KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Kemalangan merugikan billion Ringgit di negara kita

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Kemalangan merugikan billion Ringgit di negara kita Empty
PostSubject: Kemalangan merugikan billion Ringgit di negara kita   Kemalangan merugikan billion Ringgit di negara kita EmptySun Jan 09, 2011 11:52 am

Kemalangan merugikan billion Ringgit di negara kita Mh_01_big%5B1%5D

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Malaysia kerugian RM7.8 bilion bersamaan 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akibatkemalangan jalan raya termasuk kemalangan maut di negara ini pada 2008,menurut Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia(Miros).

Ketua Pengarah Miros, Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata,antara punca utama kemalangan maut ialah sikap pemandu yang memandudalam keadaan terburu-buru sehingga memakan jalan pemandu lain,berhenti secara mengejut, mengekor rapat dan melanggar lampu isyarat.

Sementara penunggang motosikal pula menunggang dengan berlagak sebagai hero, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari Khamis.

Ahmad Farhan berkata, mengikut statistik Bukit Aman, dari Januari hingga November tahun lepas, sebanyak 5,753 kes kemalangan maut direkodkan yang membabitkan 2,464 motosikal, kereta (1,428), lori (559), kenderaan pacuan empat roda (4X4) 231, van (190), bas (121),teksi (74), lain-lain kenderaan (178), basikal (114) dan pejalan kaki (370).

Punca kemalangan maut yang dicatatkan pula antaranya akibat terbabas sendiri (1,587 kes), memakan jalan (856), cuba atau sedang menukar laluan (774), cuai ketika keluar dan masuk simpang jalan susur (585), mengekor rapat kenderaan hadapan (337), tidak nampak kenderaan atau objek serta binatang dihadapan (556), melawan aliran trafik (161),membuat pusingan U (220) dan tidak ikut lampu isyarat (106). Selain itu sikap leka, suka berangan dan mengantuk (100), cuai ketika mengundurkan kenderaan (62), berlumba (21), berhenti mengejut (18), mabuk dan dibawah pengaruh dadah (10), dan lain-lain (340) juga menyebabkan kemalangan.

Berdasarkan statistik pada 2009, seramai 6,745 pengguna jalan raya maut berbanding 6,527 orang pada 2008, di mana 60 peratus daripadanya merupakan penunggang dan pembonceng motosikal.

Beliau berkata selain sikap manusia, penyebab kemalangan maut atau mendatangkan kecederaan turut dipengaruhi pelbagai perkara lainantaranya faktor jalan, persekitaran dan kenderaan.

"Sikap manusia adalah penyebab utama kemalangan dan 60 peratus kematian di jalan raya adalah di kalangan penunggang mahupun pembonceng motosikal," katanya.

Beliau berkata dari kajian yang dilakukan ke atas punca kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal, kebanyakan mereka menunggang secara berbahaya, tidak memakai topi keledar atau tidak memakainya dengan betul.

"Menurut kajian terkini yang kita lakukan, remaja bawah 20 tahun yang terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal adalah tidak mempunyai lesen," katanya.
Back to top Go down
 
Kemalangan merugikan billion Ringgit di negara kita
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kemalangan oh Kemalangan jalan raya
» Ulat Tiket Merugikan semua banyak pihak
» 12 aktivis ke Gaza wira negara
» Achik Spin Meninggal Dunia dalam kemalangan Ngeri
» Perlumbaan Drag Kereta Himpunan sejuta Belia cetus kemalangan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: