KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Berjalan kaki 1 km ke Hospital gara-gara parking tak cukup

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Berjalan kaki 1 km ke Hospital gara-gara parking tak cukup Empty
PostSubject: Berjalan kaki 1 km ke Hospital gara-gara parking tak cukup   Berjalan kaki 1 km ke Hospital gara-gara parking tak cukup EmptyFri Mar 18, 2011 2:24 pm

Berjalan kaki 1 km ke Hospital gara-gara parking tak cukup Pix_gal0
ORANG ramai termasuk warga tua yang berkunjung ke Hospital Batu Pahat terpaksa meletak kenderaan di hadapan rumah penduduk di Taman Soga sebelum berjalan kaki ke hospital.

Tempat letak kenderaan di Hospital Batu Pahat tak cukup

BATU PAHAT: Masalah kekurangan tempat letak kenderaan di Hospital Batu Pahat, dekat sini, sejak kebelakangan ini semakin meruncing terutama pada waktu puncak iaitu pagi, tengah hari dan petang. Keadaan itu menyebabkan pelawat dan orang ramai yang berurusan di hospital berkenaan terpaksa berjalan hampir satu kilometer berikutan lot parkir yang sentiasa penuh di kawasan berdekatan. Kekurangan parkir itu didakwa berpunca daripada projek pembinaan bangunan baru hospital berkenaan yang sedang dilaksanakan, menyebabkan beberapa kawasan parkir ditutup dan orang ramai terpaksa meletak kenderaan mereka di luar kawasan hospital terutama di depan rumah penduduk di Taman Soga.

Ia bukan saja menimbulkan kesukaran terutama kepada pesakit di kalangan warga tua serta kanak-kanak yang terpaksa berjalan jauh semata-mata bagi mendapatkan rawatan di Wad Pesakit Luar, malah mengakibatkan kesesakan di kawasan hadapan rumah penduduk terutama ketika waktu lawatan pesakit.

Tinjauan Edisi Johor baru-baru ini mendapati kebanyakan pengunjung hospital berkenaan terpaksa meletakkan kenderaan mereka di kiri dan kanan jalan sempit di depan rumah penduduk di Taman Soga sebelum berjalan kaki memasuki pekarangan hospital.

Malah, bagi yang tidak bernasib baik pula, terpaksa meletakkan kenderaan di kawasan lebih jauh terutama jika ruang di situ penuh.
Michelle Ang, 39, seorang pekerja swasta menetap di Taman Soga berkata, dia tidak pernah menghalang orang ramai yang mahu ke hospital meletakkan kenderaan di situ, tetapi kadang-kala kawasan berkenaan menjadi terlalu sesak sehingga menyusahkan penduduk keluar masuk ke kediaman masing-masing.

“Kini semakin ramai pengunjung hospital meletak kenderaan di kiri dan kanan jalan di sini, menyebabkan jalan semakin sempit, malah pernah terjadi lori mengangkut sampah tidak dapat memasuki kawasan di sini.

“Saya bukannya menghalang orang ramai meletakkan kenderaan di sini kerana faham masalah kekurangan parkir serta projek pembesaran hospital belum selesai.

“Namun, diharapkan orang ramai juga menghormati hak penduduk di sini dengan tidak meletakkan kenderaan sesuka hati, sehingga menghalang pergerakan laluan keluar masuk kami sehingga sukar menghantar anak pulang ke rumah selepas sekolah, khususnya pada waktu tengah hari,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Sementara itu, seorang pekerja kilang, Ros Baharum, 42, berkata ketiadaan ruang meletak kenderaan mencukupi di dalam kawasan hospital menyebabkan dia bersama ibu serta adik-beradiknya berjalan jauh bagi melawat ayahnya yang dirawat dan dimasukkan ke dalam wad hospital berkenaan.

“Sudah hampir dua minggu kami sekeluarga berulang-alik ke sini terutama pada waktu lawatan tengahari dan petang, tetapi tidak pernah lagi berpeluang meletakkan kereta di dalam berikutan semua ruangan di dalam sudah dipenuhi.

“Malah, saya dan adik pernah berjalan hampir satu kilometer bagi menghantar makanan pada bapa, terutama pada hujung minggu lalu apabila terlalu ramai pengunjung meletakkan kenderaan di kiri kanan jalan di sini menyebabkan saya terpaksa ke kawasan agak jauh.

“Saya berharap projek pembesaran hospital ini turut disertakan ruang meletak kenderaan lebih luas supaya tidak menyusahkan orang ramai, terutama warga tua dan kanak-kanak mendapatkan rawatan mahupun berkunjung ke hospital terutama ketika musim hujan,” katanya.

sumber: berita harian
Back to top Go down
 
Berjalan kaki 1 km ke Hospital gara-gara parking tak cukup
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kaki Lelaki dipotong untuk dimuatkan dalam keranda kecil
» Gara-gara payudara isteri sudah kendur!
» Mayat Berjalan Pulang.. (kisah benar bergambar)
» Kaki Tangan Awam suka curi tulang?
» Kakitangan hospital derma darah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: