KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Mee, Pasta, laksa

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:20 pm

MEE BANDUNG

Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm ayam (dipotong kecil)
2 s/b cili mesin
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 mangkuk stok ayam (atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji limau kasturi/nipis (belah 2)
2 biji telur (rebus dan belah 2)
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (belah
bawang goreng
cili merah/hijau (mayang)
Garam & minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih,
bawang merah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan stok ayam & ayam dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam.
Biarkan merenih perlahan-lahan.
4. Masukkan udang, sawi, & masak selama 2 minit.
5. Bila dah masak boleh ditutp api dan hidangkan.

Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:20 pm

SPAGETTI BOLOGNESE

bahan-bahan
1 paket spagetti
400 gm daging cincang halus [mince meat]
1 tin cendawan butang [potong 2]
1 biji carrot [potong dadu]
2 biji putik jagung [potong kecil]
2 biji tomato [potong dadu]
4 s/b cili mesin
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/b lada hitam
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan air
minyak
garam
aregano
daun sup [cincang halus]

Cara:
1. Panaskan air dan garam. Bila mendideh masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
2. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
5. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
6. Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
8. Angkat dan tuangkan atas spagetti yg didalam pinggan.
9. Taburkan aregano dan hirisan daun sup.

Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:21 pm


Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
˝ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
˝ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
ľ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Cara memasak:

1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)

1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.

CARA2 MEMBUAT SOS/REMPAH MEE BANDUNG
CARA2 MEMBUAT SOS/REMPAH MEE BANDUNG MUARBahan-bahannya
1 kilogram cili kering,
1/2 kilo udang kering,
5/6 ulas bawang putih
Tumiskan bawang putih, pas tu,
masukkan cili kering yg telah blend. Pastikan minyak dah terbit dalam kuali, pastu masukkan udang kering
yang dah dikisar..biar sampai masak… bolehlah masukkan garam skit, gula skit (terpulang
pada citarasa masing-masing, tapi jangan terlalu manis pulak). Bila dah sejuk, masukkan
ke dalam bekas kecil tu… tapi mesti simpan dlm freezer ya…..Selamat mencuba!!!!
Dari resepi ibu Jaja cari.com.my
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:22 pm

Mee Kantonis

Bahan-bahan
Tagliatelle (Sejenis pasta yang leper2 nipis, kecik sikit dari fetuccini, gambar attached. Kalau kat msia boleh la guna yee mee yang kering tu)
1 ulas bawang putih
3 cawan stok ayam (saya rebus rangka ayam)
2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh sedikit air
1 biji telur
Garam secukup rasa
Daun bawang
Bawang goreng

Caranya

Tumbuk bawang putih hingga pecah. Di dalam periuk kecil tumis dengan minyak yang sedikit hingga garing.
Masukkan stok ayam dan mee. Mee ni kering jadi masak hingga lembut.
Masukkan sos tiram, lada sulah dan garam.
Masukkan bancuhan tepung jagung. (Kelikatan mee sebenarnya terpulang pada citarasa masing2)
Pecahkan telur ke dalam mee.
Angkat. Masukkan dalam mangkuk dan taburkan daun bawang dan bawang goreng.
Nota : Actually nak tambah cendawan ke carrot ke apa2 pun boleh
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:23 pm

Mee Kuah 3 Rasa

Bahan-bahan
1kg mee kuning di celur

Bahan Tumis – A
2 tbsp bawang putih kisar
2 tbsp cili kering kisar (cili boh) lebihkan kalo nak pedas
1 biji bawang besar mayam halus
3 @ 4 tbsp minyak masak

Bahan Perasa – B
1 1/2 cawan kicap manis
1 1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan sos tiram
1 ketul kiub ayam maggi
1 tsp serbuk lada sulah
1/2 tsp gula
Garam secukup rasa
Air 2 liter
1 cwn Stok udang (ambil kulit & kepala udang rebus dgn 1 cawan air, kisar & tapis)

Perencah – C
1 ketul dada ayam potong dadu
10 ekor udang siap kupas & belah 2 (size L )
6 biji bebola daging belah 4
6 biji bebola ikan belah 4
6 filmen stick / crab meat potong serong
5 btg frankftr ayam-ayamas potong serong
10 biji cendawan butang belah 2

Sayur-sayuran - D
(pilihan & qty. ikut citarasa)
Sawi hijau potong mcm biasa

Hiasan
Bawang goreng & hirisan daun sop
Cili jeruk

Cara-cara



1. Tumis bahan A hingga terbit minyak atau garing .

2. Masukkan daging ayam, kacau-kacau hingga agak kecut & masukkan bahan perasa B

3. Tambah air 2 ltr & air stok udang. Biar didih.

4. Masukkan udang & perencah C dan yang lain-lain. Didih sekali lagi .

5. Setelah mendidih masukkan sayur-sayuran.Didih kejap sahaja dan matikan api.

Cara hidang
Letak mee yang dah dicelur tu ke dalam mangkuk. Curahkan kuah yang telah dimasak . Taburkan bawang goreng @ daun sop & cili jeruk .
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:23 pm

Mee Kuah (Ho Fan)

Bahan-bahan
1 kilo mee kuning (keow teow)
˝ kilo sayor sawi dipotong-potong
˝ kilo udang basah dibersihkan bahagian kepalanya direbus untok ambil air rebusannya
3 keping fish cake digoreng dan dipotong
4 ekor sotong dibersihkan dan dipotong bulat atau bunga
3 keping chiken cube stock
3 sudu makan sauce tiram (oyster sauce)
3 sudu makan kicap cair (light soya sauce)
3 sudu makan tepong jagong
2 biji telor
3 sudu makan minyak masak
1 biji tomato dipotong empat
Garam dan serbok perasa

Bahan tumisan
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang puteh dihiris halus
1 inci halia hiris halus
2 biji chili merah dihiris

Cara memasak

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan penumis hingga kuning.

2. Tuangkan air rebusan udang, jika kurang boleh tambah air.

3. Masukkan sauce tiram, kicap cair dan chicken cube. Masak hingga mendidih,

4. Masukkan sayur sawi dan tomato dan kacau rata hingga sayurnya agak masak.

5. Masukkan udang, fish cake dan sotong kacau rata.

6. Pukul telur dalam mangkuk kacau hingga kembang dan masukkan dalam kuah tadi dan kacau rata.

7. Masukkan garam, serbuk perasa. Tepong jagung dibancuh dengan air lalu dituang dalm kuah tadi.

8. Kacau hingga agak pekat. Sedikit barulah ditutup apinya.

Note
Mee kuning / kuey teow hendaklah digoreng dahulu dengan minyak hingga naik baunya.

Menghidangnya
Masukkan mee kedalam mangkok dan tuangkan kuah tadi dan hiaskanlah dengan bawang goreng, daun sadri /daun sup dan lada jeruk.
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:23 pm

Mee Malaysia

Bahan-bahan
600 g mee kuning
300 g daging lembu
150 g sotong
100 g udang
300 g sawi putih
300 g tauge
8 biji bawang merah dikisar
2 biji tomato dipotong empat
3 biji bawang putih dikisar
Sedikit lada sulah dan garam
1 tin kecil tomato puree
5 tangkai cili merah dikisar
2 sudu besar kicap manis
Bawang goreng

Cara membuatnya

1. Perap daging bersama lada sulah dan kicap.
2. Tumis bahan giling hingga wangi dan masukkan daging, sotong dan kemudian udang.
3. Masukkan tomato puri, garam dan kacau rata.
4. Masukkan mee, sayur sawi putih, tauge dan tomato. Kacau rata.
5. Hidangkan bersama daun bawang, daun sup dan bawang goreng
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:24 pm

Mee Betawi

Bahan-Bahan
Daging Lembu (yang telah dikisar atau dipotong dadu)
3 batang Kayu Manis
3 keping Buah pelaga
3 keping Buah cengkih
3 keping Buah lawang
3 batang Kayu manis
3 keping Halia
Sedikit Lada hitam
Sedikit Lada putih
Sedikit Cili Boh & Cili Padi
Sedikit Rempah Sop
Sedikit Sos tomato & Sos Cili Minyak untuk menumis

Cara-cara

Tumiskan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, lada putih, halia, cili boh, rempah sop dan sos tomato dan cili hingga garing.
Selepas itu masukkan air diikuti dengan lada hitam.
Setelah air mendidih, masukkan daging dan empat sudu kicap manis.
Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang telah dicampur air untuk memekatkan kuah setelah daging empuk.
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:24 pm

Samla Namya (Meehoon Berkuah dari Kampuchea)

Bahan-bahan
3 batang serai
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih - dikisar lumat
15 batang cili kering
2 cm belacan
Minyak sawit (Vesawit) secukupnya
2 peket kecil serbuk kari (udang, ketam dan ikan)
Santan pekat dari 2 biji kelapa (semangkuk besar)
1/4 cawan sos ikan atau lebih sedikit
1 cawan kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar-kasar
500 gm isi ikan merah dipotong nipis-nipis
Isi ketam daripada 4 ekor ketam yang direbus dahulu
Air limau (3 biji limau)

Cara-caranya

Panaskan minyak didalam periuk.
Gaulkan rempah kari dengan sedikit air supaya sebati.
Apabila minyak panas tumiskan bahan-bahan A sampai ianya kuning.
Pada api yang sederhana, masukkan rempah kari tadi dan digoreng sampai ianya wangi.
Setelah itu masukkan santan cair dan didihkan 10 minit lagi.
Setelah itu masukkan santan pekat, dibiarkan mendidih.
Sebelum dimasukkan isi ikan merah serta isi ketam dan sos ikan serta sedikit gula dan juga kacang tumbuk.
Biarkan mendidih perlahan-lahan 5 minit lagi.
Padamkan api dan masukkan jus limau nipis. (Setelah dirasa barulah ditambahkan garam, gula ataupun air limau lagi jika perlu).
Bahan-bahan utk disajikan bersama
300 gm Meehoon dicelurkan
2 batang timun dibuang tengahnya dan dihiris nipis-nipis
200 gm kacang panjang mentah dihiris nipis-nipis
200 gm taugeh dibuang hujungnya dan disajikan mentah
3 ikat daun kesum dicincang halus
30 biji telur puyuh rebus dan dikupas
6 keping 'fish cake' digoreng dan dihiris nipis-nipis
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:25 pm

Mee Kuah Pedas


BAHAN (A) :-

3 camB minyak masak
1 liter (lebih-kurang 4 cawan) air
1 kg mee kuning (dicelur & ditoskan)
150 gm keledek (direbus & dilecek/dikisar halus. kalau guna keledek oren, lebih sedap lagi)
125 ml sos tomato
100 gm kacang tanah (disangai & dikisar)
garam & gula secukup rasa

BAHAN (B) :-

2 camB ketumbar
1 camB jintan manis
1 camB jintan putih
3 camB udang kering
40 gm ikan bilis

BAHAN (C) :-

1 labu bawang besar
4 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 tangkai bunga kantan
3 camB tauchu
1 cm belacan

BAHAN (D) - hiasan :-

4 biji limau kasturi (dibelah 2)
3 tangkai daun bawang (dimayang)
5 tangkai daun sup (dimayang)
2 biji tomato (dibelah 6 atau Cool
4 butir telur (direbus & dibelah 4)

CARA-CARA :-

1. Sangai bahan (B) dan kisar halus. Ketepikan.
2. Kisar halus bahan (C) dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumis bahan (C) hingga wangi.
4. Masukkan bahan (B) dan kacau hingga terbit/pecah minyak.
5. Masukkan air, keledek lecek dan sos tomato. (NOTA : kekadang keledek
tu akan bergumpal, so, kuah kena dikacau sehingga keledek tak bergumpal lagi)
6. Setelah kuah pekat, masukkan kacang tanah, garam dan gula. Masak hingga mendidih, kemudian tutup api.
7. Siap untuk dihidang panas-panas bersama mee kuning dan bahan (D).
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:25 pm

Mee Labu

Bahan-bahan

1/2 biji buah labu-dihiris
2 sudu udang kering
Segenggam ikan bilis
1 mangkuk kecil taugeh
2 ulas bawang kecil-dihiris
1 paket kecil mee kuning
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis. Ketepikan.
2. Goreng hirisan bawang, apabila sudah kekuningan, masukkan udang kering, dan goreng beberapa minit.
3. Masukkan hirisan buah labu,goreng seketika, kemudian masukkan air. Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan mee kuning dan taugeh, biarkan hingga masak, tetapi jangan tutup periuk.
5. Ketika menghidang, taburkan ikan bilis diatas mee
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:26 pm

mee hainan

Clear soup
2 cups plain water
salt and sugar to taste
peppper

Suggested ingredients:
chicken meat – diced
prawn - peel off head and skin
squid – cut
fish cake – sliced
sawi – cut
carrot- sliced
baby corn
mushroom

Others:
Egg (fried)
Oyster sauce

If you like it hot you may try this: ( jeruk cili segera)
few bird chillies, clean and cut. Pour hot water to it, drain, then soak in in warm water. Add in 2 tbsp vinegar.

Deep fried one yee mee at a time and placed it in a plate.
Fried an egg and put next to the mee.
In a separate pot, sautee 8-10 bulbs of chopped garlics until browning and fragrant. Take out half of the garlic and the oil, put aside.
Pour water into the pot and bring to boil.
Throw in all (veggies, meat, seafood) until the soup boil again, then add in salt & sugar to taste. Dash in pepper if you like.
To serve: Put a little bit of oyster sauce on the mee, scoop in the ingredients and top it to the mee, then garnish with fried garlics (and its oil if you like) Finally, pour the boiling soup, yee mee will automatically soften...stir evenly then ... Bismillah...

Options to replace yee mee: white rice or mee hoon
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:26 pm

Mee Berkuah Ketam/Udang Istimewa

Bahan-bahannya
Mee (dicelur) / nasi impit secukupnya
1kg ketam (dibersihkan dan belah 2) Boleh digantikan dengan udang
8 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 ltr air
1 cawan santan atau beli RM1 pun cukup
4 biji telor (dipukul sedikit)
4 ketul kiub ayam
4 sudu makan kicap
4 sudu makan oyster sauce
1/2 btl kecil sos tomato
1/2 botol kecil cili sos
Cendawan hitam
Tomato cherry – optional
Rebung – optional
Cendawan oyster – optional
2 biji bawang besar dimayang
Daun bawang dipotong 1"
Bawang goreng

Cara

Blend cili merah + bawang putih.
Tumiskan bahan blend tadi dan masukkan kicap, oyster sos, tomato sos dan cili sos. Tumiskan sampai mesra.
Masukkan air, santan dan kiub ayam.
Bila kuah mula mendidih, masukkan telor dan kacau.
Kemudian masukkan cendawan hitam, dan segala OPTIONAL tadi.
Bila kuah mula mendidih, masuk bawang besar yang di mayang.
Rasa kuah, kalau rasa masih kurang masin, boleh tambah garam (setakat yang saya buat, x pernah letak garam sebab dah cukup).
Tutup api. Taburkan daun bawang yg dipotong dan bawang goreng.
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:27 pm

Laksa Johor


Bahan-bahannya

500 g spageti, direbus hingga lembut
1 biji timun, dihiris bulat
Daun kesum, dihiris halus
Tauge, dicelur
Sedikit cili merah dan belacan, dibuat sambak
Limau kasturi

Bahan-bahan kuah

Minyak untuk menumis
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2.5 cm halia, dihiris
1 bungkus rempah kari ikan
1 mangkuk pati santan daripada sebiji kelapa
3 batang serai, dititik
2.5 cm lengkuas, dititik
1 hiris ikan parang, dipelah dua, dipanggang 3/4 masak dan dikisar
1 1/2 mangkuk santan cair
5 keping asam gelugur
200 g udang, direbus
50 sen udang kering
1/2 biji kelapa parut, dibuat kerisik
Garam secukupnya


Cara membuat kuahnya

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.

2. Masukkan rempah kari dan kacau rata.

3. Masukkan pati santan, serai dan lengkuas. Biar kuah mendidih.

4. Masukkan isi ikan yang dikisar, kacau hingga sebati dan biar ia mendidih baru dimasukkan santan cair dan asam gelugur. Biar ia mendidih lagi baru dimasukkan udang, udang kering, kerisik dan garam. Masak hingga kuah pekat di atas api perlahan baru diangkat.

5. Hidangkan spageti bersama kuah dan bahan-bahan lain.
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:28 pm

Laksa Penang

Bahan-bahan

1 bungkus laksa (kalau boleh dapatkan laksa Ce'Siti ) -- laksa ni sedap, cepat lembut, tak payah rendam dulu, infact boleh terus direbus, kanji tak banyak, rebus sekejap saja dah lembut, sejukkan dulu, tos, dan siramkan air sejuk keatasnya, angkat dan asingkan.

2 biji timun

6 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

1 inci lengkuas, bersihkan dan katuk (tindikkannya) --- asingkannya

4 batang serai, bersihkan dan katuk ( tindikkannya) --- asingkannya

50 sen daun pudina - bersihkan dan ambil daunnya.

4 kuntum bunga kantan --- bersihkan ( dua kuntum dihiris halus dan selebihnya untuk dimasukkan kedalam kuahnya nanti, jangan dibuang batangnya, bersih dan katuk (tindikkannya) --- asingkannya

50 sen daun kesum (daun cenohom, kata orang Penang)

Daun salad atau pun daun selom ( jika suka, tapi, bagi saya orang Penang Island jarang gunakan dedaun ni, kecuali orang Butterworth kerana mereka tak berapa suka daun pudina)(boleh digunakan sebagai pengganti pudina)

50 sen cili kering ( ikut pedas masing masing, nak banyak taruh banyak, nak sikit, taruh sikit, bagi saya sederhana saja, kerana ada budak budak), potong dan rebus terlebih dahulu, kemudian toskan dan asingkan.

2 ketul belacan bulat, pastikan sedap belacannya, kerana jika tak sedap belacan tak sedaplah kuahnya nanti.

1 biji nenas masak ( size kecil saja, jika suka, bagi Chinese dia orang gunakannya didalam laksa mereka, tetapi not for the Malays, they seldom use it)

2 biji telur ayam direbus terlebih dahulu, masukkan sedikit garam kedalam air rebusan agar senang dikupas jika mahu ( bagi original Laksa Penang, dia orang tak gunakan telur rebus)

50 sen cili hidup + cili padi ( untuk garnishing, jika mahukan lebih pedas)

6 keping asam gelugur (asam keping)

Sedikit air asam jawa (agak agak setengah mangkuk saja)

2 kilo ikan termenung ( saya gunakan ikan termenung, sedab rasanya dan lemak ikannya), bersihkan dan rebus terlebih dahulu -- asingkan

Aji - no - moto dan garam secukup rasa.

Petis(otak udang) jika suka.



UNTUK KUAHNYA :----

1. Cili kering dimesin bersama dengan belacan, dua biji bawang besar dan dua ulas bawang putih dan masukkan kedalam periuk yang telah disediakan untuk memasak kuahnya.

2. Ikan termenung dimesin dengan tulangnya sekali dan ditapis dengan penapis plastik bertangkai panjang (penapis santan plastik) sedikit demi sedikit sehingga habis, dan buangkan tulang yang didalam penapis tadi(tapiskan terus kedalam periuk kuah laksa tadi (yang dah berisi dengan cili mesin tadi).

3. Tapiskan pula air rebusan ikan tadi terus kedalamnya juga.

4. Masukkan daun kesum, dua kuntum bunga kantan yang dipotong lapan + batang bunga kantan, serai dan lengkuas yang ditindik tadi, asam keping, air asam jawa, serbuk perasa (aji - no - moto) dan garam secukup rasa dan rebuslah sehingga mendidih dan cukup rasa asam garamnya dan bangkit baunya.

5. Masukkan pula separuh(1/2) daun pudina yang telah disiang tadi, dan rebus lagi sehingga bangkit baunya, angkat dan asingkan(atau kecilkan api)

6. Masukkan laksa kedalam mangkuk atau pinggan dan hias lah dengan hirisan bawang besar, hirisan cili merah/ cili padi, hirisan bunga kantan, hirisan timun, daun pudina atau pun hirisan dedaun yang lain kesukaan anda atau pun nenas, telur dan lain lain lagi kesukaan anda.

7. Sendukkan kuahnya dan tuangkan kedalam pinggan laksa, masukkan sedikit petis(jika suka) dan makanlah ketika masih panas. (Bagi saya memadai lah hanya daun pudina sahaja kerana ia sudah cukup lazat).

8. Jika sudah siap, tutuplah api dan hendak lah dipanaskan semula jika hendak makan kembali.
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:29 pm

Laksa ala Jusco


Bahan-bahan

Stok ayam (jika tak mahu pun boleh juge)
ikan selayang 10 ekor
Satu tin sedang ikan mekarel
Cili Merah 20 biji
Cili api 10 biji
Bawang Besar 4 biji yg sederhana besar
10 biji Bawang Merah
Belacan (agak agak tak tahu nak cakap byk mana
Lengkuas (erm part ni payah ni nina main agak je)
Kunyit hidup 1/2 inci
Serai 3 batang (diketuk)


Bahan Ulam

Nenas
Cili api
Bawang Besar
Salad
Timun
Limau kasturi
Daun Pudina
Bunga Kantan
Daun Kesom

Cara Membuatnya

1) Rebus ikan serta buangkan tulangnya , ramaslah dgn tangan jgn dimesin . Ketepikan .Tulang ikan tersebut dimesin dgn air rebusan ikan , tapislah ambil airnya.

2) Mesin Bawang merah dan kecil , Cili merah , Cili api , lengkuas , kunyit serta belacan .

3) Mesin beberapa potong nenas dimesin ambil airnya buang hampasnya . Ketepikan

4) Ambil ari rebusan ayam tadi tapis , masukkan ikan yg diramas, air tulang yg telah dimesin, Bahan no 2 yg telah dimesin serta air jus nenas tadi ke dalam periuk.

5) Rebuslah seketika kemudian barulah diletakkan asam keping , daun kesum serta bunga kantan , serta isi ikan makeral yg diramas manja masukkan garam secukup rasa..

6) Rebuslah lagi sehingga benar-benar masak kuah laksa tersebut.

7) Bila merasa biarkan ianya ,cukup pedas, masam dan cukup rasa garam serta manis yg original hasil dari stock ayam dan air tulang ikan itu tadi baru Pergh!

Cool Potong bahan ulam sebagaimana biasa. Sedia dihidangkan
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:30 pm

Laksa Sarawak

Bahan-bahan

Minyak untuk menumis
8 cawan santan daripada 1 1/2 biji kelapa
1 ekor ayam anggaran 2 kg dipotong mengikut suka
Garam dan gula
500 gm udang basah
1/2 cawan kacang tumbuk
Mee secukupnya, dicelur
Telur, direbus dan dibelah dua
1 tangkai daun ketumbar, dicincang halus
Timun, dihiris nipis

Bahan-bahan kisar

1/4 cawan bijan
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
20 tangkai cili kering, direndam air panas
1 cm lengkuas
4 batang serai

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan dikisar hingga wangi.
2. Masukkan santan dan ayam. Masak hingga ayam empuk. Masukkan garam dan gula.
3. Keluarkan ayam dari kuah lalu disiat-siat isinya.
4. Masukkan udang dan kacang tumbuk di dalam kuah, kacau sebari dan padamkan api.
5. Bubuh mee di dalam mangkuk dan tuang kuahnya. Letakkan telur rebus, daun ketumbar dan timun. Hidangkan panas-panas.
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:31 pm

Laksa Johor Jati


Bahan Kuah
500 gm ikan tenggiri(rebus ambil isi)
150 gm udang kering (rendam -mesin)
sekeping isi ikan kurau kering (bakar mesin)
20 biji bawang kecil
20 tangkai cili kering
10 biji bawang putih
1 inci halia
2 senduk kari ikan (adabi)
10 keping asam keping
1 biji kelapa (kerisik)
1 biji kelapa (ambil santan 10 cawan)
5 batang serai
2 inci lengkuas (ketuk)

1 paket sphageti (rebus 10 minit)
50 sen taugeh (mklang tak letak pun)
Daun selasih/kesom
Timun (buang isi/biji) racik halus
Limau kasturi
Lobak asin halus (tak letak pun)
Sambal belacan

Cara

Cili kering, bawang kecil dan bawang putih,serai, udang kering hendaklah dimesin dan diasingkan.
1/2 cawan minyak di masukkan kedalam periuk dan tumiskan cili mesin,diiukuti dengan bawang. biarkan garing sedikit.
Bancuh serbuk kari dengan air dan masukkan kedalam tumisan tadi dan diikuti dengan isi ikan, udang serai, asam keping, kerisik, santan, isi ikan keriang dan jangan lupa rasa garam dan gulanya secukup rasa.masak sehingga semuanya sebati.
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:32 pm

Kari Laksa Vistana


Bahan-bahannya

600 g mee kuning dicelur
100 g tauge
100 g sawi cina
5 biji tauhu pop
80 g fish cake dihiris
2 biji santan pekat
1 biji santan cair
200 g udang
300 g ayam dihirs
80 g rempah kari ayam
4 batang serai diketuk
5 kuntum buah pelaga
10 tangkai cili kering direbus dan dikisar
19 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
500 ml air rebusan ayam
3 sudu besar gula
2 sudu besar minyak

Cara membuatnya

1. Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari, serai dan buah pelaga dan tumis hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak. Tambah santan cair dan air rebusan ayam.
3. Akhir sekali masukkan santan pekat, bahan perasa, tauhu pop, fish cake, udang dan ayam. Biar seketika.
4. Hidangkan mee di dalam mangkuk bersama tauge dan sawi yang telah dicelur. Tuah kuah kari. Hias dengan bawang goreng dan daun bawang.
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:32 pm

Laksa Kelantan Kuah Lemak

Bahan Kuahnya
Ikan Selayang - Dibakar biar ada hitam hitam sikit jgan hangit dah ler.
Bawang Merah - Dibakar gak
Lada hitam - (Periuk kecik 1/2 sudu kecil dah le...kalau periuk besau 1 sudu kecil agak2 la..)
Santan pekat
Santan Cair
Asam keping
Garam dan sedikit gula

Bahan Ulaman
Kacang panjang
Taugeh
Daun Kesum
Bunga Kantan
Timun

Laksa direndam dan direbus

Cara-cara

Ikan di leraikan tulang dan ambil isinye. (Tulang dimesin dan ambil airnya)
Bawang yg dibakar ditumbuk bersama lada hitam, selepas itu tumbuklah isi ikan tadi.
Campurkan bersama santan pekat dan cair.
Masukan asam keping kacau jangan sampai dia keluar minyak sangat.
Hirislah ulaman yg tertera diatas
Bahan Sambal (Ditumbuk)
Cili kering
Belacan
Garam

Nota :-
Sesetengah org terutama di kelantan makan laksa ni dengan tangan bukan dgn sudu garfu. Sebb rasa dia lain kalau dimakan dgn tangan lebih kick hehehe. Dan kalau dijual pula di Kelantan diorg pakai bungkus ngan daun pisang aje bau dia lagi sedap...dan menawan kalbu.
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   Tue May 25, 2010 9:33 pm

Laksa Spaghetti

Bahan-bahan

300 gm spaghetti
4 sudubesar minyak masak
70 gm udang kering, tumbuk kasar
5 cawan air
1 tin sup tomato
300 gm udang segar, buang kulit
1/2 cawan pati santan
garam dan gula secukup rasa

Kisar :

16 tangkai cili kering, rendam
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Hiasan :

2 biji telor rebus, belah 2
2 keping tauhu goreng, hiris
100 gm tauge, buang akar dan celur
2 biji tomato, hiris
daun bawang, daun sup, cincang
bawang merah goreng dan cili merah hiris

Cara Membuatnya

1. Masak pasta mengikut arahan pada bungkusan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai wangi.
3. Add in udang kering dan terus kacau sehingga garing.
4. Add in air, sup tomato, udang. Biar kuah di atas api perlahan selama 10 minit dan tambahkan santan, garam dan gula.

apabila kuah mendidih, padam api. Untuk menghidang, letak pasta dalam mangkuk, tuang kuah dan tabur bahan hiasan
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Mee, Pasta, laksa   

Back to top Go down
 
Mee, Pasta, laksa
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Instead of pasta
» Cold Pasta Less Carbs ?
» Eating Cold/Reheated Pasta
» How to make low carb gluten free pasta out of Zucchini/Courgettes

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN HOBI :: MAKANAN & RESEPI-
Jump to: