KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 BEKAS Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy menipu bekas Perdana menteri

Go down 
AuthorMessage
loritah




Posts : 40
DUIT gempakZ : 110
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

BEKAS Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy menipu bekas Perdana menteri  Empty
PostSubject: BEKAS Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy menipu bekas Perdana menteri    BEKAS Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy menipu bekas Perdana menteri  EmptyTue Mar 01, 2011 12:51 pm

BEKAS Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy menipu bekas Perdana menteri  Pix_gal0
BEKAS Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy diiringi anggota polis keluar dari bilik Mahkamah Sesyen Putrajaya, hari ini selepas didakwa atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). - Foto Afendi Mohamed

Kong Choy didakwa sengaja dorong Pak Lah beri kelulusan kepada Kuala Dimensi majukan Zon Bebas Pelabuhan Klang

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy, mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Selangor, di Mahkamah Sesyen, di sini semalam.

Beliau yang mengulas mengenai tuduhan itu kemudian berkata: “Saya terperanjat (dengan tuduhan), tetapi yakin dengan sistem perundangan negara... saya akan melalui semua ini dan membersihkan nama saya.” Kong Choy adalah bekas Menteri Pengangkutan kedua didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik pada tahun lalu. Beliau yang tidak bergari, tiba di pekarangan mahkamah jam 2.05 petang diiringi sepasukan polis. Turut sama, isterinya, Puan Sri Ann Chan dan anak perempuan, Chan Kai Xuan. Tertuduh yang memakai kemeja panjang biru muda dan berseluar kelabu, tenang ketika pertuduhan dibacakan. Beliau menghadapi tiga tuduhan berasingan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu Abdullah berhubung projek itu yang didakwa dilakukan antara Februari 2004 hingga Mac 2006 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini.

Seksyen itu memperuntukkan penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Bagi tuduhan pertama, Kong Choy didakwa memperdayakan Abdullah untuk memberikan kelulusan kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) selaku 'turnkey developer' untuk memajukan projek pembangunan Transshipment Hub di Pulau Indah Free Zone meliputi keluasan 1,000 ekar (404.68 hektar) secara fasa tunggal dengan kos pembangunan dianggarkan RM1 billion pada 24 Februari 2004 dan 25 Februari 2004.

Tertuduh didakwa secara curang menyembunyikan fakta pembiayaan kos pembangunan itu akan dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB menerusi Transshipment Megahub Berhad dengan sokongan kerajaan melalui Menteri Pengangkutan.

Tuduhan kedua ialah pada 11 Oktober 2005 dan 28 Oktober 2005, Kong Choy didakwa memperdayakan Abdullah supaya kelulusan diberi kepada KDSB melaksanakan kerja pembangunan tambahan di PKFZ, iaitu menaik taraf simpang masuk ke PKFZ berjumlah RM285.38 juta, kerja infrastruktur elektrik berjumlah RM135 juta dan pembinaan hotel kelas perniagaan berjumlah RM90 juta.

Dia dituduh secara curang menyembunyikan fakta pembiayaan kos pembangunan itu dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB menerusi Valid Ventures Sdn Bhd dengan sokongan kerajaan melalui Menteri Pengangkutan.

Kong Choy juga dituduh memperdayakan Abdullah untuk memberikan persetujuan supaya kelulusan diberi kepada KDSB melaksanakan kerja pembangunan tambahan di PKFZ iaitu kerja membina ‘Concrete Trenching’ kabel elektrik (RM140.2 juta), kerja elektrikal untuk bekalan 33kv ke Presint 2 dan 8 (RM80 juta), kerja infrastruktur PMU untuk PKFZ (RM30 juta), pembinaan jalan PKFZ ke Pelabuhan Barat (RM28.1 juta) dan pembinaan jalan masuk utama ke PKFZ dan CT4 Pelabuhan Barat (RM57.5 juta) dengan curang menyembunyikan fakta pembiayaan kos pembangunan. dibiayai melalui terbitan bon KDSB melalui Free Zone Capitol Berhad dengan sokongan kerajaan melalui Menteri Pengangkutan.

Bagi semua pertuduhan, beliau didakwa dengan sengaja mendorong bekas Perdana Menteri memberi persetujuan kepada kelulusan itu yang mana Abdullah tidak akan memberikan persetujuan jika fakta itu dimaklumkan kepada beliau.

Pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPP), Dzulkifli Ahmad dan TPP Manoj Kurup, manakala Kong Choy diwakili peguam Arthur Wang, Badrul Munir Bukhari dan Azad Bashir.
Back to top Go down
 
BEKAS Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy menipu bekas Perdana menteri
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Skandal Isu Kontrak Petronas, Bekas Perdana Menteri Jawab
» Perdana Menteri tidak melawat Jenazah?
» Perdana Menteri yakin Rampas Selangor PRU13
» Tengku Razaleigh Hamzah ditawar jadi perdana menteri?
» Perdana Menteri datuk Seri najib umum peruntukan 28 juta pekebun kecil

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: