KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Props Siti Nurhaliza Kena Curi

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Props Siti Nurhaliza Kena Curi Empty
PostSubject: Props Siti Nurhaliza Kena Curi   Props Siti Nurhaliza Kena Curi EmptyWed Dec 08, 2010 8:25 pm

Props Siti Nurhaliza Kena Curi

www.gua.com.my

by Nani | 06 Dec 2010 | in Hiburan, BERITA HANGAT,

Anugerah yang mengangkat nama penyanyi serta memberi pengiktirafan kepada komposer dan penulis lirik, Anugerah Juara Lagu (AJL) kini memasuki tahun ke-25. Jika diimbas kembali, penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza merupakan antara artis yang paling banyak beraksi dan menerima anugerah dalam pertandingan lagu berprestij ini.

Mula menyertai Juara Lagu pada tahun 1996 menerusi lagu Jerat Percintaan, penyertaan sulung Siti itu telah berjaya menggondol tiga anugerah iaitu Juara Lagu, Juara Balada dan Persembahan Terbaik.

Tahun berikutnya, Siti berjaya memenangi Juara Balada dan Persembahan Terbaik menerusi lagu Aku Cinta Padamu pada Juara Lagu 1997. Siti meneruskan kejayaannya dengan memenangi Juara Lagu 1998 serta Juara Irama Malaysia menerusi lagu Cindai.

Pada tahun 1999, Siti sekali lagi memenangi Juara Irama Malaysia menerusi lagu duet bersama Noraniza Idris berjudul Hati Kama. Siti turut memenangi Juara Balada menerusi lagu Purnama Merindu.

Penyanyi tersohor ini sekali lagi meraih kejayaan besar apabila menggondol Juara Lagu dan Juara Irama Malaysia menerusi lagu Balqis serta Juara Balada dengan lagu Kau Kekasihku dalam Juara Lagu 2000.

Banyak lagi anugerah yang berjaya dimenangi oleh Siti antaranya Engkau Bagaikan Permata (Juara Pop Rock 2001), Ya Maulai (Persembahan Terbaik 2001), Nirmala (Juara Irama Malaysia dan Persembahan Terbaik AJL-17) dan Ku Milikmu (Persembahan Terbaik AJL-18). Kali terakhir Siti memasuki AJL adalah pada tahun 2008 (AJL 22) menerusi lagu Destinasi Cinta, namun dia tidak berjaya merangkul sebarang anugerah.

“Kita kena akui zaman akan berubah. Artis akan ada pasang surut. Kita harus terima dan beri laluan pada penyanyi lain,”kata Siti ketika ditemui pada rakaman Revolusi AJL 25 di Studio B, Sri Pentas baru-baru ini.

Sebagai artis yang banyak memperoleh kejayaan di atas pentas seni muzik tanah air dan peringkat antarabangsa ini, Siti mengakui industri muzik Malaysia sekarang sudah banyak berubah berbanding dengan dulu.

“Saya sangat gembira dengan perkembangan yang berlaku dalam industri muzik kita sekarang. Kalau dulu seorang penyanyi itu bergantung pada komposer untuk mendapatkan lagu, namun sekarang dah ramai penyanyi yang boleh cipta lagu sendiri antaranya Yuna, Faizal Tahir dan Aizat,”katanya yang juga berharap agar komposer lama tidak dilupakan.

Walaupun trend sekarang lebih ke arah muzik indie, namun menurut penyanyi ini, dia tidak boleh menjangkakan lagu manakah yang akan memenangi AJL pada tahun ini memandangkan kesemua lagu yang tercalon hebat-hebat belaka.

“Muzik ni sentiasa akan berubah. Sekarang zaman muzik indie tapi sebenarnya susah nak ramal kerana juri ada kriteria mereka sendiri, jadi tak boleh nak agak muzik mana yang akan menang.”

Berkongsi pengalamannya di pentas AJL, Siti memberitahu, dia tidak dapat melupakan satu peristiwa di mana props yang digunakan untuk persembahan final telah hilang sehari sebelum pertandingan akhir itu berlangsung.

“Siti tak dapat lupa, masa tu kami tengah ‘rehearsal’ menggunakan props pada hari pertama latihan. Keesokannya, Siti terkejut kerana props itu dah hilang. Nak tak nak keesokan harinya, kami terpaksalah buat persembahan tanpa props.”

Ingin mengetahui lebih banyak lagi pengalaman dan cerita menarik mengenai Siti serta artis lain yang pernah beraksi di pentas AJL, jangan lupa saksikan program Revolusi AJL 25 pada setiap hari Sabtu (11,18 Disember dan 1 Januari 2011), jam 5 hingga 6 petang, di TV3.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Props Siti Nurhaliza Kena Curi
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Bibiografi datuk Siti Nurhaliza
» Dialah - Datuk Siti Nurhaliza
» Datuk Siti Nurhaliza di Pesta Konvo UTM
» Datuk Siti Nurhaliza dan Bayi Comel
» Siti Nurhaliza adalah "Suara" - M. Nasir

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: