KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 MPAJ turun 6,000 iklan, keluar 250 kompaun

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

MPAJ turun 6,000 iklan, keluar 250 kompaun Empty
PostSubject: MPAJ turun 6,000 iklan, keluar 250 kompaun   MPAJ turun 6,000 iklan, keluar 250 kompaun EmptyMon May 28, 2012 7:53 pm

KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menurunkan sebanyak 6,000 iklan haram di sekitar kawasan pentadbirannya sejak Januari lalu dengan mengeluarkan 250 kompaun ke atas individu bertanggungjawab. Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, pihak Majlis turut mengemukakan sebanyak 15 permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membatalkan talian telefon yang dipaparkan pada iklan haram berkenaan.

“Iklan tidak berlesen ini mempromosikan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan. Bagi mengelak masalah ini daripada berlarutan, pihak majlis melakukan operasi menurunkan iklan haram ini setiap minggu,” katanya.

Beliau berkata, pegawai penguat kuasa MPAJ dalam operasi baru-baru ini menurunkan lima papan iklan haram jenis billboard yang didirikan pihak tidak bertanggungjawab di sekitar Taman Melawati dan Ampang Jaya.

“Operasi itu diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa, Rosli Jaafar bersama 12 anggota majlis untuk menurunkan iklan yang dipasang tanpa kebenaran MPAJ di kawasan berkenaan,” katanya.

Katanya, MPAJ kemudian akan mengeluarkan surat notis kepada pemilik iklan haram itu untuk dia sendiri menurunkan iklan bagaimanapun didapati individu terbabit gagal mematuhi arahan diberikan pihak majlis dan tindakan terpaksa diambil.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
MPAJ turun 6,000 iklan, keluar 250 kompaun
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kadar Jenayah Gombak turun
» Misteri Bola gergasi Turun dari langit
» Baca manga Paling cepat keluar
» Iklan Ceti haram (Along) berleluasa
» Penduduk Israel perlu keluar dari Palestin

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: