KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Iklan Ceti haram (Along) berleluasa

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Iklan Ceti haram (Along) berleluasa Empty
PostSubject: Iklan Ceti haram (Along) berleluasa   Iklan Ceti haram (Along) berleluasa EmptyThu Mar 03, 2011 1:45 pm

MBJB buang 31,000 iklan ceti haram sepanjang tahun lalu
Johor: Usaha perangi along
2011/03/03

Iklan Ceti haram (Along) berleluasa Pix_gal0
PETUGAS MBJB menurunkan poster dan kain rentang ceti haram dalam operasi bersepadu antara Polis Johor dengan MBJB sekitar Johor Bahru dan Tebrau.

JOHOR BAHRU: Kira-kira 31,000 iklan yang dipasang ceti haram atau along dibuang atau turunkan dibuang oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sepanjang tahun lalu menerusi operasi pembersihan di sekitar bandar raya ini. Tindakan membuang iklan ceti haram itu diambil dalam usaha MBJB membanteras pemasangan iklan tanpa mematuhi spesifikasi dan syarat yang ditetapkan. Datuk Bandar MBJB, Mohd Jaafar Awang, berkata hasil gerakan itu, pihaknya mendapati sejak kebelakangan ini, iklan yang dipasang oleh ceti haram atau along semakin berkurangan.

“Jika pada Januari tahun lalu, MBJB menurunkan sebanyak 2,350 iklan along, bagi tempoh sama tahun ini, ia menurun kepada 1,780 iklan, iaitu penurunan 570 iklan.

“Penurunan ini berikutan penubuhan unit khas oleh MBJB sejak tahun lalu bagi membanteras iklan haram yang mengundang aduan serta rasa tidak selesa orang awam melihat pemasangan iklan yang tidak mematuhi peraturan,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Mohd Jaafar berkata, pasukan khas ditubuhkan itu mempunyai lima anggota bagi setiap kawasan merangkumi 24 zon pentadbiran MBJB.
“Mereka membuat rondaan dan pemantauan di setiap kawasan yang menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai iklan terbabit.

“Ini termasuk sebarang iklan yang ditampal hingga boleh menyebabkan gangguan penglihatan pemandu terutama pada lampu isyarat dan petunjuk arah jalan yang pastinya mengganggu orang awam untuk mengenal pasti sesuatu arah dengan tepat,” katanya.

Mohd Jaafar berkata, unit khas itu bergerak secara berkumpulan setiap pada setiap pagi dengan memberi tumpuan kepada kawasan yang menerima banyak aduan mengenai pemasangan iklan haram terbabit.

Katanya, antara kawasan dikenal pasti berdepan banyak masalah pemasangan iklan haram itu sehingga menimbulkan rungutan orang ramai termasuk di Jalan Tebrau, Taman Pelangi, Bandar Baru UDA, selain Mount Austin dan kawasan Perindustrian Tampoi.

“Kita akan terus menjalankan pemerhatian setiap hari bagi mengurangkan jumlah iklan haram yang diturunkan di sekitar kawasan MBJB serta yakin ia mampu dijayakan apatah lagi dengan penubuhan unit khas yang diwujudkan bagi membantu menurunkan iklan yang tidak perlu itu.

“Malah, penguatkuasaan terhadap papan iklan dan iklan haram along yang dipasang sewenang-wenangnya serta tanpa permit juga akan dipertingkatkan bagi memastikan mereka mereka memasangkan mengikut spesefikasi serta mendapat kelulusan bersyarat daripada MBJB,” katanya.
Back to top Go down
 
Iklan Ceti haram (Along) berleluasa
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Produk2 haram dipasaran
» Program ESQ adalah Haram!
» Pameran Mistik Haram!
» MPAJ turun 6,000 iklan, keluar 250 kompaun
» Apa perasaan perokok tengok iklan tak nak merokok?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: