Admin Admin
Posts : 431 DUIT gempakZ : 865 REPUTASI : 0 Join date : 2008-12-30 Age : 39 Location : Johor negeriku
| Subject: JPAM masuk pasar malam Mon May 28, 2012 7:58 pm | |
| KUALA KANGSAR: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menggunakan pendekatan menarik apabila membuka kaunter pendaftaran bergerak di pasar malam atau pasar minggu bagi menarik golongan muda dan orang ramai menyertai pasukan sukarelawan itu.
Pendekatan diambil itu dianggap lebih praktikal dan mampu menarik penyertaan golongan muda selain memberi maklumat berhubung kepentingan JPAM pada masyarakat. Pegawai JPAM Kuala Kangsar, Mohd Haspi Hamzah, berkata pihaknya giat menambah keahlian anggota sukarelawan JPAM terutama bagi yang berusia antara 18 hingga 45 tahun. Menurutnya, kawasan pasar malam, pasar minggu dan lokasi riadah awam menjadi kawasan strategik bagi menarik minat masyarakat, sekali gus memberikan penerangan berkesan terhadap fungsi JPAM sebagai agensi penyelamat.
“Apa yang dilakukan ini adalah bagi memenuhi perancangan strategik JPAM di setiap daerah yang perlu menambah pengambilan anggota baru seramai 1,500 hingga 2,000 individu setahun.
“Daripada jumlah pengambilan itu, 10 peratus mereka mesti dilatih dengan latihan asas pertahanan awam. Ini sekali gus memberi peluang kepada golongan remaja berbakti kepada masyarakat dan negara,” katanya, Menurutnya, anggota baru akan diberi latihan asas seperti berkawad, asas menyelamat, asas pertolongan cemas dan asas melawan kebakaran selama 16 jam.
“Anggota JPAM yang sudah menamatkan latihan asas ditawarkan mengikuti kursus lanjutan di Pusat Latihan Pertahanan Awam seperti PULAPAT Jengka, Pahang, PULAPAT Baling, Kedah atau di Bangi, Selangor.
“Terdapat pelbagai latihan kemahiran penyelamat ditawarkan seperti pengurusan kemalangan jalanraya, kaedah operasi mencari dan menyelamat, operasi menyelamat di air dan pelbagai latihan kemahiran lain,” katanya.
Menurutnya, anggota yang menerima latihan ini diberi perlindungan insurans dan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) selain mendapat bayaran rawatan di mana-mana hospital kerajaan untuk diri dan ahli keluarga terdekat.
“Oleh itu, saya menyeru semua golongan belia dan masyarakat supaya menyertai JPAM secara sukarela berikutan ia mampu dijadikan platform untuk mereka menyumbang bakti kepada negara,” katanya. | |
|