KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Keindahan Floria 2010 pikat pakar lanskap

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Keindahan Floria 2010 pikat pakar lanskap Empty
PostSubject: Keindahan Floria 2010 pikat pakar lanskap   Keindahan Floria 2010 pikat pakar lanskap EmptyTue Jul 13, 2010 8:02 pm

Keindahan Floria 2010 pikat pakar lanskap Wk_01.1
Samsudin Osman (kanan) tertarik dengan sebahagian landskap ketika membawa media meninjau persiapan Floria 2010 di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 8 Julai - Buat pertama kalinya 10 pakar dan pereka bentuk landskap antarabangsa dari sembilan negara yang menggondol pelbagai anugerah akan menyertai Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2010 (Floria) bermula Sabtu ini hingga 18 Julai.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, kesemua peserta terbabit didatangkan khas dari United Kingdom (UK), Australia, Jepun, Belanda, Serbia, New Zealand, Kanada, Indonesia dan Taiwan.

"Buat pertama kalinya juga Malaysia mempamerkan 'Twilight Garden' manakala di dalam pavilion menggunakan kesan cahaya, keunikan suasananya akan dihasilkan dengan menggunakan susunan deretan lampu dan juga kesan air.
"Para pengunjung pasti akan terpegun dengan hasil konsep yang boleh diguna pakai untuk taman rumah dan korporat.

"Floria yang diadakan di pesisiran tasik Presint 2 ini terbuka untuk kunjungan dari Sabtu ini hingga 18 Julai bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam," katanya kepada pemberita selepas majlis prebiu untuk media di sini hari ini. Hadir sama Pengarah Jabatan Landskap dan Taman Perbadanan Putrajaya, Mohammad A. Shukor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyempurnakan perasmian Floria Sabtu ini manakala majlis penutup oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Floria yang bertemakan 'Keindahan Tropika' menggambarkan kecantikan alam semulajadi - diceriakan dengan pelbagai bunga-bungaan tropika yang unik, berwarna warni dan menarik serta diadun dan disusun kreatif dalam suasana landskap taman.

Menurut Samsudin, ratusan ribu pengunjung akan disajikan dengan pameran berkonsep taman luar, taman korporat, grower display garden, tanaman orkid, tanaman bonsai dan heliconia.

Sebanyak 180 aktiviti menarik seperti anyaman bakul manik, demonstrasi gubahan bunga, ukiran kayu, menghias kek cawan, membuat bakul seramik dan pertandingan fotografi disediakan untuk pengunjung sempena pesta flora berkenaan. Sementara itu, Mohamad berkata, pemilihan bunga heliconia sebagai tema dibuat ekoran sifatnya yang mudah dipadankan dengan sebarang konsep hiasan dan gubahan bunga atau landskap.

Katanya, terdapat 520 spesies heliconia di seluruh dunia dengan 150 spesies di Asia Tenggara dan 100 spesies di Malaysia dengan 60 darinya spesies mudah berbunga.

"Memang heliconia ini spesies tumbuhan liar tetapi sekarang digunakan secara meluas sebagai elemen landskap dan harganya dari serendah RM4 hingga RM1,500.

"Bunga heliconia ini pula terdiri dari dua jenis iaitu menegak dan berjuntai serta mempunyai permukaan bunga yang licin dan berbulu, ia amat sesuai ditanam dan hidup subur di negara ini," katanya.
Back to top Go down
 
Keindahan Floria 2010 pikat pakar lanskap
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Hilang Sabar Dituduh Pikat Isteri Jiran
» Keindahan New Zeland
» Keindahan Masjid Putrajaya
» Keindahan Golden Palm Tree Resort sebagai pusat perlancongan
» AJL 24 - 10 januari 2010

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: