KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Amir Raja Lawak Serik Bercinta, Dipermainkan

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Amir Raja Lawak Serik Bercinta, Dipermainkan Empty
PostSubject: Amir Raja Lawak Serik Bercinta, Dipermainkan   Amir Raja Lawak Serik Bercinta, Dipermainkan EmptyThu Apr 05, 2012 12:33 pm

Pelawak Amir (Raja Lawak), 23, membuat keputusan untuk tidak mahu bercinta selepas lima kali dipermainkan oleh golongan wanita termasuklah seorang jururawat. Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, dia merupakan seorang lelaki yang jujur dalam percintaan tetapi amat sedih setiap wanita yang dikenalinya tidak pernah ikhlas untuk mengambilnya sebagai kekasih hati.

“Saya sedar diri ini bukanlah sempurna dan kacak seperti kebanyakan lelaki lain. Saya sedih apabila wanita yang saya kenali cuba mempermainkan perasaan saya. Kalau perkara itu terjadi, saya terpaksa menjauhkan diri,” katanya.

Amir Raja Lawak Serik Bercinta, Dipermainkan Ecc0a844

Amir berkata walaupun hatinya sering dipermainkan, dia menganggap kejadian itu sebagai satu pengalaman berguna buat dirinya. Justeru itu, pengacara yang mengendalikan program Super Spontan bersama Adibah Noor ini enggan melukakan hatinya sendiri selepas bertekad untuk tidak mudah jatuh cinta lagi.

“Dengan apa yang dilalui ini, saya mengambilnya sebagai pengalaman positif dan anggap mungkin saya dan wanita-wanita yang pernah bertakhta di hati saya itu tiada keserasian dengan saya selain jodoh belum sampai. Lagipun saya pegang dengan kata-kata “tak ada perempuan kita boleh hidup tapi kalau tak ada wang, kita tak boleh nak hidup”. Jadi tak perlulah saya nak menagih cinta dan lebih baik saya fokus kepada kerjaya sahaja,” ujarnya.

Tambah Amir dia juga ingin membuktikan kepada kebanyakan orang yang memandang rendah terhadap bakatnya selama ini yang dia sebenarnya mampu untuk membina kerjaya sendiri.

“Dari zaman sekolah lagi, saya sering ditindas dan ditertawakan. Apabila mendapat peluang dalam lakonan atau menjadi pengacara, saya tidak akan mensia-siakannya. Pada masa sama, saya juga mahu membuktikan yang saya mampu berjaya lebih daripada apa yang disangka selama ini,” tegasnya.

Credit to Mstar
Back to top Go down
 
Amir Raja Lawak Serik Bercinta, Dipermainkan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kecik - Raja Lawak 4
» Maya Karin sedia bercinta
» Atuk kecewa cinta tertolak dipermainkan remaja
» Sebab-Sebab Diana Amir Merahsiakan Pertunangannya
» Capello tidak serik uji pemain tonggak

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: