KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Musang: Haiwan yang Cantik

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 33
Location : Johor negeriku

PostSubject: Musang: Haiwan yang Cantik   Tue May 25, 2010 9:03 pm

Sy bukak Thread pasal Musang pula. Haiwan ni biasa terdapat kat kampung-kampung (Hutan) belukar. dia selalu berbunyi macam anak kecil tgh menanges.. mmg seram gak bunyinya. Musang ni suka makan ayam. Dulu kat kampung selalu ayam aku kene rembat dgn Musang.. uhuk2. Actually Musang ni cantek gak. Jom Kongsi Info pasal musang










Manje cam Kuceng hehee

------------------------------>

Selitan Berita: hehee.. bukan musang yer.. jgn salah faham

Haiwan macam musang, mulut seperti babi sebenarnya bambun

KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menjelaskan seekor haiwan ganjil yang ditemui penduduk Kampung Batu Hitam, Perak pada Khamis Lepas adalah bambun ekor pendek atau short tail mongoose dalam bahasa Inggeris.

Pengarahnya Sabrina Mohamed Sharif berkata haiwan itu, yang nama saintifiknya Herpestes brachyurus Gray, amat jarang ditemui dan hanya terdapat di Semenanjung, Sumatera dan Borneo.

Haiwan karnivor itu adalah satu daripada empat keluarga bambun -- tiga lagi ialah bambun kelabu, bambun jawa, dan bambun kecil.

"Kami telah mengambil haiwan itu sejak kisahnya tersiar di akhbar Ahad lepas.

"Kami turut memasang mikrocip di telinga bambun jantan seberat 1 kg itu untuk identifikasi sebelum dilepaskan ke Rizab Hidupan Liar Sungkai esok," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas tentang kemunculan seekor haiwan yang dilaporkan mempunyai badan seperti musang dan muncung menyerupai babi yang telah menggemparkan penduduk kampung berkenaan.

Haiwan itu ditemui seorang penduduk dalam perangkap perosak tanaman pada Khamis lepas.

"Sejak kami mengambilnya setelah laporan itu tersiar, Perhilitan Perak dikunjungi oleh orang ramai yang ingin melihat haiwan yang dikatakan ganjil itu dari dekat," kata Sabrina.

Beliau berkata haiwan itu boleh mencederakan manusia jika terancam kerana ia menggunakan giginya yang tajam sebagai senjata.

Katanya bambun merupakan haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar -- jika memilikinya, seseorang boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya. BERNAMA
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
 
Musang: Haiwan yang Cantik
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Proses mualaf Natali Sarah yang cantik
» Berita Hangat : Bule cantik ingin menjadi muallaf di youtube, diupload 3 hari yang lalu
» Di sorga, ternyata Yesus menikah dengan 144.000 gadis perawan cantik yang sudah meninggal dunia
» Yin-Yang meridians & the hand!
» Yin & Yang: the thumb represents the least active digit!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN HOBI :: PENCINTA HAIWAN-
Jump to: