KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Penampakan hantu penanggal

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Penampakan hantu penanggal Empty
PostSubject: Penampakan hantu penanggal   Penampakan hantu penanggal EmptyThu Jun 07, 2012 6:44 pm

Penampakan hantu penanggal Gambar-hantu-penanggal-1

SEDIM – Penemuan objek menyerupai wajah manusia bersaiz sebiji buah kelapa yang berterbangan di ketinggian kira-kira 3 meter dicelah pokok di Banjaran Gunung Inas, disini jam 2.30 petang menjadi tanda tanya. Ada dalam kalangan penduduk setempat menyatakan objek yang dirakamkan wartawan Sinar Harian itu mungkin amalan khurafat orang terdahulu bertujuan menjaga kawasan hutan sebelum diteroka. Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Kampung Padang Tembak berkata,objek yang dirakamkan itu dipercayai tanglung atau lebih dikenali sebagai ilmu tanglung yang digunakan bagi tujuan kekebalan. Menurutnya, ilmu itu adalah ilmu hitam yang suatu ketika dahulu dituntut terutama bagi golongan wanita.

“Bagi wanita bergungsi untuk mencantikkan diri mereka bagi lelaki ia mampu membuatkan mereka kebal dan kelihatan hebat”,katanya.

Ramli berkata, pengamal ilmu tanglung selalunya akan keluar pada waktu malam.Kepala pengamal ilmu ini akan terpisah dari badannya ketika keluar mencari makan.

“Pada waktu siang lembaga ini akan mencari katak sebagai makanan dalam hutan. Pada waktu malam ia akan merayau dan meninggalkan badannya ditempat lain.
“Pada waktu malam, lembaga ini akan terbang dan akar terjurai akan menghasilkan cahaya.Bagaimanapun lembaga ini tidak menggangu manusia.” katanya.

Ramli berkata,dia tidak menafikan kemunculan lembaga itu mungkin secara tidak sengaja kerana mereka mengetahui asal usul, memiliki keistimewaan dan perubatan tradisional Melayu mungkin dapat melihatnya.

“Bukan semua orang boleh melihat objek tanglung lebih lagi merakamkannya dalam kamera melainkan ia diseru bagi tujuan tertentu.
“Bagi mereka yang tidak mendalami ilmu kebatinan, tanglung boleh mengakibatkan mangsa menjadi demam dan berada dalam ketakutan,” katanya.
Menurutnya, ada dalam kalangan yang mendalami ilmu perubatan tradisional mampu bercakap dengan alam ghaib dan ada sesetengah makhluk jelmaan atau rasukan itu boleh mengenali mereka.
“Ilmu yang seharusnya diguna pakai ialah ilmu berlandaskan Al Quran dan minta pada ALLAH untuk memastikan segala kesulitan dan masalah dirungkaikan.
“Walaupun ilmu hitam mampu menampakkan seseorang itu hebat tetapi ia dilaknati ALLAH kerana pengamalnya bersubahat dengan jin dan syaitan.” katanya.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Penampakan hantu penanggal
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Penampakan Hantu Indonesia
» Perihal Hantu Balan-Balan (penanggal)
» Hantu persis Kak Limah di Terengganu
» Hantu Interframe
» Hantu tu wujud ke tidak?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: