KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Lelaki juga tidak suka poligami

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

avatar

Posts : 553
DUIT gempakZ : 1510
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

PostSubject: Lelaki juga tidak suka poligami   Sun Feb 27, 2011 11:26 pm

Lelaki pun takut poligami

KAUM lelaki turut tertarik dengan kisah poligami yang disiarkan beberapa minggu lalu termasuk saya. Namun jangan pula salah sangka, saya bukannya berpoligami atau merancang nak madukan isteri, tetapi sekadar memberi pandangan kerana salah besar kalau anda fikir semua lelaki suka berpoligami.

''Sebenarnya saya tabik pada sesetengah lelaki yang berpoligami, kerana mereka betul-betul mahir, berani, pintar, petah bercakap, pandai merancang dan banyak lagi. Kepada suami yang lurus memang tidak berani berpoligami walaupun dalam hati berkemungkinan ada niat ke arah itu.'' Demikian cerita Yuss dalam e-melnya.
''Saya sudah berkahwin lebih 21 tahun tak pernah terdetik sekalipun dalam hati saya nak berkahwin lagi. Begitu juga kebanyakan lelaki lain yang jumlahnya memang ramai di luar sana. Sebab mereka tahu dan faham tentang masalah yang bakal timbul kalau berpoligami.

'Bab pertama paling besar mematikan hasrat kami nak berpoligami, masalah kewangan. Saya memang tak mampu. Tapi ada kawan cadangkan mengapa jadi bodoh cari saja gadis atau wanita berkemampuan, berpangkat dan berkedudukan, pasti dia ada wang, maka masalah tak mampu tadi boleh diselesaikan. Pasti wanita tadi boleh bantu.
''Tetapi saya fikir satu bab lagi, gadis yang kita nikahi itu pasti hendakkan anaknya sendiri menjadi warisnya. Bab ini lagi berat, sebab bila usia dah meningkat bolehkah saya bangun tengah malam, bergilir jaga anak yang menangis, meragam atau buatkan susu anak, tukar lampin, cuci najis dan lainnya.
Mengandung

'Itu belum masuk bab hantar isteri pergi ke klinik setiap bulan semasa mengandung dan sekali lagi selepas bersalin. Bawa bayi pergi buat suntikan setiap bulan atau pemeriksaan lain jika demam dan sebagainya. Takkan saya nak suruh isteri muda itu pergi sendirian sambil kelek anak yang masih kecil. Tambah segan bila hantar anak ke sekolah rendah, waktu itu orang sebaya kita dah bergelar datuk hantar cucu ke sekolah kita pulak masih hantar anak. Nanti takut tersilap anak kita pun panggil kita datuk kerana terikut kawan-kawan.

''Sekarang anak bongsu saya dah 14 tahun, tak payah nak uruskan apa pun. Saya nak jalan dengan isteri ke mana pun senang, tak ada masalah tinggalkan dia dengan abangnya. Mereka saling membantu. Jadi mengapa saya perlu menyusahkan diri nak kahwin lagi? Bak kata orang tua-tua, kalau tak ada beban mengapa batu nak digalas?
Back to top Go down
loritah



Posts : 40
DUIT gempakZ : 110
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

PostSubject: Re: Lelaki juga tidak suka poligami   Tue Mar 01, 2011 12:23 pm

yeker... ada betulnya juga Razz
Back to top Go down
adiozz

avatar

Posts : 39
DUIT gempakZ : 74
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-28

PostSubject: Re: Lelaki juga tidak suka poligami   Tue Mar 15, 2011 12:07 am

saya juga xmo poligami... huhu.. byk duit? byk kepala mau pikir.. jeles.. mg akan ada.. relakah dikongsi? eii
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Lelaki juga tidak suka poligami   

Back to top Go down
 
Lelaki juga tidak suka poligami
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ayat Quran Yg Musnah Dimakan Kambing
» Poligami dan Kekristenan dari Sisi Historis
» 17 dalil bahwa tidak ada nabi baru setelah wafatnya Rasulullah
» adakah nabi yang berjenis kelamin perempuan?
» MENYUSUI LELAKI DEWASA MENURUT ISLAM

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: SEMBANG-SEMBANG :: NALURI INSAN-
Jump to: