KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Kisah Tiga Anak Dara

Go down 
AuthorMessage
ketupat lemang

ketupat lemang


Posts : 64
DUIT gempakZ : 169
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-30

Kisah Tiga Anak Dara Empty
PostSubject: Kisah Tiga Anak Dara   Kisah Tiga Anak Dara EmptyWed Jun 23, 2010 12:02 am

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka
secara serentak.

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan.

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut.

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut.

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinanti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS".

Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu."
Back to top Go down
 
Kisah Tiga Anak Dara
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Cantiknya anak Dara Datin Normala Samsudin, Ruhaila Roslan
» Kisah Menarik Seorang Anak Paderi Memeluk Agama Islam!
» saya Tahu apa yang terbaik untuk anak-anak: Abby Abadi
» Budak Berkaki Tiga di China
» Kisah Penjual telur

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: SEMBANG-SEMBANG :: RUANGAN SANTAI-
Jump to: