KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Filem Pertama Gandingan Sarah, Shuib

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Filem Pertama Gandingan Sarah, Shuib Empty
PostSubject: Filem Pertama Gandingan Sarah, Shuib   Filem Pertama Gandingan Sarah, Shuib EmptySat Mar 19, 2011 1:57 am


KUALA LUMPUR 17 Mac - Selepas diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 26 Februari lalu, Siti Sarah Raissuddin, 27, dan Shahmira Muhamad, 27, atau Shuib buat pertama kalinya disatukan dalam sebuah filem berjudul Man Sewel Datang KL. Menurut Shuib, filem itu juga merupakan filem sulung yang dilakonkannya tanpa dua ahli kumpulan Sepah yang lain iaitu Mohd. Noor Murad (Mamat) dan Mohd. Nadzri Zainal Abidi (Jep).

"Saya dapat rasakan kelainan berlakon bersama Sarah kerana lebih selesa setelah bergelar suami isteri. Pergerakan juga tidak terbatas kerana kami berdua memegang watak sebagai suami isteri dalam filem ini. "Ia juga filem solo pertama saya tanpa anggota Sepah. Kebetulan, setiap daripada kami mempunyai projek solo masing-masing," katanya yang ditemui pada sesi penggambaran filem tersebut di Jalan Ampang hari ini.

Tambah Shuib, memandangkan mereka baru sahaja berkahwin, dia begitu mengharapkan agar Sarah sentiasa berada di sisinya, jadi kedua-dua mereka bersetuju menerima tawaran berlakon dalam filem terbitan Work Move Production Sdn. Bhd. itu. Sementara itu Sarah memberitahu, berlakon di samping Shuib memberikannya satu semangat yang lain kerana antara mereka mempunyai satu ikatan yang kuat.

"Walaupun pelakon-pelakon lain turut memberi sokongan dan bantuan, ia tidak sama sekiranya saya mendapat sokongan daripada insan disayangi dan dekat di hati saya. "Bukan setakat filem ini sahaja, kemungkinan saya dan Shuib akan mempertimbangkan untuk berlakon bersama lagi jika diberi peluang," ujar penyanyi yang popular dengan lagu Ke Hujung Dunia itu. Filem genre komedi itu adalah karya Rahman Adam dan ia turut menampilkan Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris serta Fida Ibrahim. Ia bakal menjalani penggambaran selama 27 hari di Raub, Pahang dan juga sekitar Lembah Klang.

sumber: utusan malaysia
I love you
Back to top Go down
 
Filem Pertama Gandingan Sarah, Shuib
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sarah raisuddin dan shuib berkahwin
» Pertunangan Siti Sarah dan Shuib sepah
» Lagu Cinta itu nyawa nyanyian Siti Sarah Raisuddin dan Shuib Sepah
» Perkahwinan Siti Sarah Raissuddin dengan Shuib Sepah telah selamat dijalankan
» Dikala Siti Sarah bakal berkahwin, perkahwinan bapa siti Sarah, Raisuddin ingin dibubar

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: