KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Datuk Siti Nurhaliza - belum terfikir untuk bersara menyanyi

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Datuk Siti Nurhaliza - belum terfikir untuk bersara menyanyi Empty
PostSubject: Datuk Siti Nurhaliza - belum terfikir untuk bersara menyanyi   Datuk Siti Nurhaliza - belum terfikir untuk bersara menyanyi EmptyMon Dec 13, 2010 8:29 pm

Datuk Siti Nurhaliza - belum terfikir untuk bersara menyanyi Sit3

MELIHATKAN dirinya yang begitu aktif membabitkan diri dalam dunia perniagaan lewat ini, ramai yang mengandaikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini perlahan-lahan mengundurkan diri daripada dunia seni.

Sementelah, publisiti tentang dirinya juga semakin jarang kedengaran membuatkan ramai yang berpendapat penyanyi kesayangan ramai itu sudah mahu mengucapkan selamat tinggal.
Lebih-lebih lagi selepas dia mengambil keputusan muktamad untuk tidak lagi bertanding dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bermula tahun depan. Mengajukan persoalan tersebut kepada empunya diri, dia hanya mampu ketawa kecil sambil mengatakan dia belum bersedia untuk berbuat demikian.

“Hati saya masih dalam dunia nyanyian. Mana mungkin saya berhenti menyanyi dalam waktu terdekat ini. Cuma, pembabitan saya dalam bidang perniagaan adalah sebagai persediaan untuk masa masa depan seandainya saya tekad bersara daripada dunia seni.

“Buat masa ini, saya masih lagi mampu mengimbangi dua dunia saya ini. Sudah 15 tahun saya dalam bidang ini dan dunia perniagaan merupakan satu fasa baru buat saya untuk terus maju ke depan,” ujar pemilik rangkaian produk kecantikan, SimplySiti itu tanpa selindung.

Penyanyi bersuara emas itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Sity Avita di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini. Sity Avita merupakan sebuah perniagaan jualan langsung dari Singapura yang menggunakan jenama Avita. Hanya di Malaysia, perkataan Avita ditambah Sity di hadapannya sebagai tanda penghormatan kepada penyanyi tersohor negara itu. Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Lee Xiang Yin dan adik ipar Siti yang merupakan Pengarah Urusan Sity Avita, Zaini Mohamad Jiwa.
Back to top Go down
 
Datuk Siti Nurhaliza - belum terfikir untuk bersara menyanyi
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Datuk Siti Nurhaliza tidak Benarkan Datuk Mohd Khalid Jiwa Tunggang Motorsikal berkuasa Tinggi
» Dialah - Datuk Siti Nurhaliza
» Bibiografi datuk Siti Nurhaliza
» Datuk Siti Nurhaliza di Pesta Konvo UTM
» Datuk Siti Nurhaliza mengandung 2012

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: