KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Dadah 1.75 Kilo dirampas

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Dadah 1.75 Kilo dirampas Empty
PostSubject: Dadah 1.75 Kilo dirampas   Dadah 1.75 Kilo dirampas EmptyTue Feb 26, 2013 6:13 am

Tak serik serik ke dengar tentang hukuman mati mandatori buat pengedar dadah? masih ada yang nak edar benda haram perosak bangsa ni. Memang wajib dihukum bunoh kerana merosakkan ramai manusia. Nasib badanla lepas kantoi

Quote :
Dua lelaki ditahan, dadah lebih 1.75 kilogram dirampas di Langkawi

ALOR SETAR: Polis menahan dua lelaki dan merampas lebih 1.75 kilogram dadah bernilai RM42,000 dalam serbuan di sebuah Inap Desa di Padang Mat Sirat, Langkawi Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Superintendan Abdul Razak Md Zin, berkata dua yang ditahan itu ialah seorang buruh berumur 48 tahun yang disyaki pengedar dadah dan seorang penagih yang dipercayai ingin mendapatkan bekalan daripada buruh terbabit. Beliau berkata, dadah yang dirampas ialah empat paket heroin dengan berat kasar 1.75 kilogram bernilai RM40,000, syabu (10 gram) dan ganja (11.11 gram).

"Penangkapan lelaki itu mendedahkan taktik baru pengedar dadah membawa masuk dadah ke Langkawi iaitu dengan menyembunyikan dadah dalam keretanya yang dihantar ke Langkawi dengan tongkang dan dia akan mengambil kenderaannya di Langkawi," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki berasal dari Yan, Kedah, yang pernah menjalani rawatan pemulihan dadah di Pusat Serenti pada 1992 itu menyewa inap desa yang berlainan setiap kali ke pulau peranginan itu.

“Lelaki terbabit direman selama seminggu mulai 20 Februari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Abdul Razak berkata, seorang lagi yang ditahan dalam serbuan pada pukul 3.30 petang itu ialah penduduk tempatan berusia 28 tahun.

“Lelaki itu pernah dipenjarakan selama tiga bulan pada tahun lepas kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah,” katanya sambil memberitahu lelaki itu kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya. -
BERNAMA
Back to top Go down
 
Dadah 1.75 Kilo dirampas
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Atlit tuan rumah positif dadah
» Sorok dadah dalam kasut tumit tinggi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: