KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Sukan terbaik hanya di RTM

Go down 
AuthorMessage
emy_butterfly

emy_butterfly


Posts : 55
DUIT gempakZ : 127
REPUTASI : 0
Join date : 2010-06-18

Sukan terbaik hanya di RTM Empty
PostSubject: Sukan terbaik hanya di RTM   Sukan terbaik hanya di RTM EmptySun Jul 11, 2010 8:45 pm

Sukan terbaik hanya di RTM Su_09.1

SESUAI dengan tagline ‘Sukan Terbaik Hanya di RTM’, peminat sukan bola sepak tempatan akan disajikan dengan yang terbaik daripada stesen televisyen terunggul negara itu sepanjang kempen Piala Dunia 2010 yang akan bermula di Afrika Selatan pada 11 Jun ini.

Penonton setianya, khusus yang meminati sukan akan dibawa terus ke Afrika Selatan menerusi siaran langsung setiap hari di TV1 dan TV2. Penonton di seluruh negara sama ada di bandar mahupun di pedalaman akan sama-sama menikmati kemeriahan Piala Dunia menerusi sajian istimewa daripada RTM.

Bukan sehari tetapi siaran langsung ini berterusan selama sebulan sehingga ke perlawanan akhir pada 11 Julai depan. Justeru, penonton di kawasan pedala- man tidak perlu bersusah untuk melanggan stesen televisyen berbayar kerana RTM akan memenuhi kehendak anda semua sepanjang kempen Piala Dunia kali ini.

Maknanya, tiada siapa yang akan terlepas menyaksikan agenda bola sepak terhebat di muka bumi ini menerusi RTM. Bukan setakat perlawanan menarik sahaja yang bakal disajikan tetapi gaya pe- nyampaian sebelum sesatu perlawanan itu bermula juga bakal memberi kelainan kepada penonton.

Kali ini, seramai 10 orang pengulas sukan berpengalaman dan baru akan ditampilkan oleh RTM bagi memberi kelainan kepada penonton. Mereka akan menyampaikan maklumat serta perbincangan hangat mengenai perjalanan Piala Dunia 2010 sebelum sesatu perlawanan atau siaran langsung itu bermula.

Pengulas-pengulas yang terlibat diketuai Hafizal Hamad, Hasbullah Awang, Dahlan Makmor, Ismadi Abdul Manap, Abdullah Hasim, Jasni Shafie, Zackhi Ahmad Suri, Izwan Mohd. Nor, Rasdi Juma’at dan satu-satunya pengulas wanita, Intan Norsaina.

Pengulas veteran akan tampil dengan idea bersahaja, sementara pendatang baru akan tampil dengan idea yang lebih kreatif. Mereka akan tampil dengan idea baru bagi memenuhi kehendak penonton yang mahukan maklumat terkini berkenaan kempen Piala Dunia kali ini.

Pengulas veteran seperti Hasbullah, Abdulah, Jasni dan Dahlan, memang sudah diketahui kewibawaan mereka. Muka baru terdiri daripada Hafizal, Ismadi, Intan, Zackhi, Rasdi dan Izuan akan tampil dengan gaya tersendiri yang lebih kreatif dan bertenaga.

Menurut Hafizal, langkah RTM menggandingkan pengulas lama dan baru bertujuan untuk membawa gaya persembahan yang agak berlainan dan apa yang pasti, kehendak penonton tetap menjadi keutamaan mereka.

“Kami bukan sahaja untuk menyajikan penonton dengan perlawanan-perlawanan yang menarik tetapi juga berhasrat mahu membawa kelainan dari segi penyampaian kepada mereka.

“Matlamat kami adalah untuk memberi kepuasan kepada penonton.

“Fokus adalah kepada ulasan serta perjalanan sesatu perlawanan yang akan disiar- kan setiap hari menerusi TV1 dan TV2,” kata Hafizal.

Hafizal akan berada di Afrika Selatan bermula pada 8 hingga 15 Jun ini. Sebaik Hafizal balik dari sana, Jasni akan meneruskan tugas di Afrika bermula pada 29 Jun hingga ke perlawanan akhir.

Dua pengulas ini akan menyampaikan maklumat serta suasana yang berlaku di negara tuan rumah sepanjang pusingan akhir Piala Dunia kali ini.

Pengulas berpengalaman seperti Hasbullah, Abdullah, Dahlan dan juga Jasni pastinya akan memberi kepuasan dengan celoteh serta pengetahuan luas mereka mengenai Piala Dunia.

Mereka ini memang sudah lama membuat ulasan Piala Dunia khususnya Hasbullah dan Abdullah yang telah menjadi pengulas untuk Piala Dunia di RTM sejak Piala Dunia di Mexico lagi iaitu pada tahun 1986.

“Saya sudah tidak ingat sejak bila saya bertugas membuat ulasan Piala Dunia tetapi yang saya tahu ialah pada 1986.

“Ulasan untuk Piala Dunia mesti ada kelainan. Ia diadakan empat tahun sekali, jadi kami perlu menampil- kan yang terbaik untuk kepuasan semua seperti mana kehebatan saingan Piala Dunia itu sendiri,” kata Abdul- lah.

Selain menyiarkan perlawanan- perlawanan secara langsung, RTM juga dijangka menyediakan slot berkenaan sejarah, info dan juga detik- detik bersejarah Piala Dunia.

Semuanya adalah untuk memberi kepuasan kepada penonton yang akan bersengkang mata sepanjang Piala Dunia 2010. Apa yang pasti, RTM akan menya- jikan kepuasan bermula daripada sepak mula hingga ke wisel penamat Piala Dunia.
Back to top Go down
 
Sukan terbaik hanya di RTM
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Khairy Jamaludin Menteri Belia dan Sukan 2013
» Lin Dan - Pemain Badminton terbaik Dunia
» BN hanya akan menang 5 kerusi?
» 10 koperasi terbaik Malaysia
» Sekolah yang hanya mempunyai seorang pelajar

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: BOLA, SUKAN & PERMAINAN-
Jump to: