Admin Admin
Posts : 431 DUIT gempakZ : 865 REPUTASI : 0 Join date : 2008-12-30 Age : 39 Location : Johor negeriku
| Subject: Kakitangan hospital derma darah Mon May 28, 2012 7:56 pm | |
| BALING: Seramai 50 kakitangan Hospital Baling mengambil peluang menyertai program derma darah bagi mengisi tabung darah sempena sambutan Hari Jururawat 2012 di pekarangan hospital berkenaan, di sini, baru-baru ini. Penyelia jururawat Hospital Baling, Umi Kalsom Zakaria, berkata program itu adalah kali pertama dianjurkan pihaknya sebagai menunaikan tanggungjawab melaksanakan kerja amal.
“Kebanyakan program derma darah dibuka kepada orang awam, namun program ini memfokuskan kepada kakitangan hospital.
“Program ini mendapat sambutan baik termasuk kakitangan Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran serta unit lain. Insya-Allah, program ini akan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kebaikan menderma darah,” katanya. | |
|