KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Tak tahan dikejar anjing

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Tak tahan dikejar anjing Empty
PostSubject: Tak tahan dikejar anjing   Tak tahan dikejar anjing EmptyMon May 28, 2012 8:08 pm

CHERAS: Kejadian anjing liar dalam kumpulan besar yang sering mengejar orang awam terutama kanak-kanak yang berjalan kaki di kawasan perumahan Jalan Pahlawan, Seksyen 3, Bandar Mahkota Cheras, di sini menyebabkan penduduk khuatir kehadiran haiwan itu boleh mengancam nyawa mereka. Penduduk, Abdul Razak Ahmad, 47, berkata, anjing tidak bertuan itu bergerak dalam kumpulan antara empat hingga enam ekor kebiasaannya kelihatan berkeliaran berdekatan kawasan kedai perumahan berkenaan pada awal pagi dan sekitar jam 4 petang hingga malam.

“Anjing liar ini tidak takut dengan orang ramai dan haiwan itu didapati berkeliaran di sekitar perumahan ini saya berpindah ke sini enam tahun lalu. Ketika itu, bilangan haiwan liar ini lebih banyak berbanding sekarang,” katanya.

Menurutnya, haiwan liar itu sering mengejar penduduk berjalan kaki atau bermotosikal sehingga mencetuskan perasaan takut penduduk terutamanya kanak-kanak untuk keluar rumah bermain kerana bimbang digigit.

“Anjing ini garang dan hampir setiap hari pasti ada murid yang berjalan kaki pulang ke rumah selepas tamat waktu sekolah dikejar kumpulan haiwan ini menyebabkan mereka sering ketakutan melalui kawasan berkenaan,” katanya.

Katanya, dia terpaksa menghantar dan menjemput anaknya, Effa Fazira, 17, ke kelas tuisyen serta anak bongsu, Mohd Wahi Anuar, 7, murid Sekolah Rendah Islam Ar-Rashid yang terletak di bangunan kedai itu. Norhuda Ramli, 37, berkata, dia bersama penduduk lain memohon pihak berkuasa tempatan menangkap anjing liar terbabit kerana bimbang akan menyerang orang ramai sehingga menyebabkan kecederaan seperti yang selalu dilaporkan media.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Tak tahan dikejar anjing
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Imigresen tahan 106 warga asing
» TERLIUR WANITA BERKEMBAN = X TAHAN? ROGOL
» Anjing melahirkan bayi Manusia
» Tak tahan Nafsu nak Kawin
» Anjing Selamatkan Bayi baru Lahir

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: