KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 EURO 2012: Demam Bola Bermula

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

EURO 2012: Demam Bola Bermula Empty
PostSubject: EURO 2012: Demam Bola Bermula   EURO 2012: Demam Bola Bermula EmptySat Jun 09, 2012 2:22 pm

PERANG Euro bakal bermula di mana tumpuan akan menerjah jutaan peminat bola sepak tidak kira tempatan mahupun luar negara apabila Euro 2012 yang merupakan pertandingan kedua terbesar selepas Piala Dunia, akan bermula awal malam ini.

Seperti biasa, Malaysia walaupun sudah lama di tempat tercorot dalam senarai gergasi bola sepak serantau, akan menghadapi ‘demam’ sepanjang sebulan kejohanan itu.

Bagi rakyat Malaysia, bola sepak sememangnya menjadi sukan nombor satu sehingga tercetus slogan popular "Makan Bola, Tidur Bola" dan tentunya banyak
tumpuan akan dibuat pada kejohanan tersebut tahun ini walaupun perlawanan akan diadakan pada lewat malam atau waktu pagi di tanah air.

Malah bagi isteri dan suri rumah yang tidak meminati bola sepak bakal mengeluh kerana terabai untuk sementara waktu. Majikan pula sama ada jabatan awam atau swasta terpaksa menghadapi masalah ponteng kerja, meningkatnya cuti sakit atau pekerja datang lewat.

Kejohanan ini yang diadakan empat tahun sekali sejak 1960, melibatkan 16 pasukan yang akan bersaing dalam memburu gelaran juara.

Antaranya adalah Poland, Ukraine, Sepanyol, Greece, Perancis, Jerman, Denmark, Belanda, Itali, Rusia, Crotia, England, Portugal, Sweden, Republik Czech dan Ireland.

Persoalannya pasukan manakah yang akan dijulang juara?
Walaupun sukar untuk meramalkan pasukan mana yang akan menjulang trofi Euro 2012, namun ramai yang menjangkakan juara bertahan Sepanyol akan mempertahankan trofi yang dimenanginya pada 2008.
Jika hasrat mereka tercapai, ini bermakna Sepanyol bakal menjadi negara Eropah pertama yang memenangi tiga kejohanan utama berturut-turut, Euro 2008, Piala Dunia Fifa 2010 dan Euro 2012.
Bagaimanapun, kehebatan pasukan lain tidak boleh dipandang ringan oleh Sepanyol kerana nama-nama pasukan seperti Jerman, Perancis, Portugal dan Itali mampu mencipta kejutan untuk edisi kali ini.
Pada masa yang sama, bagi jurulatih dan pemain bola sepak tempatan, mereka juga tidak ketinggalan untuk menyokong Kejohanan Eropah ini yang berlangsung selama empat tahun sekali.

Ikuti komen mereka mengenai pasukan pilihan masing-masing.

Irfan Bakti Abu Salim, jurulatih pasukan Selangor:
"Saya setia memilih pasukan Belanda. Ramai yang menganggap Sepanyol akan menjuarai saingan kali ini.
"Namun bagi saya, Belanda yang mempunyai campuran generasi baru dan lama seperti Arjen Rooben, Rafael Van Der Vaart dan Ibrahim Afellay serta mengamalkan permainan 'total football' atau permainan cantik sejak tahun 1974, mampu melakar kejayaan nanti.
"Bagi Jerman dan Itali, mereka merupakan pasukan yang kental dan liat dan sering mencipta kejayaan pada setiap pertandingan. Saya menggelar mereka 'pasukan pertandingan'."

Mohd Razip Ismail, jurulatih pasukan Kuala Lumpur:
"Setakat ini saya masih tidak nampak pasukan yang mampu menjuarai Euro kali ini kerana Semuanya berada dalam keadaan seimbang. Tetapi, pasukan pilihan saya adalah Sepanyol.
"Bagaimanapun, bagi saya, pasukan seperti Belanda, Jerman dan England mampu mencabar Sepanyol."

Mohd Azraai Khor Abdullah, jurulatih pasukan Negeri Sembilan:
"Pasukan pilihan saya adalah Sepanyol. Mereka dibintangi pemain-pemain klasik antaranya Raul Gonzalez, Fernando Hierro sehinggalah Carles Puyol, Xavi Hernandez, Andres Iniesta, David Silva dan Fernando Torres. Mereka merupakan kelab terkemuka dan menampilkan prestasi mantap."

Yunus Alif, pengurus PBDKT-Team:
"Saya memilih Jerman. Mereka sangat konsisten termasuk ketika beraksi di Piala Dunia. Ramai pemain mereka berpengalaman dan matang. Pemain mereka bermain dengan pasukan-pasukan kelab yang tersohor."

K. Devan, jurulatih pasukan Johor FC:
"Sepanyol. Mereka memiliki pemain generasi baru dengan kualiti yang sangat baik dari segi corak permainan. Torres dan Iniesta ialah pemain kegemaran saya.
"Pasukan lain yang akan memberi ancaman kepada Sepanyol adalah Belanda, Jerman dan Denmark. Saya dapat lihat Denmark akan melakar kejutan kali ini selepas melihat keputusan perlawanan persahabatan yang positif sebelum ini."

Safiq Rahim, kapten Harimau Malaya dan pemain tengah Selangor:

"Saya meminati pasukan Sepanyol kerana corak permainan mereka sangat konsisten. Lagipun idola saya berada dalam pasukan itu. Jadi, saya berharap mereka dapat memberi mempamerkan aksi yang terbaik nanti."

Baddrol Bakhtiar, pemain sayap pasukan Kedah:
"Pasukan kegemaran saya adalah Belanda. Mereka mempunyai kelebihan dari segi kualiti bertahan dan menyerang. Saya meminati Robin Van Persie, Wesley Sneijder, Nigel De Jong dan Ibrahim Affelay."

Mohd Amri Yahyah, kapten pasukan Selangor:
"Tentulah pasukan Sepanyol. Mereka bermain secara taktikal. Saya menyukai bahagian tengah mereka yang diterajui oleh Xavi dan Iniesta. Mereka sangat berbakat.
"Mereka tidak terlalu terburu-buru untuk menyerang. Mereka tahu bila hendak bertahan dan menyerang. Sepanyol akan mempertahankan kejuaraan Eropah tahun ini."

Hairuddin Omar (Hai-O), penyerang ATM:

"Saya menyukai pasukan Belanda. Mereka sangat konsisten. Pemain pilihan saya ialah Rooben dan Van Persie. Sepanyol juga akan menghadapi tugas berat untuk mempertahankan kejuaraan mereka kali ini."

Abdul Manaf Mamat, penyerang Terengganu:
"Saya meminati Belanda dan Sepanyol. Tetapi lebih kepada Belanda kerana pemain kegemaran saya adalah Van Persie. Mereka bermain secara 'total football'. Saya mengharapkan mereka bertemu Sepanyol di final nanti."
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
EURO 2012: Demam Bola Bermula
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Bola Sepak Negara: sapa patut digugurkan? Juru latih atau pemain?
» apa nak jadi dengan Bola sepak Malaysia?
» Misteri Bola gergasi Turun dari langit
» Bola Sepak: Negeri Sembilan Belasah Kelantan 3-1
» David Beckham masih pemain bola terkaya di dunia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: BOLA, SUKAN & PERMAINAN-
Jump to: