KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Harga getah naik semula

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Harga getah naik semula Empty
PostSubject: Harga getah naik semula   Harga getah naik semula EmptyWed Apr 06, 2011 4:39 pm

Harga getah naik semula Pix_gal0

PENURUNAN harga getah global yang membimbangkan pekebun kecil di negara ini ekoran insiden gempa bumi dan tsunami di Jepun baru-baru ini, mula melonjak semula setelah pelabur global menyedari permintaan komoditi utama itu akan terus kekal kukuh pada masa akan datang.
Selepas mencatatkan harga tertinggi dalam sejarah dengan getah gred tayar SMR 20 mencecah RM17.17 sekilogram pada 18 Februari lalu, ia mula menunjukkan penurunan sebelum jatuh mendadak dengan mencatatkan harga RM11.83 sekilogram pada 16 Mac lalu.

Dengan penurunan sebanyak 31 peratus dalam tempoh satu bulan itu, ia menyebabkan sesetengah pekebun kecil merintih manakala sesetengahnya menyalahkan kerajaan dengan mendakwa kejatuhan berkenaan berikutan campur tangan kerajaan untuk mengawal kenaikan harga komoditi itu.

Namun, sejak minggu lalu, pekebun kecil kini boleh tersenyum semula apabila harga getah kembali meningkat dengan getah gred tayar SMR 20 mencecah RM15.32 sekilogram Jumaat lalu.

Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM), Datuk Dr Salmiah Ahmad, berkata pihaknya amat prihatin terhadap penurunan harga dan ketidakstabilan pasaran getah terutama dalam spekulasi pasaran hadapan.
Beliau berkata, LGM memberi jaminan bahawa asas pasaran getah masih kukuh dan penurunan harga berkenaan hanyalah bersifat sementara dan kini mula menunjukkan kenaikan semula.

“Pasaran getah kini mula meningkat semula kerana asas yang kukuh pada Jumaat mencecah RM15.32.

“Ia didorong pertumbuhan ekonomi yang teguh di China dan India di samping purata harga minyak yang tinggi pada tahun lalu menunjukkan ada permintaan terhadap industri getah asli,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Salmiah berkata, pelbagai faktor yang mempengaruhi harga getah di pasaran global termasuk kadar pertukaran mata wang asing, harga minyak, tahap stok bekalan, kenaikan harga komoditi lain dan aktiviti spekulasi dalam pasaran lain terutama pasaran hadapan.

Bagaimanapun, beliau berkata, faktor paling penting adalah bekalan dan permintaan di mana permintaan dunia pada masa kini mengatasi pengeluaran. Katanya, apabila pergerakan harga mencapai tahap melebihi daya pasaran dengan disokong aktiviti spekulasi, pembetulan teknikal akan berlaku dengan pengukuhan harga.

“Pada awal bulan ini, pasaran melalui fasa pembetulan menyebabkan harga ditutup rendah. Bagaimanapun, gempa bumi yang berlaku di Jepun pada 11 Mac lalu menyebabkan harga jatuh mendadak iaitu pada paras dua angka setiap hari.

“Gempa yang turut mencetuskan krisis nuklear menyebabkan pembeli terpaksa menunggu dan melihat trend permintaan kerana Jepun adalah pengeluar automotif utama,” katanya.

Sementara itu, Dr Salmiah berkata, Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) mendakwa gempa bumi di Jepun hanya mengakibatkan impak kecil ke atas permintaan pasaran getah global.

“Tiada kerosakan kepada pengeluar tayar utama di Jepun seperti Bridgestone Corporation dan Michelin. Sekiranya memberi impak kecil, ia dijangka memberi kesan untuk masa yang singkat saja,” katanya.

Bridgestone mengumumkan sudah menyambung semula pengeluaran di kilangnya yang terletak di daerah Kanto manakala pengeluaran Yokohama membabitkan kilang di Tokyo juga sudah beroperasi semula sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai kurang permintaan akibat daripada gempa bumi yang berlaku itu.
Back to top Go down
 
Harga getah naik semula
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Wanita Hidup semula selepas 6 hari mati
» Harga buah-buahan dijangka naik 50%
» Harga Insuran pula naik menjelang 2012!
» Pokok Getah Tertua Di Malaysia
» Tawar seks kepada penoreh getah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: