KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Belajar asas menyelamat

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Belajar asas menyelamat Empty
PostSubject: Belajar asas menyelamat   Belajar asas menyelamat EmptyMon May 28, 2012 8:05 pm

BALING: Seramai 79 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), berjaya menamatkan latihan dalam Kursus Lead Camp Pegawai Tadbir Diplomatik Siri 8 Bil 3/2012, selama seminggu di Pusat Latihan Awam Malaysia Wilayah Utara (Pulapau), di sini, baru-baru ini. Pada program itu, Nur Wasyahlan Zakaria, 26, dari Kuala Lumpur dipilih sebagai pelatih keseluruhan terbaik manakala Loo Tze Ying, 28, dari Bukit Mertajam pelatih terbaik akademik.

Nur Wasyahlan berkata, walaupun pertama kali mengikuti kursus itu, banyak pendedahan ilmu berkaitan kemahiran asas menyelamat diperoleh kerana tidak pernah mempelajarinya sebelum ini.

“Saya banyak pelajari teknik menyelamat yang betul dalam menangani situasi kecemasan dan secara tidak langsung didedahkan dengan fungsi serta peranan JPAM.

“Saya akan menjadikan pengalaman itu untuk berkhidmat pada masyarakat dan negara terutama ketika berlaku sesuatu kecemasan,” katanya ketika ditemui, di sini, selepas menerima sijil daripada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM, Selamat Dahlan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Rospiagos Taha dan Timbalan Komandan Pusat Latihan JPAM Baling, Mohd Izaimi Md Daud. Sementara itu, Loo berkata, dia berasa terharu dan bangga apabila dipilih sebagai peserta bagi kategori Akademik Terbaik apabila secara tidak langsung menyuntik semangat untuk terus berbakti kepada orang ramai.

Menurutnya, dia juga memperoleh banyak pengalaman baru sepanjang tempoh seminggu menjalani latihan yang tidak akan dikutip di tempat lain.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Belajar asas menyelamat
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sambung Belajar
» Ayat Lawak: Belajar Bahasa Inggeris
» Mari belajar tentang Pengiklanan Online

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: