KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Tiga beradik dikhuatiri lemas di hulu bendul Kuala Pilah

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Tiga beradik dikhuatiri lemas di hulu bendul Kuala Pilah Empty
PostSubject: Tiga beradik dikhuatiri lemas di hulu bendul Kuala Pilah   Tiga beradik dikhuatiri lemas di hulu bendul Kuala Pilah EmptyWed May 04, 2011 7:01 pm

Tiga beradik dikhuatiri lemas di hulu bendul Kuala Pilah Ne_05.1
ANGGOTA penyelamat mencari tiga beradik yang dihanyut arus deras di kawasan perkelahan Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah semalam.

KUALA PILAH - Tiga beradik dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi-manda di kawasan perkelahan Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini semalam.

Mangsa yang hilang ialah Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5; Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang, bapa kepada tiga kanak-kanak malang itu, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an sempat diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan perkelahan itu. Syed Ahmad dan Alwani dirawat di Hospital Kuala Pilah di sini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis meneruskan usaha mencari tiga beradik itu. Difahamkan semasa kejadian ibu kepada tiga beradik itu, Wan Azlela Wan Abdullah, 27, yang tinggal di Taman Marinda, Senawang tiada di tempat kejadian kerana telah bercerai dengan Syed Ahmad.

Syed Ahmad didakwa telah menjemput anak-anaknya yang dijaga oleh Wan Azlela di Taman Jasmin, Senawang untuk dibawa berkelah ke air terjun itu. Seorang saksi, Turiman Bostam, 42, berkata, semasa kejadian dia berjalan menyusur sungai di situ dalam keadaan hujan renyai-renyai sebelum terkejut melihat arus deras dari arah hulu sungai.

PINGU: Korang hati2 kalau mandi jeram ke ataupun air terjun sebab kes air deras dari puncak gunung / Hulu sungai ni biasa meragut nyawa kalau korang xsempat menyelamatkan diri.. Orang panggil Air BAH
Back to top Go down
 
Tiga beradik dikhuatiri lemas di hulu bendul Kuala Pilah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Lelaki mati lemas ketika berkelah
» Budak lemas dalam kereta kancil bapa
» Budak Berkaki Tiga di China
» Petrol Percuma Buat Penduduk Kuala besut
» Sapa ada update kes simbah asid di brickfield Kuala Lumpur?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: