KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Duyung tak dedah tubuh keterlaluan

Go down 
AuthorMessage
emy_butterfly

emy_butterfly


Posts : 55
DUIT gempakZ : 127
REPUTASI : 0
Join date : 2010-06-18

Duyung tak dedah tubuh keterlaluan Empty
PostSubject: Duyung tak dedah tubuh keterlaluan   Duyung tak dedah tubuh keterlaluan EmptyWed Jun 30, 2010 4:48 pm

Duyung tak dedah tubuh keterlaluan Duyong2

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

2010/05/13

MENGIKUTI jejak seniwati veteran, Suraya Haron dan pelakon kacukan, Maya Karin Roelcke, seorang lagi pelakon jelita tempatan bertukar menjadi duyung.

Dia tidak lain daripada aktres seksi Fasha Sandha yang membintangi drama bersiri terbaru, Duyung Aridinatha yang kini rancak menjalani penggambaran di Pulau Lang Tengah, Terengganu.

Dalam drama arahan Adam Hamid terbitan Zeel Productions itu, Fasha melakonkan watak utama sebagai Cleo. Drama itu bagi mengisi slot Lagenda di TV3 tidak lama lagi.

Kata Fasha, ia bermula dengan kisah Cleo pergi bercuti di sebuah pulau bagi menghilangkan 'stress' kerana masalah keluarga. Tiba-tiba dia bertemu dengan seekor duyung lelaki yang meninggalkan kehidupan di lautan dan mahu menjalani hidup sebagai manusia biasa. Namun, kerana terlalu rapat, mereka akhirnya jatuh cinta.

Tercetus persoalan, adakah Fasha akan memperdagangkan tubuhnya yang seksi itu untuk menzahirkan watak duyung?

"Memang saya kena pakai sut khas duyung tapi ia tidaklah terlalu seksi. Ia menepati peraturan yang ditetapkan pihak TV3. Sut ini direka khas dan tidak meniru mana-mana sut duyung termasuk yang dipakai Maya Karin dalam filem Duyung. Agak susah juga untuk saya sesuaikan diri dengan sut ini pada mulanya.

"Saya juga kena jalani latihan berenang selama seminggu bagi menyesuaikan diri dengan watak Cleo. Sebenarnya, saya boleh berenang dan sejak kecil lagi tidak takut dengan laut. Sejak 5 Mei lalu saya sudah berkampung di Pulau Lang Tengah dan penggambaran hanya akan berakhir pada 23 Mei nanti. Saya ibaratkan penggambaran ini macam bercuti di pulau.

"Maklumlah sebelum ini saya dah bertungkus-lumus menyiapkan drama Dia Atilia, terbitan Orange Tree Production sebanyak 26 episod untuk Astro Prima. Saya pegang watak utama sebagai Atilia yang bersifat tomboi. Karakternya lebih kasar daripada watak Nia lakonan saya dalam filem 9 September.

Duyung tak dedah tubuh keterlaluan Duyong3

Duyung tak dedah tubuh keterlaluan Duyong4
Back to top Go down
 
Duyung tak dedah tubuh keterlaluan
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: FILEM & DRAMA-
Jump to: