KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Lin Dan - Pemain Badminton terbaik Dunia

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Lin Dan - Pemain Badminton terbaik Dunia Empty
PostSubject: Lin Dan - Pemain Badminton terbaik Dunia   Lin Dan - Pemain Badminton terbaik Dunia EmptyMon May 28, 2012 5:11 pm

WUHAN (China): Lin Dan mengetuai pasukan tuan rumah, China untuk meraih kemenangan mutlak ke atas Korea Selatan dalam aksi final Piala Thomas semalam, dengan mesej tersirat bahawa mereka akan berada di tahap terbaik ketika Sukan Olimpik London. Lin Dan yang dianggap pemain terbaik sepanjang zaman dan wira sukan di China, membaling kemeja-T yang dipakainya kepada penyokong di Wuhan selepas pasukannya menewaskan Korea 3-0, mengulangi pencapaian atlet wanita mereka semalam.

“Banyak perkara bermain di minda saya malam tadi. Saya tidak tahu berapa banyak Piala Thomas akan saya sertai. Kali ini ia diadakan di negara sendiri dan saya mahu memberikan persembahan terbaik,” kata Lin Dan, 28 yang turut dikenali sebagai ‘Super Dan’ di kalangan peminatnya.

“Setiap pemain akan gementar. Ketika muda ia mungkin kerana anda teruja, ia kali pertama anda mewakili negara. Apabila semakin tua, ia disebabkan banyaknya harapan. Saya tidak boleh tidur lena malam tadi.” Begitupun juara Olimpik itu tidak menunjukkan tanda keletihan atau gementar dalam perlawanan menentang Lee Hyun Il, yang berkesudahan 21-14, 21-17.

“Di tahap kami, tidak kiralah sama ada anda menang 21-9 atau 21-19, yang penting adalah keputusannya,” kata Lin Dan ketika China menjulang gelaran Piala Thomas kelima berturut-turut dan kesembilan sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1949.

Pemain nombor tujuh dunia dari Korea Selatan berjaya mengasak pemain nombor dua itu pada set kedua, malah seri 17-17 ketika smash Lin Dan terkena jaring tetapi Lee gagal mendapatkan mata seterusnya.

“Tidak banyak perubahan taktikal sewaktu perlawanan,” kata Hyun Il. “Saya merebut mata bila berpeluang tetapi pada akhirnya saya membuat banyak kesilapan. Itu sebabnya saya kalah.” Jurulatih Korea Selatan, Sung Han Kook berkata pertemuan perseorangan pertama menjadi penentu dan siapa yang menang akan meneruskan momentum.

“Dia adalah pemain yang hebat,” kata Hyun Il. “Ketepatan dan kepantasannya luar biasa. Tahap konsisten yang dimilikinya dalam perlawanan membezakannya dengan yang lain.” - AFP
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Lin Dan - Pemain Badminton terbaik Dunia
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» David Beckham masih pemain bola terkaya di dunia
» Datuk Lee Chong Wei bakal hilang gelaran pemain nombor 1 Dunia?
» Capello tidak serik uji pemain tonggak
» Bola Sepak Negara: sapa patut digugurkan? Juru latih atau pemain?
» Sukan terbaik hanya di RTM

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: BOLA, SUKAN & PERMAINAN-
Jump to: