dengan balai polis di setiap daerah supaya dapat memantau penyalahgunaan nama Pekida oleh mereka yang bukan ahli.
“Ramai yang mengaku ahli Pekida, tetapi sebenarnya mereka hanya menggunakan nama itu untuk kepentingan diri sendiri.
“Sekiranya Pekida mendapati bahawa terdapat individu bukan ahli menggunakan nama Pekida, kami boleh membuat laporan polis mengenai perkara itu,” katanya.
Selain itu, ahli Pekida yang bersubahat juga boleh dikenakan tindakan sewajarnya sehingga membolehkan keahliannya dilucutkan.
Menurut Mohd Zain, pihaknya kini dalam proses mengemas kini data ahli dan berhasrat untuk menyediakan kad keahlian dengan dilengkapi cip supaya tidak mudah ditiru.
“Kita harap, matlamat ini tercapai supaya proses pemutihan itu dapat dilaksanakan 100 peratus,” katanya. | |
|