KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Mat rempit disaran sertai persatuan permotoran

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Mat rempit disaran sertai persatuan permotoran Empty
PostSubject: Mat rempit disaran sertai persatuan permotoran   Mat rempit disaran sertai persatuan permotoran EmptyMon May 28, 2012 5:32 pm

KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal yang suka berlumba di jalan raya, yang lebih dikenali sebagai 'mat rempit', disaran menyertai persatuan permotoran berdaftar di negara ini supaya dapat menyertai aktiviti pemotoran yang lebih selamat.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusoff berkata, dengan menyertai persatuan berdaftar ini, golongan 'mat rempit' dapat bersama menyertai program tahunan persatuan itu yang lebih terancang dengan lokasi yang lebih selamat.
Katanya dengan cara ini, golongan 'mat rempit' dapat menjalankan aktiviti permotoran dengan lebih profesional serta tidak mengganggu pengguna jalan raya lain dan tidak membahayakan diri mereka sendiri dengan berlumba di jalan raya serta mengelak mereka daripada terbabit dengan perlumbaan haram.

"Ia merupakan satu daripada langkah baik yang boleh diikuti oleh mat rempit bagi menyalurkan segala keinginan mereka untuk berlumba melalui saluran yang sah dan mempunyai platform sendiri untuk berlumba," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Evolusi-R anjuran bersama Pertubuhan Penunggang Motosikal Bersatu Malaysia (Riders and Rempit United), di sini hari ini.

Beliau berkata, ini merupakan inisiatif terbaru dalam usaha menangani masalah lumba haram di kalangan anak muda seterusnya mengurangkan masalah samseng jalanan.

"Saya harap dengan penganjuran program ini dapat mendidik golongan belia menunggang motosikal dengan selamat dan persatuan sebegini perlu menggalakkan budaya positif dengan mengadakan kempen kesedaran kepada belia bagi membendung gejala ini," katanya. - Bernama
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Mat rempit disaran sertai persatuan permotoran
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Hantu Rempit!
» Kubur Mat Rempit.. canggih!
» ADUN BN Kuala Nerang Sertai PAS?
» Ulama Sertai Umno Demi Perlindungan Politik?
» Anuar Zain tidak sertai Juara Lagu 2011 - Sedetik Lebih

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: