KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 NICOLA McLean keguguran

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

NICOLA McLean keguguran Empty
PostSubject: NICOLA McLean keguguran   NICOLA McLean keguguran EmptyMon May 28, 2012 6:46 pm

NICOLA McLean mengalami keguguran dalam kehamilan anak ketiga, lapor satu kenyataan minggu lalu. Model glamor dan ibu kepada dua orang anak itu baru saja mendedahkan bulan lalu bahawa dia hamil, tetapi kini dia benar-benar terkilan ekoran kehilangan itu. Wanita berusia 30 tahun itu bimbang mungkin dia yang menyebabkan keguguran itu apabila meminum champagne pada awal kehamilan sebelum dia tahu dia mengandung.

Nicola memberitahu majalah OK! selepas berjumpa doktor untuk imbasan 12 minggu kehamilan, dia diberitahu mengenai berita menyedihkan itu. Dia berkata: “Tiada degupan jantung. Doktor beritahu saya bahawa jantung bayi itu mungkin berhenti pada usia sembilan minggu.”

Nicola bimbang jika pergi berhibur pada waktu malam bulan lalu, di mana dia meminum alkohol dan mengambil Prozac menjadi penyebab kepada keguguran itu. Bagaimanapun, doktor yakin bahawa “bayi itu tidak akan hidup atau membesar dengan sempurna.”

Nicola memberitahu majalah terbabit: “Saya memang risau, jadi saya bertanya kepada doktor dan dia memberitahu saya, ramai orang minum arak pada peringkat awal kehamilan - melainkan mereka merancang bayi itu kerana tiada cara untuk mengetahuinya dan sesetengah orang masih mengambil ubat anti-kemurungan ketika hamil. Nicola berkata, dia tidak mengalami sebarang masalah sepanjang kehamilan seperti mana dialami ketika mengandungkan dua anak sebelum ini. Dia dikatakan mengalami pengalaman biasa bergelar ketaknormalan kromosom yang juga dirujuk sebagai tiada keguguran kerana tidak ada tanda-tanda keguguran.

Tom Williams, 31, dan Nicola masing-masing sangat teruja dengan berita memperoleh anak ketiga tetapi pasangan itu masih bersyukur kerana telah memiliki dua anak lelaki yang sihat, Rocky dan Striker. Bekas selebriti Big Brother itu memberitahu majalah berkenaan minggu lalu, dia cenderung untuk mempunyai anak perempuan. Nicola berkata: “Saya sukakan anak perempuan tetapi saya tetap gembira jika dapat anak lelaki kerana saya suka pergi menonton perlawanan bola sepak.

“Namun, saya lebih suka penari balet dan pakaian mereka. Saya sukakan kanak-kanak, saya suka menjadi ibu dan mempunyai keluarga yang besar,” katanya
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
NICOLA McLean keguguran
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: