KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 MASALAH KESIHATAN YANG BIASA DIHADAPI OLEH LELAKI

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

MASALAH KESIHATAN YANG BIASA DIHADAPI OLEH LELAKI Empty
PostSubject: MASALAH KESIHATAN YANG BIASA DIHADAPI OLEH LELAKI   MASALAH KESIHATAN YANG BIASA DIHADAPI OLEH LELAKI EmptySun Nov 15, 2009 5:23 pm

MASALAH KESIHATAN YANG BIASA DIHADAPI OLEH LELAKI

Kanser prostat
Kanser prostat sering menyerang lelaki pada sekitar usia 45 tahun dan merupakan kanser yang paling biasa dalam kalangan lelaki. Ia biasanya menular secara perlahan dan melibatkan kelenjar prostat, tetapi jika dibiarkan ia kan merebak ke orgen lain. Puncanya berkait rapat dengan diet yang tinggi lemaknya, banyakan makan daging dan kurang sayuran.

Kanser testis
Ia sering menyerang lelaki muda antara usia 20 hingga 39 tahun. Kanser testis jarang sekali menimbulkan kesakitan menyebabkan banyak daripadanya tidak terdiagnos sehingga ia sudah merebak kerana lelaki biasanya mengabaikan kesakitan dan bengkak di testis sehingga ia menjadi mudarat. Simtomnya termasuk kesakitan, bengkak atau berketul didalam testis.

Osteoporosis – Sakit Bahagian Tulang Belakang
Osteoporosis lelaki sering diabaikan dan tidak dirawat. Lelaki berusia lebih daripada 50 tahun lebih cenderung menghidap osteoporosis berbanding kanser prostat. Gejala pertama yang muncul adalah sakit bahagian belakang semasa membongkok atau mengangkat barang yang selalunya keruntuhan sesuatu vertebra. Kira-kira separuh daripada kes osteoporosis lelaki berkaitan dengan penuaan.

Impotens – Erektif Difungsi
Erektif difungsi menjejaskan 1 daripada 10 lelaki. Ia lebih biasa berlaku di kalangan mereka yang berusia 65 tahun, tetapi juga berlaku dimana-mana juga usia. Selalunya mengganggu imej diri lelaki tersebut dan juga kehidupan seksual pasanganya. Biasanya ia boleh berlaku akibat tekanan, keletihan, kerisauan ataupun pengambilan akohol yang terlalu banyak. Tetapi sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, masalah buah pinggang, tekanan darah tinggi dan kolesterol yang tinggi juga boleh menimbulkan masalah tersebut.

Jagkitan saluran kencing – UTI
UTI ialah istilah umum yang merujuk kepada jangkitan sistem uninari, dengan kehadiran bekteria dan nanah didalam kencing.walupun jangkitan kulat atau jenis lain biasa berlaku.

Benigna prostat hiperplasia – BPH
Kelenjar prostat adalah penting dalam organ pembiakan. Apabila lelaki semakin berusia, kanser prostat mungkin membesar secara perlahan-lahan dan menyebabkan susah untuk kencing, satu keadaan yang dikenali sbagai benigna hipertrofi. Kajian menganggarkan bahawa sehingga 50% daripada lelaki akan menghidap BPH, dari menjelang usia 70-an, jumlah ini barang kali akan meningkat sehingga kira-kira 80%. BHP ialah sebahagian daripada proses penuaan dan selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dan faktor pertumbuhan sel.

Ejakulasi pramatang
Berdasarkan sebuah kajian, kira-kira 30% daripada lelaki seluruh dunia diganggu oleh ejakulasi pramatang. Ejakulasi pramatang boleh ditunjukan secara tepat kepada masalah psikologi. Pengalaman seksual awal munkin membentuk satu corak yang susah diubah kemudian hari ataupun erektil disfungsi, kerisauan dan masalah biologi. Rawatannya termasuklah terapi, teknik dan perubatan, ubat antikemurungan, krim anestetik dan psikoterapi.

Kualiti sperma yang rendah
Kualiti sperma yang rendah akan menjejaskan peluang kehamilan pasangan anda. Kualiti sperma yang rendah boleh berpunca daripada faktor seperti tekanan, toksin, merokok, alkohol, dadah dan gen keturunan. Lelaki yang menghabiskan masa lebih daripada 30 minit didalam tab mandian atau mandi dengan air yang bersuhu 40oC juga boleh mengalami kualiti sperma yang rendah.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
MASALAH KESIHATAN YANG BIASA DIHADAPI OLEH LELAKI
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tip Kesihatan yang baik untuk anda
» perkara yang paling Ditakuti Oleh Manusia
» Lelaki ke perempuan yang kuat berangan?
» TIPS KESIHATAN KULIT
» Makanan dan kesannya pada kesihatan Kulit

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: KESIHATAN & KEDOKTORAN-
Jump to: