KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 FAM yakin Harimau Muda boleh

Go down 
AuthorMessage
loritah




Posts : 40
DUIT gempakZ : 110
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

FAM yakin Harimau Muda boleh Empty
PostSubject: FAM yakin Harimau Muda boleh   FAM yakin Harimau Muda boleh EmptyTue Mar 01, 2011 1:04 pm

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia tidak melihat hujah mengenai jadual ketat Liga Super dan Piala FA sebagai penghalang besar kepada skuad Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee untuk hadir di Lahore pada 9 Mac ini dan menewaskan Pakistan.

“Perjalanan jadual pertandingan tempatan sudah dibincang bersama jurulatih dan tidak timbul masalah pertembungan dengan persiapan skuad kebangsaan,” kata pengerusi jawatankuasa pertandingan tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, semalam. “Kami memang sentiasa meletakkan kepentingan pasukan kebangsaan sebagai agenda utama, tetapi pada masa sama perjalanan liga tempatan juga perlu dipastikan kelancarannya. Kami akan mengubah jadual berdasarkan perlawanan pasukan kebangsaan.” Harimau Muda A yang sebahagian besar pemainnya membentuk skuad Olimpik kebangsaan, akan bertemu Johor pada perlawanan pusingan kedua Piala FA Khamis ini, manakala empat pemain muda lain yang dipanggil Kim Swee sebelum ini, perlu beraksi bersama pasukan negeri keesokan harinya.

“Saya rasa tiada masalah bagi Kim Swee untuk membentuk pasukan mantap kerana rata-rata pemain ini sudah lama bermain bersama,” kata Hamidin berkenaan empat pemain negeri - Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Ahmad Shakir Ali dan Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah).

“Saya juga sedar keperluan untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menjelang perlawanan penting seperti ini, tetapi jika tiada perlawanan dalam jadual pertandingan antarabangsa dalam tempoh berkenaan, kami terpaksa mengisinya dengan pertandingan liga tempatan,” kata Hamidin.

Skuad Olimpik menewaskan Pakistan 2-0 di Stadium Shah Alam pada 23 Mac akan berkumpul semula esok sebelum berangkat ke Lahore Ahad ini, dengan beberapa pemain dari pasukan negeri hanya akan menyertai kem latihan pusat selepas perlawanan Piala FA pada Jumaat.
Namun, bermula tahun depan masalah ini mungkin dapat diselesaikan apabila FAM menyerapkan semua pemain muda kebangsaan dari pasukan negeri ke dalam Harimau Muda A.
Back to top Go down
 
FAM yakin Harimau Muda boleh
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Anjing fefeling harimau
» Perdana Menteri yakin Rampas Selangor PRU13
» Harimau Malaya membenamkan Taringnya keatas pasukan Indonesia!
» Tempe rahsia awet muda
» Arnold Schwarzenegger masih muda

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: BOLA, SUKAN & PERMAINAN-
Jump to: