KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Janda dihumban dari Tingkat sepuluh

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Janda dihumban dari Tingkat sepuluh Empty
PostSubject: Janda dihumban dari Tingkat sepuluh   Janda dihumban dari Tingkat sepuluh EmptySun Jan 09, 2011 4:20 pm

Janda dihumban dari Tingkat sepuluh Pandan-heights-1-buk-838729749
SIASAT...anggota polis melakukan siasatan di tempat kejadian, semalam.

AMPANG: Seorang janda maut disyaki dihumban dari tingkat 10 Kondominium Bukit Pandan, Pandan Perdana, di sini, selepas bertengkar dengan kekasihnya, awal pagi semalam.

Wanita berusia 28 tahun itu mati di tempat kejadian akibat parahpada seluruh badan. Mayatnya ditemui dalam keadaan terbaring di tempat letak kereta kondominium berkenaan, jam 3.10 pagi. Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan sebelum melaporkan kepada polis. Berdasarkan siasatan awal, mangsa bekerja sebagai kerani dan tinggal di Setapak Jaya, Sentul.

Difahamkan, mangsa, Lai Puai Sern, 28, yang bercerai tiga tahunlalu mempunyai dua anak perempuan berusia enam dan lapan tahun.Bagaimanapun, kedua-dua anak mangsa kini dijaga bekas suami. Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, Laimenjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahunselepas bercerai.

Dia yang ditemui di luar perkarangan Bilik Mayat Pusat PerubatanHospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) berkata, mangsa pergike kondominium berkenaan untuk bertemu kekasihnya itu, awal pagisemalam.

“Mangsa yang ditemani seorang rakan naik ke tingkat atas kondominium itu bersendirian, manakala rakannya hanya menunggu di dalam kereta. Bagaimanapun, tidak lama kemudian mangsa ditemui jatuh berlumuran darah,” katanya.

Menurutnya, mangsa sebelum ini pernah mengadu menghadapi masalah dengan kekasihnya berikutan hubungan cinta itu dihalang keluarga teman lelakinya.

“Malah, mangsa sebelum ini turut memadamkan semua SMS dihantar kekasihnya berikutan kecewa dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun, kami terkejut kerana mangsa ditemui mati dalam keadaan tragis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi mengesahkan penemuan mayat wanita itu yang ditemui terjatuh dari kondominium berkenaan. Menurutnya, polis tidak menolak andaian mangsa dicampak dari kondominium itu berpunca daripada pertengkaran dengan individu yangdikenali.

“Berdasarkan siasatan, ada penduduk mendakwa mendengar bunyi pertengkaran dari tingkat atas kondominium berkenaan. Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang mempunyai hubungan dengan mangsa dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya.

Ditanya sama ada kematian mangsa berunsurkan kes pembunuhan,beliau bagaimana pun enggan mendedahkan perkara itu sehingga siasatan lengkap dilakukan.
Back to top Go down
 
Janda dihumban dari Tingkat sepuluh
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Jatuh dari Tingkat 8 nak lari dari rumah majikan
» Karya Lambok dari majalah APO dan Nudin dari majalah Gila-Gila
» Gambar Hantu Dari Cyberjaya
» Lebih besar jawatan dari Bush!!
» Misteri Bola gergasi Turun dari langit

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: