KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Perlumbaan Drag Kereta Himpunan sejuta Belia cetus kemalangan

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Perlumbaan Drag Kereta Himpunan sejuta Belia cetus kemalangan Empty
PostSubject: Perlumbaan Drag Kereta Himpunan sejuta Belia cetus kemalangan   Perlumbaan Drag Kereta Himpunan sejuta Belia cetus kemalangan EmptyMon May 28, 2012 2:10 pm

PUTRAJAYA: “Saya resah tak tahu nak buat apa. Keluar masuk rumah, fikir banyak kali. Apa sebenarnya yang terjadi pada anak saya,” kata Shaari Bujang, 59, bapa Mohd Iskandar Rasiq, 20, iaitu mangsa kemalangan perlumbaan drag kereta, tengah malam, semalam.

Menurutnya, dia menerima panggilan memaklumkan anak bongsu dari tiga beradik itu terbabit kemalangan jam 1.30 pagi ketika dia berada di rumahnya di Felda Bukit Rokan Barat, Bahau, Negeri Sembilan. “Sebaik saya terima panggilan, saya dah tak tahu nak cakap apa. Tak dapat saya bayangkan macam mana keadaan anak ketika itu. “Saya tak boleh tidur. Asyik terfikir dan terkenang kemalangan itu sampai tak boleh nak lelap mata sehingga saya membuat keputusan pergi ke Putrajaya untuk melihat keadaan anak,” katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Hospital Putrajaya (HPJ), di sini, semalam.

Semalam, kemeriahan perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 bertukar mimpi ngeri apabila sebuah kereta yang menjalani sesi ujian hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan lalu merempuh sebahagian penonton. Difahamkan, kejadian yang berlaku sekelip mata itu menyebabkan 17 penonton yang berada tidak jauh dari situ cedera termasuk empat parah.

Mangsa parah ialah Mohd Iskandar Rasiq yang mengalami kecederaan organ dalaman serta menjalani pembedahan dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital berkenaan.

Ami Nakim, 27, pula patah kedua-dua kaki dan tangan kiri, manakala Mohammad Fairuz Jamaluddin, 27, yang menjalani pembedahan ketika Ahmad Shabery melawat mangsa.

Sementara, seorang lagi yang belum dikenal pasti identitinya sudah dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan atas permintaan keluarga.

kredit: harian metro
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Perlumbaan Drag Kereta Himpunan sejuta Belia cetus kemalangan Empty
PostSubject: Re: Perlumbaan Drag Kereta Himpunan sejuta Belia cetus kemalangan   Perlumbaan Drag Kereta Himpunan sejuta Belia cetus kemalangan EmptyMon May 28, 2012 2:11 pm

PUTRAJAYA: Semua pihak diminta menghentikan spekulasi mengenai kemalangan membabitkan pelumba drag yang melanggar 17 penonton selepas terbabas bagi mengelakkan timbul salah faham.

Malah, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau sudah mengarahkan pegawainya bekerjasama dengan penganjur dan polis untuk menjalankan siasatan kejadian itu.

“Sebagai langkah awal kementerian mengarahkan perlumbaan dihentikan bagi membolehkan kita meneliti semula aspek keselamatan penonton,” katanya.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Perlumbaan Drag Kereta Himpunan sejuta Belia cetus kemalangan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kemalangan oh Kemalangan jalan raya
» Himpunan Peristiwa Pelik Hari ini
» Khairy Jamaludin Menteri Belia dan Sukan 2013
» Tragedi kemalangan: Kandungan Maiza selamat
» Kemalangan merugikan billion Ringgit di negara kita

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: