KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Ganjaran guru besar bulan depan

Go down 
AuthorMessage
loritah




Posts : 40
DUIT gempakZ : 110
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

Ganjaran guru besar bulan depan Empty
PostSubject: Ganjaran guru besar bulan depan   Ganjaran guru besar bulan depan EmptyTue Mar 01, 2011 12:56 pm

Ganjaran guru besar bulan depan Pix_gal0
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat sijil anugerah diterima Lee Siew Khing dari SJK Ming Wok, Kanowit pada majlis penyampaian di Merlimau, semalam. - Foto Izhari Ariffin
Pendidik cemerlang diiktiraf

MERLIMAU: Seperti dijanjikan, 586 guru besar dan 2,800 guru serta kakitangan sokongan sekolah terpilih menerima ganjaran yang diperkenalkan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) hasil kecemerlangan meningkatkan pencapaian sekolah untuk melepasi sasaran yang ditetapkan.

Di bawah Tawaran Baru itu, guru besar menerima RM7,500, manakala lima peratus daripada keseluruhan guru sekolah terbabit menerima RM1,800 dan bakinya mendapat RM900. Guru besar terbabit antara 925 atau 12.10 peratus bilangan sekolah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) di seluruh negara pada tahun lalu. Ia diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada majlis penyampaian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar, semalam.

Beliau mengumumkan ganjaran diberi kepada pengetua dan guru sekolah menengah selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan bulan depan.

“Pencapaian sebenar di luar jangkaan kerana sasaran awal pemimpin sekolah yang layak menerima ganjaran bagi penilaian 2010 adalah dua peratus. Peningkatan antara lain disebabkan peningkatan kualiti kepemimpinan dan tahap pengajaran serta pembelajaran guru

“Berdasarkan verifikasi, guru sekolah yang memenuhi semua kriteria untuk menerima ganjaran adalah 7.7 peratus, bertambah lebih 300 peratus berbanding sasaran awal,” katanya yang turut merasmikan sekolah bernilai RM28 juta itu.

Anugerah Tawaran Baru adalah satu inisiatif yang diperkenalkan kerajaan pada awal tahun ini di bawah NKRA Pendidikan bagi memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada pengetua dan guru besar dalam usaha mereka melonjakkan kecemerlangan sekolah.

Daripada 586 sekolah terpilih, 437 atau 74.32 peratus adalah sekolah luar bandar, selain Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Asli, SK Khas dan Sekolah Rendah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Muhyiddin berkata, sekolah dalam kelompok pertengahan atau gagal menepati sasaran skor komposit 84 peratus atau mengalami lonjakan dari aspek kedudukan tidak akan diabaikan.
Back to top Go down
 
Ganjaran guru besar bulan depan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Jenazah Guru terkandas
» Mabuk, seks depan perpustakaan
» Kakitangan diisytihar bankrap tak boleh terima pencen, ganjaran
» PERKASA melakukan pembakaran terbuka depan Parlimen
» Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: