KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Lahad datu diceroboh pasukan bersenjata

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Lahad datu diceroboh pasukan bersenjata Empty
PostSubject: Lahad datu diceroboh pasukan bersenjata   Lahad datu diceroboh pasukan bersenjata EmptyTue Feb 26, 2013 5:32 am

Malaysia negara yang selamat umumnya tapi kini ada sahaja yang mengancam keselamatan. Sekarang hangat kisah pencerobohan di Lahad datu melibatkan orang filifina katanya ataupun dr kesultanan sulu.. Yang pasti mereka mencabul kedaulatan undang-undang negara kita

Quote :
Polis akan guna undang-undang selesai isu pencerobohan Lahad Datu

LAHAD DATU: Polis memutuskan untuk bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, polis akan menggunakan undang-undang berkaitan untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu.

"Kita akan membuat keputusan selepas melihat pelbagai faktor termasuk mengkaji kawasan persekitaran dan dalaman sebelum bertindak. Kita menunggu masa yang sesuai dan ini bermakna tiada lagi rundingan. Kita akan berlandaskan undang-undang...kalau ingin dakwa di mahkamah kita akan gunakan...ini terpulang kepada kita.

"Kami tidak kira mereka datang dari mana sama ada dari Kesultanan Sulu... tapi kita tahu mereka adalah orang luar yang datang ke negara kita dan mencabuli undang-undang dan kedaultan negara.

"Kita boleh lihat kesalahan itu banyak. Mungkin kita boleh mengambil tindakan di bawah kesalahan Kanun Keseksaan atau bersama undang-undang yang berkaitan," katanya kepada pemberita di Kompleks Pasukan Polis Marin Lahad Datu di sini hari ini. Hamza berkata, polis akan menggunakan pendekatan yang bersesuaian dan tidak akan berkrompomi terhadap isu pencerobohan ke atas negara ini bagi menjamin dan mempertahankan kedaulatan tanah air.

Beliau turut menafikan berlaku perbalahan sehingga mengakibatkan dua kematian di kawasan itu dan menambah pihaknya akan menyiasat perkara itu. "Setakat tembakan kita ada dengar tapi saya berani mengatakan tembakan bukan dari pasukan keselamatan. Tembakan dari dalam pun kita tidak berani hendak mengesahkan...mungkin tembakan ke atas binatang atau amaran (kumpulan penceroboh)," katanya mengulas laporan yang disiarkan media altenatif.

Beliau meminta masyarakat tidak gusar kerana keselamatan masih terkawal, meskipun pada masa kini, kumpulan itu kemungkinan berdepan masalah kekurangan bekalan air, makanan dan minyak. Sementara itu, beliau mengesahkan polis menahan empat individu atas kesalahan tidak mempunyai dokumen yang sah pada awal pagi semalam di satu kawasan di Lahad Datu, namun kesemua mereka bukan anggota kumpulan terbabit.

Ketika ditanya mengenai kapal Filipina yang didakwa akan digunakan untuk membawa kumpulan itu pulang ke negara asal, Hamza berkata kapal itu tidak berada di perairan negara ini. Polis mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu sebagai waris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. -
BERNAMA
Back to top Go down
 
Lahad datu diceroboh pasukan bersenjata
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Update: terkini di lahad datu
» Update: Pencerobohan Lahad datu, Sabah
» Lahad Datu: Dua komando polis maut terkena serangan mortar
» Rooney reda gelisah pasukan
» Harimau Malaya membenamkan Taringnya keatas pasukan Indonesia!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: