KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Proton R3 kuasai MSS di Sepang

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Proton R3 kuasai MSS di Sepang Empty
PostSubject: Proton R3 kuasai MSS di Sepang   Proton R3 kuasai MSS di Sepang EmptyMon May 28, 2012 5:22 pm

PROTON R3 Racing Team, menerusi jentera Satria Neo yang dikendalikan Syafiq Ali dan James Veerapan mendahului ujian lasak selama satu jam di Siri Super Malaysia (MSS) di Sepang, semalam.

Syafiq dan Veerapan, menyertai acara yang menggantikan perlumbaan pecut tradisi seperti dalam pusingan kedua, dicabar sengit oleh gandingan Boy Wong Yew Choong dan Harry Chai dalam kelas Malaysian Touring Car Challenge tetapi menamatkan perlumbaan dengan kelebihan satu pusingan apabila menyempurnakan 22 pusingan. Boy dan Harry yang sebelum mengungguli MSS dengan jentera Honda EK9, pernah memenangi pelbagai gelaran di MSS dan Perlumbaan Lasak Millenium Merdeka (MMER), terpaksa berpuas hati di tangga kedua meskipun mengasak jentera Proton Satria Neo habis-habisan dan menikmati format lasak itu.

“Ya, kami lebih menyukai format perlumbaan lasak. Ia bagus dan mencabar dan sudah tentunya ia satu latihan yang baik untuk Perlumbaan Sepang 1000km. Kami harap mereka akan meneruskan format ini dalam MSS,” kata Shafiq yang ditemui selepas majlis penyampaian trofi.

Boy pula mengakui bahawa Proton R3 Racing Team layak memenangi perlumbaan itu. Shafiq dan Veerapan melengkapkan 22 pusingan dalam tempoh 1 jam 4 minit 42.486 saat, lebih satu pusingan daripada pelumba Type R Racing Team. Ahmad Faizry Mohamed berada di tangga ketiga, memandu Proton Satria Neo dan menyempurnakan 21 pusingan. Kategori Touring Production Class pula dimenangi Fahrizal Hassan, yang turut melengkapkan 22 pusingan dalam sesi ujian lasak selama satu jam, mendahului pelumba adik beradik, Kesavamoorthy dan Michael Ayyavu. Perajun Krishnan menduduki tangga ketiga.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Proton R3 kuasai MSS di Sepang
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kongsi gambar Kereta Proton
» Kereta Proton Wira anggota TLDM hangus terbakar

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: BOLA, SUKAN & PERMAINAN-
Jump to: