Admin Admin
Posts : 431 DUIT gempakZ : 865 REPUTASI : 0 Join date : 2008-12-30 Age : 39 Location : Johor negeriku
| Subject: Masjid Negara anjur Kem Ibadah Remaja Mon May 28, 2012 7:54 pm | |
| KUALA LUMPUR: Unit Pembangunan Sahsiah Masjid Negara akan menganjurkan Program Kem Ibadah Remaja Siri 1/2012 bersempena cuti persekolahan penggal kedua 2012 yang akan diadakan di Masjid Negara bermula 25 hingga 27 Mei ini. Penolong Pegawai Perhubungan Awam Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber Masjid Negara, Azri Zainal Abidin berkata, kem ibadah kali kedua itu dilaksanakan selepas penganjuran program sama pada Mac lalu mendapat penyertaan memberangsangkan. “Berbanding kem pertama yang dibuka kepada murid sekolah berusia sembilan hingga 12 tahun, kem kedua pada kali ini dibuka kepada pelajar sekolah menengah berusia 13 hingga 17 tahun dengan pelbagai program menarik disediakan. “Bagi menyertai kem disediakan, setiap peserta berminat dikehendaki membayar yuran penyertaan RM110. Pelbagai pengisian menarik akan diadakan sepanjang program berlangsung,” katanya dalam kenyataan di sini. Katanya, sesiapa berminat untuk menyertai program itu diminta menghubungi urus setia program, Ustaz Latif @ Ustaz Subhi di talian 03-26937784. “Orang ramai juga boleh melayari laman web rasmi Masjid Negara di www.masjidnegara.gov.my/portal untuk mendapatkan borang penyertaan. Pendaftaran terbuka dan tempat terhad,” katanya. | |
|