KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Kuchiyose Gedo Mazo (Naruto Shippudin)

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Kuchiyose Gedo Mazo (Naruto Shippudin) Empty
PostSubject: Kuchiyose Gedo Mazo (Naruto Shippudin)   Kuchiyose Gedo Mazo (Naruto Shippudin) EmptyTue Jun 07, 2011 6:48 am

Hai kawan-kawan. Lama rasanya tak update cerita pasal komik atau anime. hari ni tergerak lak nak cerita pasal satu benda ni. Actually antara banyak-banyak anime, hanya Naruto sahaja yang Pingu Follow tak pernah miss every week. Sekarang pula Plot cerita Naruto dah hampir sampai ke kemuncak. Perang Dunia Ninja keempat telah berlangsung dimana bezanya, Perang kali ini bukanlah antara shinobi tetapi antara Pakatan Shinobi yang pertama kali bersatu menentang Uchiha Madara dan konco-konconya. Ramai yang terkorban dalam perang tersebut. Kemuncak kepada Perang tersebut sebelum matahari terbenam ialah kemunculan Uchiha Madara dengan menyeru Gedo Mazo. Sebenarnya, apakah dia Gedo Mazo?

Kuchiyose Gedo Mazo (Naruto Shippudin) Gedo%20mazo%20pain%20madara
Gedo Mazo

Gedo Mazo dikenali sebagai satu monumen yang digunakan untuk mengurung chakura daripada haiwan berekor. Asalnya, Gedo Mazo ini dikawal oleh Ketua Akatsuki, iaitu Pain (Nagato). Setelah kematian Nagato setelah bertarung dengan Naruto, Gedo Mazo tidak dapat dikawal. Namun, Madara dengan liciknya telah merampas mata Rinnegan daripada Mayat Nagato setelah membunuh Konan. Setelah itu, dia telah dapat menggunakan Gedo Mazo.

Sehingga kini, Gedo Mazo telah berjaya menempatkan 7 haiwan berekor yang berjaya ditangkap oleh kumpulan Akatsuki. Hanya dua sahaja lagi tidak berjaya ditawan iaitu Ekor 8 daripada Killer Bee dan Juga Ekor Sembilan daripada Naruto. Setelah naruto dan Killer Bee melepaskan diri daripada Pulau Kura-kura gergasi, Madara telah mengambil langkah utama dengan menurut serta di dalam pertarungan.

Sebenarnya, jika dilihat, Madara bukanlah berniat untuk turut serta dalam pertarungan tersebut tetapi hanya berniat untuk merampas alatan ajaib yang digunakan oleh perikatan Ninja. Alatan ajaib itu telah berjaya memerangkap pasangan kembar Ginkaku dan Kinkaku yang memiliki kekuatan Ekor sembilan (Kyuubi). Setelah berjaya merampas dua alatan keramat tersebut, Madara mengundurkan diri.

Kuchiyose Gedo Mazo (Naruto Shippudin) Nagato%20naruto%20series
Nagato

Madara sebenarnya dilihat sebagai satu watak yang cukup licik. Memperdaya Sasuke untuk membalas dendam dan pada masa yang sama mempergunakan keupayan terpendam Sasuke untuk menentang musuh-musuhnya. Plot cerita semakin menarik kerana setelah lepasnya Naruto dan Bee ke medan pertempuran kelak, saya pasti Uchiha Sasuke juga akan muncul (Setelah memiliki kekuatan mata Itachi). Pertempuran antara Sage Kyuubi Mode menentang Eternal Mangekayo Sharingan akan dapat dipertontonkan. Saya pasti jutaan peminat Naruto di luar sana tidak sabar untuk mengikuti kisah selanjutnya.

Kuchiyose Gedo Mazo (Naruto Shippudin) Tobi_Uchiha_Madara
Uchiha Madara
Back to top Go down
 
Kuchiyose Gedo Mazo (Naruto Shippudin)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Naruto Spoiler
» Naruto manga 544 two suns
» Share Wallpaper: Naruto Only
» Kepada Peminat2 Naruto
» Naruto: Asal Usul dan perkembangannya

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: KOMIK, ANIME, MANGA & KARTUN-
Jump to: